Bukit yang tak jauh dari tempat Akira berdiri dipandang lama. Penduduk sekitar sini memanggilnya Bukit Uyu. Entah dari mana dapat nama tersebut. Mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk ke sana. Sesuatu bermain di benaknya.
Sekarang dia di taman permainan berdekatan rumahnya. Tempat yang mereka bertiga berjanji untuk berkumpul pada kebiasaan Sabtu.
Tepat 8 pagi dia dah tercongok menunggu. Dan..takde siapa. Hampir 10 minit jugaklah Akira menunggu sebelum dari jauh dia melihat Ben berjalan santai ke arahnya.
"Yo!" Sapa Ben mengangkat tangan.
"Yo.." Akira membalas. Ben bersandar pada gelongsor di sebelahnya sambil menggigit coklat bar Cadburry,makanan kegemarannya.
Sesekali terdengar batuk diselang seli dengan kunyahannya. Akira berpaling."Kau okey ke Ben? Dari semalam batuk. Kalau tak sihat,cancel je la hari ni.." Nyata Akira prihatin dengan perubahan kesihatan rakannya itu.
Muka Ben diamati lagi sekali. Pucat. Bibirnya biru. Muka dah macam baru keluar peti sejuk. Dengan baju turtle neck yang dipakai dengan sweater tebal birunya. Nampak Ben kesejukan. Walhal cuaca pagi ini elok menyinarkan sang suria.
"Aku OK. Batuk sikit je.." pandangan mata dilarikan dari memandang Akira yang dah gaya nak telan orang.
"By the way,jadi nak pergi sungai?" Cepat Ben menukar topik. Tak selesa dia apabila Akira terus meneliti wajahnya.
Mendengar itu,terukir senyuman di wajah Akira. Jari pantas ditunding ke arah bukit tadi dan kepala Ben menoleh ke arah yang sama.
"Bukit Uyu? Nak daki bukit? Sungai?" Soal Ben memohon kepastian. Akira mengangguk. Seumur hidup,dia tak pernah lagi mendaki bukit. Gunung apatah lagi. Jadi,kalau boleh dia nak daki Bukit Uyu hari itu. Dengan cuaca yang baik,mesti pemandangan di atas nanti lagi cantik.
"Lain kali lah pergi sungai. Kita lepak-lepak kat atas. Makanan,kita singgah beli sebelum naik. Amacam?"
Kening diangkat dua kali seolah bertanya. Sambil tersengih,Akira menunjuk-nunjuk ke arah Bukit Uyu.Ben mengangkat bahu. Dia tak kisah walau ke mana. Coklat Cadburry sekali lagi di'ngap'.
"On.""Cantik! Tunggu Ian sampai je sekarang ni.." jam tangan dikerling. 8:23 pagi. Akira memuncungkan bibir. Mana Ian? Dia tak pernah lambat lebih lima belas minit. Takkan tidur lagi?
Sling bagnya diselongkar mencari smartphone. Didail nombor Ian. Menunggu dan menunggu talian bersambut namun operator perempuan yang menjawabnya.
"Ben,call Ian. Dia tak jawab la.." Berkali Akira menelefon namun tetap,Ian tidak mengangkat. Pelik naauuu. Memang betul tak bangun tidur lagi ke?
Ben juga cuba menelefon tapi hasilnya tetap sama. Dicubanya pula aplikasi Whatsapp.
"Tak angkat la Kira. Aku whatsapp,satu tick je.." Ben memberitahu.
Akira mengigit bibir. Nak terjah rumah dia ke?Buat hal pula Ian ni. Aku semangat kot nak naik bukit. Tak lama, dia turut menghantar Whatsapp pada rakannya yang seorang itu. Tapi tetap one tick,seperti Ben. Jelas Ian tak buka Whatsapp.
"Ben,kita gerak dulu la..Aku dah beritahu Ian,kita jumpa sana.." Akira terlebih dulu berjalan diikuti Ben yang tenang menghampiri. Tak kisah lah pasal Ian. Yang penting pagi ni dia nak daki bukit.
Ben,jenis tak kisah. Dia selalu jadi si penurut kata. Disebabkan Akira senyap di sebelah,sedang melayari perasaan mungkin, jadi Ben juga turut senyap. Membiarkan hanya burung berkicau,kenderaan berbunyi dan alam semesta sahaja yang berbicara.
YOU ARE READING
Call Of Death
General FictionTiga sahabat berjanji untuk berkelah bersama. Namun hampa bila hanya Akira dan Ben sahaja yang munculkan diri. Ian,tak dapat dihubungi dan masing-masing tertanya ke mana perginya sahabat mereka yang jarang bertingkah sedemikian. Janji tetap janji...