Akira berhenti. Penat. Dia mengurut-urut pergelangan kaki kanannya. Sakit. Dah sejam mereka berjalan,hampir pukul sepuluh pagi. Kasut yang dipakainya hanyalah selipar,mana tak sakit.
Ben yang dari tadi rancak bersembang tunjuk segala flora fauna yang ditemuinya turut berhenti. Diperhati Akira yang tersengih-sengih sambil menunduk urut kakinya yang sudah kemerahan.
"Jap wey..kaki aku sakit."
"Dah tahu nak daki bukit,kenapa pakai selipar?" Ben membebel seraya mendekati Akira yang dah terduduk. Beg sandang dibawa ke depan badan,mencari sesuatu.
"Out of plan kan nak daki bukit..aku pakai la selipar.." gumam Akira perlahan. Wahaaii..merahnya kaki.
"Sini kaki kau.." arah Ben.
"Kau nak buat apa?" Dilihatnya Ben keluarkan sebotol kecil..minyak? Ben bawak minyak? Malah,sehelai bandage turut dibawa keluar. What the?
Ben tak membalas sebaliknya meletak minyak dan gosok kaki gadis tersebut,tak sempat dihalang perlakuannya itu. Akira masih pandang Ben tak percaya.
Terasa dipandang,Ben menjawab,
"Kau jangan nak pelik sangat. Aku memang bawak first aid dalam beg. In case ada orang sakit kaki macam budak depan aku ni.." Ben mencebik. Serentak,satu ketukan hinggap atas kepala. Adoii.."Buat biar ikhlas sikit." Akira menjeling.
"Dah la kau urut geli. Minyak pula letak banyak.."
"Tangan tu..bersih ke kotor?"
"Aku tak suruh pun kau urutkan.."
Akira bebel. Ben juling mata ke atas. Akulah perempuan ni. Tak padan dengan kaki sakit. Mulut tu kalau tak 'sakit' sekali tak boleh ke? Dahlah aku tolong urutkan.
"Mulut tu cuba kasi senyap sikit. Kira baik lah aku hulur first aid. Kalau tak,aku menonong tinggalkan kau sorang-sorang.." Ben pandang Akira geram. Mahu je dia cabut mulut becok perempuan tersebut.
Automatik, Akira tutup mulut. Ok. Not a good sign. Ben dah mula tunjuk bibit-bibit geram. Kalau betul Ben mahu tinggalkannya di situ,tak ke naya? Dahlah tak ramai orang lalu lalang.
Ben bukak pula bandage dan balut kaki Akira. Kemas. Tak sia-sia dia masuk kelab Bulan Sabit Merah. Tak sampai 5 minit,bandage di kaki Akira selesai Ben balutkan.
"Dah." Ben bangun. Perlahan,Akira turut mengikut. Kaki terasa lega sedikit berbanding tadi.
"Thank you Ben..Sorry ah banyak cakap tadi. Aku nak alih perhatian dari rasa sakit. Hehehe.." dia menggaru kepala yang tidak gatal. Ben buat muka toya.
"Jom.." Akira mula melangkah walau sedikit terhenjut tapi tangannya sempat dicapai Ben. Dia mengangkat kening bertanya. Sukahati pula pegang aku si Ben ni. Selalu takde pula. Dah tu tak bagi amaran langsung.
"Jom? Kau okey ke nak jalan lagi?" Soal Ben.
"Okey..kot.." Akira menjawab tak yakin. Jujur,kaki dia masih berdenyut walau sakitnya makin surut.
Tapi, Bukit Uyu..dia nak sampai atas. Dia nak tengok pemandangan dari tempat tinggi. Tapi,kalau kaki sakit balik macam mana?
Sungguh,dia dalam dilema."Rehat dululah..biar kaki kau lega sikit." tutur Ben. Dia melilaukan pandangan,mencari pondok tempat berehat kalau ada. Dan tak lama,matanya menangkap satu pondok tak jauh dari tempat mereka berdiri.
Dia menunjuk."Tu. Kita rehat sana kejap.." pantas,kaki dibawa menuju tempat yang dimaksudkan. Akira hanya memandang Ben. Nak tak nak,dia melangkah juga mengenangkan kaki yang belum lega sepenuhnya.
