Tidak semena-mena,air mata Akira perlahan bergenang. Dada terasa berbuku. Sesak. Dia menggigit bibir dan pandang ke arah lain. Tidak mahu Ben melihatnya dalam keadaan seperti itu.
Berkerut kening Ben bila Akira memalingkan wajahnya. Seketika,terdengar esakan kecil dari gadis itu. Bulat mata Ben.
"Kau kenapa weeyy?" Bingung.
Akira cepat-cepat menyeka air matanya,cuba menghapus bukti dia menangis tapi hampa bila wajah Ben terlebih dulu menyapa. Ben menunduk di hadapannya dengan muka serba salah.
"Aku minta maaf kay? Aku taktahu kau sakit sangat.." Ben menarik kaki Akira perlahan dan mula mengurut lagi. Tapi kali ini dengan lebih cermat. Dia taktahu bukan itu rupanya sebab Akira menangis. Sangkanya mood Akira berubah-ubah kerana kakinya sakit.
Akira menghembus nafas sambil memejam mata. Haiihh..Ben ni lah. Boleh lagi dia prihatin dengan perangai aku. Air mata yang berbaki dilapnya dengan tapak tangan.
"Ben. Dah. Aku tak sakit dah. Bangunlah. Kau buat aku lagi serba salah."
"Sikit lagi Kira.."
"Ben. Dah."
Mendengar getaran suara Akira yang seakan-akan marah,pantas dia bangun. Takut. Silap langkah,naya.
"Okey dah?" Polos,dia masih sempat bertanya lagi.
"Ben."
"Ye?" Ben menaikkan kening dan mengemam bibir,buat muka comel.
"Aku minta maaf. Aku nangis bukan sebab kaki aku. Aku nangis sebab..sebab.." tersekat-sekat dia ingin memberitahu.
"Dah kenapa kau gagap pula ni?"
"Alaaa..kau tau kan perempuan..setiap bulan..ha..yang tu lah..mood aku swing.."
"A..ha? So?" Ben faham tapi dia tak nampak perkaitan di situ. Apa kena mengena?
Mendengar so? dari Ben buat Akira ingin menaikkan bebola mata ke atas.
"So mood aku swing la ngeng! Kejap ok,kejap tak. Kau lagi buat muka innocent setiap kali aku marah lepas tu tak pernah nak marah bila aku pukul kau. Sekarang pun kau buat muka comel lagi. Takkan kau tak faham lagi ngok? Haaa! Aku lega dah!" Akira sedikit termengah menghamburkan marahnya pada Ben. Tapi dia rasa lega. Puas dapat nyatakan isi hatinya pada manusia depannya ini yang seakan tak berperasaan.
Sejurus mendengar 'bebelan' Akira, Ben ketawa besar. Entah kenapa dia rasa lawak dengan mood swing Akira tersebut. Jujur dia tak pernah lagi melihat sisi Akira yang ini. Yang moodnya kerap berubah. Dan sekarang, dari elok-elok Akira menangis dah bertukar menjadi Hulk comel. Tak padan dengan kecil.
Lagi satu faktor mungkin sebab Akira penat juga. Dari tadi mereka berjalan,sampai sekarang tak tiba lagi ke destinasi.Tangan Akira laju nak ketuk kepala Ben yang mentertawakannnya tapi cepat Ben capai pergelangan tangannya. Akira tersentak.
"Lega dah? " Soal Ben merujuk pada pendaman hati Akira.
"D..dah!" Perlahan Ben lepaskan tangannya.
"Good. Now,jom.." Ben ingin mula melangkah.
"Ben! Kau..tak marah ke? Aku cakap macam-macam kat kau tadi.."
"Buat apa aku nak marah? Kau marah aku tadi pun sebab mood kau tak betul. So takde sebab aku kena marah kau balik. Biasalah perempuan,aku faham. By the way, nah.."
Akira rasa nak menangis lagi bila Ben hulurkan coklat Cadburrynya. Dahlah dia langsung tak marah dengan segala perbuatan Akira. Sungguhlah. Dan,air mata sekali lagi mengalir. Cuma kali ini ia merupakan air mata terharu. Kan dah cakap mood Akira tengah swing.
"Dahlah..jom. Sikit lagi nak sampai ni. Kalau selamanya kita nak tercegat kat sini,esok pun belum tentu sampai." Ben setia menunggu Akira menghabiskan sisa tangisannya sambil dia menggosok perlahan belakang gadis itu. Macam budak-budak.
"Sorry."
"It's okay la.."
"Jom." Akhirnya Akira mula melangkah bila tangisnya mula surut. Perlahan,diikuti Ben di belakang.
Perjalanan yang sepatutnya hanya sejam setengah berubah menjadi dua jam sebab 'perhentian' mereka akibat kaki dan mood Akira. :P
YOU ARE READING
Call Of Death
General FictionTiga sahabat berjanji untuk berkelah bersama. Namun hampa bila hanya Akira dan Ben sahaja yang munculkan diri. Ian,tak dapat dihubungi dan masing-masing tertanya ke mana perginya sahabat mereka yang jarang bertingkah sedemikian. Janji tetap janji...