Peristiwa semalam

307 33 0
                                    

'Ben' tergamam saat kakinya berhenti betul-betul di hadapan rumah. Macam mana dia tak perasan sebenarnya mereka pulang ke rumahnya. Kelu. Rata-rata insan yang hadir ke rumahnya,sangat dia kenali. Ramai yang berpapasan dengannya di muka pintu,tapi tiada siapa yang perasan kehadirannya. Akira di sebelah dah mula menangis dan entah bila,Ian muncul dan terus menenangkannya.

Kaki 'Ben' laju melangkah ke ruang tamu. Perkara pertama yang dilihatnya terasa menyentap jantung. Bingkai gambarnya yang dikelilingi bunga jelas berada di atas keranda,bersama beberapa bunga hiasan. Di hujung sudut,kelihatan ibu dan bapanya sedang menunduk kesedihan.

Dia tahu bahkan sedar akan situasi tersebut tapi kenapa gambarnya yang ada di situ? Macam mana? Sejak bila dia meninggal? Kenapa dia tak sedar? Pelbagai persoalan menerpa minda.

"Ian bagitahu..kau..accident..malam..tadi.." pantas dia menoleh. Akira dilihatnya masih teresak tapi sedaya upaya dia cuba menyampaikan. Air mata dikesat dengan belakang tangan sebelum meneruskan lagi kata-katanya.

"Kau..mati kat tempat kejadian Ben..sebelum..kau..sempat..sampai rumah..aku.." meski pahit,tapi dia terpaksa nyatakan kebenaran demi 'Ben'. Akira cuba senyum walau air matanya masih bergenangan di tubir mata.

Serta merta,minda 'Ben' terimbau peristiwa malam tadi.

_____________________________________________

Ben menyepak kerikil kecil sepanjang jalan. Membuang bosan sementara berjalan ke rumah Akira. Di tangannya ada sekotak susu strawberi buat Akira. Dia sempat singgah ke kedai runcit demi 'menebus' kembali minuman kegemaran Akira siang tadi.

Tiba-tiba Ben memandang ke arah langit. Mencari di mana bulan bersembunyi di samping bintang-bintang yang berkelipan. Setelah menemukan apa yang dicari,akhirnya dia tersenyum sendiri. Malam ini,bulan penuh. Patutlah langit cerah.

Ketika dia sedang leka mendongak ke langit, sebuah kereta meluru laju ke arahnya. Pemanduan kereta bagai hilang arah lalu menghentam Ben. Tubuh Ben melambung tinggi ke udara sebelum jatuh terlentang ke tengah jalan. Manakala kereta tersebut merempuh pokok besar yang berhampiran. Pemandu kereta itu terkulai lemah tak bermaya.

Ben tersedak, darah pekat bersembur keluar. Darah turut mengalir dari hidung dan kepalanya. Matanya layu dan pandangan nampak berbalam-balam. Belakang serta kepalanya sakit. Bagai dihempap batu besar malah kemungkinan tulangnya patah. Nafas Ben sesak dan terasa sempit. Maut dirasakan semakin menghampiri.

Tak lama,dia mula rasa orang ramai mengerumuninya dan terdapat mereka yang langsung menelefon ambulans. Sesak. Perlahan, mata dikatup. Pendengarannya makin lama makin sayup di telinga. Panggilan orang ramai dibuat tak endah. Penat. Dia nak berehat.

Call Of DeathWhere stories live. Discover now