Baru lima langkah Akira menapak, dilihatnya Ben berpatah balik.
"Kau kena..pa?" Bahu Akira diraut Ben menjadikan dia senyap. Terasa merah pipinya diperlakukan sedemikian. Akira melangut memandang wajah Ben kerana tingginya hanya separas bahu Ben sahaja.
"Sorry,aku lupa kau slow motion macam sloth.." Ben berjalan perlahan cuba memapah Akira. Namun,pinggangnya pula disiku gadis sebelah.
Akira mengetap bibir geram. Aku baru nak berangan boyfriend sweet,tiba-tiba dapat gelaran sloth. Berkecai impian.
Ben ketawa. Kalau menyakat Akira,tak sah kalau dia tak disakiti fizikal.
Perlahan,mereka sampai di bawah pondok. Terdapat satu bangku panjang dan dua orang lelaki sedang duduk berbual rancak di hujung bangku. Mungkin melepaskan lelah juga.
Ben dan Akira duduk tidak jauh dari mereka.
Masing-masing diam seribu bahasa memandang sekeliling yang dipenuhi tumbuhan. Hanya trek jalanan sahaja yang kadang-kadang dilalui pengunjung.Ben menutup mata. Cuba menghayati alam menggunakan deria pendengarannya.
Sebelum sempat dia ke alam mimpi,terdengar bunyi kamera diketik.
Ben membuka mata dan memandang Akira yang sedang berselfie dengan separuh bahagian badan Ben."Kau buat apa?" Soal Ben tak faham. Perlu ke nak selfie bawah pondok ni?
"Aku hantar kat Ian cakap kita rehat sini,kalau-kalau dia tengah on the way.." Akira menghantar gambar tersebut menggunakan aplikasi Whatsapp. Dilihatnya mesej yang dihantar tadi,masih satu tick. Aiee..kau tak baca ke?
Tak puas hati,Akira call pula Ian tapi tetap,tidak berangkat. Dia mengeluh memandang Ben.
"Dia tak angkat la weyy. Whatsapp pun tak baca..Ian tak pernah macam ni.." Akira pelik. Tapi Ben hanya mengangkat bahu.
"Phone off lah kot.."
"Tapi..Ian.."
"Takpun dia tak bangun tidur lagi..Ian tidur mati kau tahu.."
Akira menjeling Ben tetapi pada masa yang sama matanya menangkap dua pasang mata lelaki yang tadinya berbual rancak,berubah senyap dan kini memandangnya pelik. Kadang-kadang pandangan mereka teralih pada Ben. Tapi,yang lebih kerap dipandang adalah Akira.
Akira mengerutkan dahi. Apasal? Dia mengangkat kening seolah bertanya kepada mereka. Namun, masing-masing bergegas capai beg dan cepat-cepat beredar dari situ. Seolah tak mahu berbual mahupun mendekati Akira.
Bertambah-tambah kerutan di dahi Akira. Dah kenapa?
"Ben..kau perasan tak lelaki tadi pandang kita pelik? Macam..ada benda tak kena.." Akira kongsi kepelikannya dengan Ben yang mula menggigit Cadburry.
"Kau cantik sangat lah tu.." selamba dia menuturkan sebelum ketukan hinggap di kepalanya. Adoii..aku cakap jujur pun salah. Dia menggosok-gosok kepalanya. Dah dua kali weyy..sakit..
"Bukanlah..Pandangan diorang tu..macam..macam..aarrgghh..aku taktahu nak cakap macamana.." Akira putus asa dalam menjelaskan. Dia memuncung bibir. Huluran Cadburry Ben pun dia tolak.
Tapi,yang menarik perhatiannya sekarang adalah orang yang lalu lalang di hadapan pondok mereka. Setiap mereka yang lalu pasti tak lepas dari memandangnya. Lagi-lagi bila dia berbual dengan Ben.
Akira serabut. Dah kenapa semua orang hari ni?
YOU ARE READING
Call Of Death
General FictionTiga sahabat berjanji untuk berkelah bersama. Namun hampa bila hanya Akira dan Ben sahaja yang munculkan diri. Ian,tak dapat dihubungi dan masing-masing tertanya ke mana perginya sahabat mereka yang jarang bertingkah sedemikian. Janji tetap janji...