"Ben..kau nak jadi apa besar nanti?" Out of nowhere, Akira tanya soalan tanpa beralih pada Ben di sebelah.
"Huh? Nak jadi apa?" Ben menggerak-gerakkan bibirnya seolah berfikir. Aku tak pernah fikir pasal tu..
Mereka dah sambung perjalanan 10 minit yang lepas sebab Akira tak tahan orang pandang mereka pelik walau hakikatnya dia sendiri taktahu kenapa. Dan sekarang,mereka yang berselisih dengan dia dan Ben juga pasti akan pandang semacam. Dia malas nak ambil tahu dah. Biarlah, mata orang.
Soal Ian,Akira ambik keputusan untuk tak ambik tahu kehadirannya. Dah lambat. Entah apa masalahnya tak dapat datang,Akira malas fikir dah. Semalam beria sembang dengannya buat itu ini,alih-alih si pencipta idea yang tak munculkan diri.
Dan kini,Ben gagah jalan beriringan dengannya yang menapak perlahan sebab dia tak mahu Ben terus memapahnya. Segan.
"Yelaa..kau kena ada vision nak capai apa bila besar nanti. Dunia sekarang makin mencabar tahu.." Akira terpanggil untuk berkongsi pendapat tentang hal itu dengan Ben. Sekadar memecah kesunyian.
"Aku..tak tahu. Tak pernah fikir." Ben pandang depan. Cuba merangka masa hadapannya namun yang muncul hanyalah dia,rumah besar dan kereta sport. Perkara yang perlu dibuat untuk capai kemewahan itu,langsung tiada.
"Kau kena mula fikir,Ben. Baru kau tahu mana matlamat kau dan fokus benda yang kau nak buat. Kalau kau tak fikir,macam mana nak uruskan hidup kau?" Soal Akira.
"You sound...so..pelik la Kira..tetiba je.."
"Takdelah..kalau boleh lah kan,aku nak buat bisnes. Bisnes kaw-kaw punya. Lepas tu bila duit berkepuk,aku goyang kaki je..Bisnes skin care..Amacam?"
Muka Ben dipandangnya,meminta pendapat."Bengong. Bisnes skin care pebenda kalau kau sendiri malas jaga muka." Perli Ben tanpa sedar Akira dah menarik muka masam. Dan,mendapat lah si Ben akan tendangan di bahagian belakang lututnya. Nyaris tersadung. Dia menjerit sakit.
"Weeyyy..kau kalau tak sakitkan aku tak boleh ke?" Ben mengetap bibir. Kau tau tak sakit? Tak padan dengan kaki berbalut betul!
"Sokonglah usaha aku. Bagi motivasi. Ini tak,kutuk je tahu." Dia menjeling. Malas-malas aku jaga muka pun,muka cantik lagi.
"Yelah..apa dia? Business apa? Skin care? Ha sila sila..aku sokong." Ben menjulang tangannnya ke atas,acah semangat. Taknak kena pukul dah,lebih baik dia 'play along'.
Akira juling mata. Malas aku dengan perangai tak semegah Ben ni. Dia cuba berjalan laju ingin meninggalkan Ben,konon merajuk tapi malang bila sakit di kakinya tiba-tiba menyerang. Dia berhenti. Ta guna betul.
"Ha dah kenapa? Sakit lagi? Tu laahh.." Ben berhenti di sebelahnya.
"Diam ah Ben.." Dingin. Akira menunduk. Sakit. Perit. Baru nak marah Ben,sakit pula yang datang. Terbantut niat.
Ben terkedu. Terkejut dengan perubahan muka Akira yang beriak dingin. Takkan merajuk pasal tadi kot. Dia menggaru-garu kepala.
"Kira..aku..minta maaf. Kau..marah ke? Aku gurau je.." Jelas wajah serba salah Ben. Aku tak faham la emosi perempuan ni. Tadi elok. Sekarang dah macam ada aura nak muncul puting beliung.
Akira tak menjawab. Mood dia hari ni swing betul. Dari pagi tadi. Ada je benda yang dia tak puas hati dengan Ben,walhal Ben tak salah apa.
Dia sendiri tahu Ben hanya bergurau dengan kata-katanya tapi Akira cepat sahaja terasa dan naik tangan. Dia tahu Ben sakit setiap kali dia 'dicederakan'. Dah berkali dia pukul Ben tapi tetap sahaja,lelaki itu sabar dengan perangainya yang satu itu.
YOU ARE READING
Call Of Death
General FictionTiga sahabat berjanji untuk berkelah bersama. Namun hampa bila hanya Akira dan Ben sahaja yang munculkan diri. Ian,tak dapat dihubungi dan masing-masing tertanya ke mana perginya sahabat mereka yang jarang bertingkah sedemikian. Janji tetap janji...