Bab 2

293 42 12
                                    

“MINUM air Yasin ni. Aku baca Yasin semalam lepas solat Isyak. Aku nak kau tahu, yang aku nak tengok kau sembuh,” tutur Ahnaf seraya mengedangkan gelas ke hadapan Harys.

Tanpa rasa belas kasihan ke atas pengorbanan abangnya selama ini, dia menepis gelas yang dihulurkan oleh Ahnaf.

Ahnaf beristighfar halus. Tanpa sabar, dia tidak akan tabah menjaga Harys sehingga hari ini. Serpihan kaca gelas di lantai, dikutip satu persatu.

Tok. Tok.

“Assalamualaikum... ”

Suara orang memberi salam bersama ketukan pintu mulai kedengaran. Nampaknya mereka sudah sampai.

“Waalaikumussalam,” jawab Ahnaf sehabis mengutip kaca yang berkecai. Dia mengatur langkah ke pintu.

“Faiz, ustaz. Jemputlah masuk,” pelawanya kepada dua orang tetamu itu. Tangan Ustaz Abdul dikucup sebagai tanda hormat. Dari raut wajah ustaz itu, pasti umurnya dalam lingkungan 50-an.

“Di mana adik kamu?” tanya Ustaz Abdul setiba sahaja melangkah masuk ke dalam rumahnya.Senyuman diukirkan.

“Dia ada ustaz. Mungkin dia di bilik. Kejap ya, saya panggilkan dia. Jemputlah minum.” Ahnaf mempelawa mereka sekali lagi untuk menikmati sajian kecil di atas meja.

Ustaz Abdul dan Faiz duduk di atas sofa yang disediakan, dalam pada masa yang sama menunggu Ahnaf dan Harys.

Usai Ahnaf membujuk Harys untuk turun duduk bersama mereka semua di ruang tamu. Apakala sudah lengkap semuanya, suasana pula khali. Ustaz Abdul tidak tahu hendak memulakan perbualan dari sudut mana.

“Apa nama penuh kamu?” soal Ustaz Abdul lemah- lembut. Biarpun dia telah mengetahui nama penuh Harys, sengaja dia bertanya.

Harys senyap.

“Maaf ustaz kalau saya mencelah... Adik saya ni memang takkan berborak dengan orang lain. Dia hanya berborak dengan kami adik beradik sahaja.” Ahnaf memberikan penjelasan. Tidak mahu Ustaz Abdul melemparkan spekulasi yang bukan-bukan terhadap Harys.

Lelaki berjanggut putih itu sekadar mengangguk. Dia mengerti apa maksud Ahnaf.

“Boleh bagi saya air masak? Sebab saya nak tawarkan air,” pinta Ustaz Abdul.

“Boleh, ustaz. ”

Ahnaf berlari ke dapur. Botol yang berisi air Yasin tadi dicapai. Mudah-mudahan akan lebih mujarab apabila air ini dipenuhi ayat-ayat suci Al-Quran.

“Ini ustaz airnya.” Ahnaf meletakkan botol mineral 500 ml tersebut di hadapan Ustaz Abdul.

“Terima kasih... Harys... Mari sini kat ustaz kejap. Ustaz nak tawar ayat Al-Quran sedikit. ”

“Argh!” tingkah Harys dan terus berlari naik ke aras atas.

Ahnaf kaget dengan perbuatan adiknya.

“Maaf ustaz, kejap saya kejar dia.”

“Ahnaf, takpe. Biarkan sahaja, saya tawar air ni dulu.”

Ahnaf akur.

Sesudah selesai segalanya, telah tiba untuk mereka balik. Ahnaf menemani mereka berdua sampai ke kereta Faiz. Perasaan kesal dengan perbuatan Harys sebentar tadi. Langsung tidak menghormati tetamu.

“Maafkan adik saya ya ustaz.”

“Tak mengapa Ahnaf. Saya dah biasa. Lagipun bukan mereka sengaja. Mereka pun tidak sedar,” respon Ustaz Abdul yang tidak lekang senyuman di bibir.

“Oh ya, saya rasa. Saya ada satu cadangan buat kamu. ”

“Cadangan? Apa cadangannya ustaz?” tanya Ahnaf kelihatan teruja.

Tragedi TraumaWhere stories live. Discover now