Dengan lutut yang menggeletar,Akira mendekati 'Ben'. Perlahan,dia sentuh bahu 'kawannya' yang asyik melihat pemandangan. Sejuk.
'Ben' berpaling. Keningnya sedikit terangkat melihat wajah sembap Akira.
"Kau nangis ke?"
Akira tak menjawab. Payah untuk dia berhadapan dengan 'Ben' kala ini bila mana hakikat sebenar sudah diketahuinya.
"Ian..call..Dia suruh..kita..balik.." tersekat-sekat ayat dituturnya.
"Kenapa? Kita baru sampai kan..kenapa kena ikut cakap Ian?" 'Ben' nyata tak berpuas hati. Mulutnya memuncung.
Akira terasa nak menangis lagi. Hakikat 'Ben' kawannya sudah tiada,amat memeritkan. 3 tahun mereka menjalin persahabatan,tak sangka pengakhiran 'Ben' dengan cara begini. Dengan cara diri sendiri tak sedar dah meninggal dunia!
"Ben..sampai hati..kau buat..aku..macam..ni.."
Akira dah mula teresak. Air mata meleleh laju. 'Ben' yang terkejut dengan perubahan mendadak Akira terus bangun."Apa salah aku?" Bingung.
"Ka..kau.." Akira terhenti dari berkata-kata. Dadanya sakit. Sedih. Takut.
"Yela..yela..kita balik..jom!" 'Ben' yang tak tahan tengok Akira menangis,cepat sahaja beralah. Malas dia nak melayan karenah kawannya itu.
Akira menurut meski masih teresak-esak. Dia berjalan berdampingan dengan 'Ben'. Lengan 'Ben' dipegang.Walau jantungnya masih berdegup kencang,tapi Akira gagahkan jua memegang 'Ben'. Dia tahu ia merupakan kali terakhir.
'Ben' senyum kelat sambil menepuk-nepuk tangan Akira. Meski dia tak tahu apa punca kawannya itu menangis,tapi sekurang-kurangnya dia masih boleh memujuk.
"Kawan..aku..meninggal. Aku..kena datang..majlis kebumi dia..kau teman aku..eemm?" Tanya Akira meskipun payah. Dia memaksudkan pengebumian 'Ben'. Akira tak berani mendongak melihat reaksi wajah 'Ben'. Ketika ini mereka sudah pun mula menyusuri jalan turun ke kaki bukit.
"Ok..aku teman..dah..dah..jangan nangis.." sangka 'Ben', Akira menangis disebabkan kawannya meninggal. Tak sedar kawan yang dimaksudkan adalah dia sendiri.
Makin kuat Akira memeluk lengan 'Ben' saat dia berkata sedemikian. Air mata semakin laju menuruni pipinya. Sedih..sedih sangat."Hey..sakit lah lengan aku..kau pegang kuat sangat.." Dia cuba melepaskan pegangan Akira tapi gadis tersebut lagi erat memeluknya.
Taknak. Aku taknak sia-siakan peluang terakhir ni. Ini je masa untuk aku luangkan masa dengan 'Ben',walau apa keadaan sekalipun.
"Hey girl..aku tak pergi mana lah..ada je kat sini..I'll stay by your side..kay?"
Akira meraung. Air mata tak henti-henti mengalir membasahi pipinya.
"Ben..aku..aku minta maaf selama kita kawan ni..aku tahu..aku banyak sakitkan..hati kau..aku bukan kawan yang..baik..maafkan aku,,Ben!!" Teresak-esak Akira meluahkan. 'Ben' senyap tak membalas apa. Segaris senyum dihadiahkan buat Akira.
YOU ARE READING
Call Of Death
General FictionTiga sahabat berjanji untuk berkelah bersama. Namun hampa bila hanya Akira dan Ben sahaja yang munculkan diri. Ian,tak dapat dihubungi dan masing-masing tertanya ke mana perginya sahabat mereka yang jarang bertingkah sedemikian. Janji tetap janji...