KERETA mereka diberhentikan di perkarangan homestay. Akhirnya tiba juga mereka di rumah. Keluar sahaja dari perut kereta, Ahnaf memerhatikan rumah satu-satunya jiran mereka.
"Balqis sayang... Tolong abang ambilkan satu bungkusan makanan kat atas meja makan kita?" pinta Ahnaf sedikit meleret. Dia sudah tidak larat ke hulu ke hilir dengan kaki yang sakit ini.
"Boleh, abang."
"Thank you..."
Setelah 3 minit menunggu, Balqis menghulurkan plastik berisi makanan.
"Abang nak bagi siapa?" soal Balqis sejurus bungkusan beralih tangan.
"Jiran kita... Abang tak sedaplah, hari tu diaorang dah sedekah makanan kat kita... Takkan kita tak balas balik kan? Aqish masuk dalam dulu. Abang nak hantar makanan kejap."
"Okey abang," jawab Balqis yang masih berdiri di ambang pintu.
Pemuda itu mengayun langkah menuju ke rumah jirannya yang jaraknya tidak jauh dengan homestay.
"Assalamualaikum..."
"Waalaikumussalam."
Dengan sekali ucapan salam, ucapan itu dijawab.
"Awak ni siapa? Ini rumah mak cik haritu yang hantar..." Kata-kata Ahnaf terhenti di situ.
"Makanan kat rumah awak?" Perempuan yang berumur dalam lingkungan 20-an itu menyambung percakapannya.
Angguk.
"Ya. Itu mak saya," suara perempuan berbaju kurung itu. Rajin metah dia menyiram pokok bunga pada senja begini.
Masih adakah orang zaman sekarang memakai baju kurung ketika di rumah?
Ahnaf cuba bersangka baik.
"Oh, takpelah kalau macam tu. Ini, saya sedekah. Anggaplah ini balasan saya. Terima kasih untuk lauk haritu, sedap..." Ahnaf berdusta demi menjaga hati wanita itu.
Padahal tiada sesuap lauk pemberian daripada mak cik itu yang dia sumbat ke dalam mulut.
"Terima kasih," ujar wanita itu lalu mengambil bungkusan plastik berkenaan.
Mata perempuan itu lantas mencerun tajam ke arah kereta Ahnaf. Ahnaf menoleh.
"Harys," gumam Ahnaf. Harys dan perempuan itu saling berbalas renungan tajam.
Ada apa sebenarnya yang berlaku di antara mereka berdua?
"Awak kenal adik saya?"
Perempuan itu hanya mengangguk kemudian berjalan masuk ke dalam rumah. Pintu rumah kayu itu, ditutup dengan keras.
"Sah. Ini mesti ada yang tak kena," desis Ahnaf seraya mengelih ke arah Harys yang masih duduk di dalam kereta.
SEMUA album gambar dari bawah katil dikeluarkan. Setiap gambar, pasti mempunyai kenangan yang tersirat. Hanya sekeping gambar yang boleh membuatkan rindu di hati terubat.
Harys tersentak. Tombol pintu kelihatan dipulas perlahan. Satu album disorokkan di bawah bantal kekabu.
"Hai, Har. Buat apa tu?" tanya Ahnaf, sangkanya tadi Harys tidak menyedari kedatangannya.
Dia mengayun langkah masuk ke dalam bilik. Tanpa diundang, Ahnaf menghenyakkan punggung di birai katil.
"Aku tengok... Album kita masa kecil-kecil," balas Harys sedikit gugup.
"Mana kau jumpa?"
"Kat bawah katil. Aku teringat yang dulu aku simpan kat bawah katil."
"Kau dah ingat?" soal Ahnaf semakin gembira melihat keadaan adiknya yang semakin pulih.
"Aku... Dah mula ingat sikit-sikit."
"Alhamdulillah..." Ahnaf merafak syukur sambil menadah tangan.
"Terima kasih abang,” tutur Harys seraya mengelopakkan senyuman. Sudah lama Harys tidak tersenyum mekar seperti sekarang.
"Huh..." Tiupan angin di telinga membuatkan senyumannya mati.
"Har. Kau okey?" tanya Ahnaf khuatir. Roman muka Harys tiba-tiba berubah.
"Aku okey. Tolong keluar bang. Aku nak tidur."
Belum sempat Ahnaf melihat foto-foto lama mereka, Harys sudah mengusir. Di saat Ahnaf ingin bangun, matanya tertangkap ke arah bantal.
"Album apa kat bawah bantal kau tu?Aku nak tengok." Ahnaf menghampiri bantal kekabu berwarna biru itu.
"Jangan!" Harys melarang keras.
"Tolong keluar abang," pinta Harys sedikit berlembut.
"Ala... Aku nak tengok je..."
"Tolong! Keluar!" tempelak Harys. Anginnya telah berubah.
Ahnaf beralah. Kedua-dua belah kakinya berundur keluar. Matanya memandang sekilas ke arah album di bawah bantal itu.
BALQIS duduk sendirian di pangkin tepi kolam. Dia tidak ditemani
sesiapa. Seorang perempuan berterusan memerhati Balqis di sebalik tembok.Setapak demi setapak dia berjalan mendekati Balqis. Dia sangat rindu akan Balqis.
Kedua-dua belah mata Balqis ditutup rapat.
"Siapa ni? Abang Ahnaf ke? " tanya Balqis polos.
Perempuan itu gelengkan kepala.
"Abang Har ke?"
"Hey perempuan! Kau buat apa dengan adik aku?!" tempik Ahnaf dan pantas mendapatkan Balqis.
"Kak Lia... Abang, kenapa abang marah Kak Lia? Dia kan kawan Aqish," marah Balqis yang berada di dalam dakapan Ahnaf.
"Hoi hantu! Kau nak apa dekat dengan adik aku?! Tak tahu malu ke masuk rumah orang tanpa minta izin?! Perempuan jenis apa kau ni ha?!"
Pang!
Satu tamparan hinggap di pipi Ahnaf. Automatik lelaki itu senyap.
Alia menggeletar ketika menurunkan tangannya. Setitis air matanya tumpah.
"Ma... Maafkan saya. Saya terlepas. Saya tahu saya salah, saya tak patut masuk ke dalam rumah ni tanpa izin awak."
Laju Alia berlari keluar dari homestay itu.
"Alia! Maafkan saya!" jerit Ahnaf menyesal. Dia tidak patut menuduh melulu seperti tadi, apatah lagi menggelarkan Alia 'hantu'.
Wajahnya diraup kasar.
"Lia."
Langkah Alia bertegun sejurus seseorang mencengkam tangannya.
"Kita kena berbincang."
Pang!
Buat kali kedua Alia menampar pipi seorang lelaki.
"Takde apa yang perlu dibincangkan sekarang. Kau kena ingat ni, hutang nyawa perlu dibayar nyawa! "
Tangannya ditarik daripada cengkaman itu.
"Urusan kita belum selesai Lia! "
YOU ARE READING
Tragedi Trauma
Mistero / Thriller"Kerana tragedi, aku trauma. "-Harys Tragedi kemalangan yang menimpa ke atas diri Harys pada satu tahun yang lalu telah menyebabkan kesan yang buruk terhadap fizikal dan mentalnya.Trauma. Rasa takut membelenggu dirinya setiap saat.Dia tertekan denga...