Pelik.

385 43 0
                                    

Tepat pukul 9:15, Ben meminta diri untuk pulang. Katanya otak dia dah sarat dengan segala nombor yang ada dan dia perlukan tidur yang mencukupi untuk kesihatannya. Mendengar itu,Akira mencebik. Acah balik awal terus tidur. Bukan dia taktahu aktiviti malam Ben,main game sampai 2 pagi! Itu yang keesokannya lesu semacam.

Baru sahaja Akira nak bangun menghantar Ben di muka pintu,Ben terlebih dahulu menahannya agar Akira tetap di tempat. Tidak payah susah-susah,dia boleh balik sendiri. Lagipun Akira nampak letih dan mengantuk,kesian.

Pulak dah! Sebelum ni Akira penat macam mana sekali pun,Ben pasti minta hantar dia ke muka pintu. Farewell night katanya. Tapi..sekarang..

"Dahla..aku balik dulu. Jangan lupa esok!" Ben keluar. Eh? Cepat-cepat Akira menuruti. Keluar macam tu je?

Tapi yang bertambah hairan,bunyi tapak kaki dah tak kedengaran. Lajunya jalan. Pintu depan pun tak dengar bunyi ditutup tanda Ben keluar. Pantas Akira menjenguk melalui tingkap bilik,mencari kelibat Ben. Sana sini dipandangnya sehingga matanya dikecilkan demi mencari susuk tubuh Ben.

Tiada.
Lajunya Ben balik.
Entah kenapa memikirkan itu,Akira rasa seram sejuk. Ben lain macam malam ni. Tapi kenapa?

Waktu belajar tadi pun Ben banyak mendiamkan diri,bukan seperti kebiasaan. Selalunya kalau Ben tak faham formula Akira cipta, cepat sahaja dia pertikaikan dan bertanya itu ini sampai dia puas hati. Tetapi,lain pula jadinya malam ini. Ben tak aktif,hanya menurut tanpa persoalkan apa. Melihat itu,Akira memang tak banyak tanya sebab dia ingin memberi Ben ruang bertenang. Tapi,ternyata fikirannya juga menerawang mencari punca Ben sedemikian.

Mungkin dia tiada mood? Atau memang betul Ben sakit? Ke....

Entahlah! Buat serabut je fikir!

Sebab malas nak fikir panjang lebar dan otaknya juga penat memerah otak tadi,dia terbaring menghadap siling. Memerhati kipas yang berputar. Matanya turut sama berpusing mengikut putaran kipas dan tak lama kemudian, akibat angin sepoi-sepoi bahasa yang mengasyikkan, akhirnya Akira tertidur.

Call Of DeathWhere stories live. Discover now