Bab 1

625 44 7
                                    

APLIKASI Instagram menjadi peneman sementara menunggu kawannya yang sejak semalam berkata 'jom lepak mamak'. Tapi sekarang? Di manakah dia? Batang hidung pun tak nampak.

Dia tersengih apabila melihat kiriman terbaru daripada adik bongsunya.

“Aqish... Aqish. Kecil-kecil lagi dah pandai post gambar jadi chef kat Instagram ye? Nak jadi chef ke apa? ”

Telatah satu-satunya adik perempuannya itu tidak pernah buat gusinya kering. Terhibur saja memanjang.

Jam tangan dikerling. Dah hampir setengah jam dia duduk menunggu di kedai mamak. Ini dah melampau. Dia yang ajak lepak, kita yang kena tunggu.

“Hai bro. Sorry lambat. ”

Ahnaf mencebik. Anak matanya menjeling tajam. Sorry? Pergilah naik lori, gumam Ahnaf.

“Sorry je kau tahu kan? Sorry, tiada sorry bagimu. Aku nak kau belanja teh tarik dengan roti canai aku ni,” ujar Ahnaf seraya menunjuk ke arah roti canai dan minumannya. Inilah masa yang terbaik untuk dia kenakan Faiz.

“Hah? Alah... Iyalah! Nasib baik aku yang ajak kau lepak, kalau tak memang taklah aku nak belanja,” balas Faiz seraya perlahan-lahan mengeluarkan beg dompetnya. Bukan dia ikhlas pun. Dia terpaksa untuk menebus kesalahan.

“Hmm, cukup ke duit aku ni?” getus hatinya. Dikerling Ahnaf dan beg dompetnya bersilih ganti.

“Ha, kau nak citer apa kat aku harini?” tanya Ahnaf. Selama ini, dia saja sering mencurahkan perasaan, kali ini biarlah giliran Faiz pula.

“Aku nak citer... ”

Tak sempat Faiz nak habiskan ayat, telefon pintar Ahnaf pula berdering. Faiz mengeluarkan keluhan. Potong  betullah, rungut Faiz geram.

“Hello. Ya, Aqish kenapa? ” tanya Ahnaf kepada adiknya sebaik sahaja panggilan diangkat. Terdengar isakan Balqis di hujung talian.

“Abang Harys... Abang Harys nak bunuh Aqish... Aqish takut abang,” jawab Balqis bersama tangisan yang semakin jelas.

Tersembur air teh tarik dari mulut Ahnaf. Dia membingkas. Sikap gelabah dia sudah bermula.

“Apa?! Okey, abang balik sekarang! Aqish duduk dalam bilik, kunci pintu!” arahan dititipkan sebelum panggilan terputus.

“Faiz, sorry. Aku kena balik sekarang,” kata Ahnaf sambil peluh merenik di dahi.

“Kenapa? Ada apa?”

Bertalu-talu soalan diterima daripada Faiz.

“Har. Dia nak bunuh adik aku. ”

Tanpa pamit, dia terus berlari menuju ke kereta. Kiri dan kanan jalan tidak dipandang. Sebuah kereta bertegun, hon bergema. Dengan selamba Ahnaf menjerit meminta maaf.

Dia menyedari orang itu bersungut-sunggut ke atas kesalahannya. Walau apapun lariannya tetap diteruskan. Ahnaf sudah kesingkatan masa. Nyawa adiknya sangat penting.

Pedal minyak ditekan sekuat hati. Dia memandu dengan had yang paling laju. Kereta berderet di tengah jalan.

Tidak semena-mena stereng kereta diketuk kasar.

“Argh! Waktu-waktu macam nilah nak jammed!” gusar Ahnaf bengang. Tampang mukanya merah padam.

BALQIS menyembunyikan diri di dalam bilik sehingga ketibaan Ahnaf. Seluruh anggota badannya menggigil ketakutan. Di dalam hati tak putus-putus berdoa supaya abang sulungnya lekas pulang.

“Aqish adik abang... Bukalah pintu ni... Abang nak main dengan Aqish ni,” panggil Harys dengan nada psiko. Pintu diketuk sebanyak dua ke tiga kali.

Tragedi TraumaWhere stories live. Discover now