Pengakhiran

345 46 0
                                    

Segala kejadian malam tadi, 'Ben' mula ingat. Dia menelan liur sendiri. Akira direnungnya dengan mata yang berkaca. Ian turut dipandang walau sahabatnya yang seorang itu mungkin tak sedar akan 'kehadirannya'.

"Bila..kau tahu?" Soalan diajukan.

"Waktu..Ian call tadi.." gumam Akira. Ian menoleh. Seolah 'melihat Ben' tapi nyata pandangannya kosong. Dia mengetap bibir.

"Aku minta..maaf Kira..aku tak..tahu..sepatutnya dari awal aku dah sedar.." 'Ben' tersenyum walau pahit. Tak percaya akan hakikat dia dah tiada tapi terpaksa dia terima. Sepanjang hari dia 'bersama' Akira,ternyata inilah pengakhirannya. Tak sangka.

"Sampai hati kau pergi dulu Ben..kau dah janji nak sokong business aku.." Akira merenungnya. Dia jadi teringat pada perbualan mereka ketika di Bukit Uyu tadi. 'Ben' senyum kelat. Nampaknya janji tinggal janji.

"Aku..taktahu jadi macam..ni..I'm so sorry sebab tak dapat nak tengok kau berjaya. Tapi aku yakin kau mampu Kiraa..kau orang hebat yang aku pernah jumpa.." ikhlas dia menuturkan kata-kata tersebut. Air mata mengalir di pipi dibiar tak diseka.

"Aku minta maaf.." tubuh 'Ben' dirangkul. Menangis dia teresak dalam pelukan 'Ben'. 'Ben' menepuk belakangnya berkali-kali,cuba menenangkan meski dia sendiri tengah gundah. Tapi,dia tahu. Dia akan 'pergi' tak lama lagi dan dia perlu melepaskan segalanya.

Dia dah anggap Akira seperti adiknya sendiri meskipun mereka sebaya. Dia senyum. Kebenaran yang pasti pahit ditelan.

"Terima kasih Kira..untuk hari ni..aku..kena pergi..beritahu Ian..aku minta maaf.." pelukan dileraikan. 'Ben' pandang Ian. Cuba memegang Ian,tapi sentuhannya nyata menembusi badan Ian. Dia menghembus nafas,payah.

Akira mengesat hidung dan menyeka air mata yang berbaki.

"Ian..Ben minta maaf.." kata Akira. Ian menoleh dan mengangguk teragak-agak. Tak tahu nak beri reaksi apa.

"Dia pesan..kau kena belanja aku susu strawberi setiap hari.." ucap Akira lagi,menyampaikan pesanan 'Ben'. Kali ini,laju Ian mengangguk.

"Kau jangan risau Ben..aku akan pastikan Akira dapat susu strawberi dia..aku janji!" Ian bersungguh berjanji. Matanya tertoleh ke merata arah kerana tidak dapat 'melihat Ben'. Gusar andai 'Ben' mencarinya akibat tidak menjaga Akira dengan baik.

'Ben' sengih memandang Akira. Tahu Akira hanya menyakat Ian yang nampak dalam ketakutan. Lega kerana Akira masih mampu tersenyum di saat akhir pertemuan mereka ini.

"Dah Kira..jangan sedih-sedih..aku nak pergi dah ni..no matter what,I will stay by your side.." perlahan,tubuh 'Ben' mula menghilang. Bermula dari bahagian kakinya sehingga ke kepala. Bertukar menjadi debu halus yang lama kelamaan semakin menghilang.

"Selamat tinggal Ben..kitorang takkan lupakan kau,sahabat!"
Akira senyum pahit. Ian memeluk bahunya. Tahu bahawa 'Ben' mula pergi. Dia berjanji pada diri untuk sentiasa ingat 'Ben',kawan susah senang bersamanya itu.

'bersemadi lah dengan aman,Ben.' Akira mengesat air matanya. Penat. Dia penat menangis hari ini. Entah dah berapa banyak air mata dikeluarkan hari ini. Emosinya sungguh bercelaru bermula dari pagi sehingga sekarang. 'Kenangan' siang tadi bersama 'Ben' pasti tidak akan dia lupakan. Pertama kali menghadapi perkara sebegitu.

End,
Sabtu [27Jun'20]

Call Of DeathWhere stories live. Discover now