Bab 7

243 32 21
                                    

RUTIN harian Harys, duduk mengelamun jauh. Dia ditemani Ahnaf di ruang tamu. Televisyen sahaja yang menyala tapi mata ke arah lain.

Bukannya ada apa di dinding tu.  Kelakuan aneh Harys, membuatkan Ahnaf penasaran.

"Woi. Kau pandang apa kat dinding tu? Hantu?"

Dalam nada kasar Ahnaf bertanya.

"Jangan menyibuk," balas Harys sambil memeluk bantal di sisi kirinya.

"Kau ingatkan siapa? Lia?" suara Ahnaf bersahaja.

Tapi Harys sangat yakin, bahawasanya abangnya itu sedang menyindir dirinya.

"Kau jangan ingat aku tak tahulah..." Ahnaf menyambung semula sindiran.

Harys senyap. Bantal di dalam pelukannya dicengkam kuat. Bibirnya diketap.

Ahnaf mencapai alat kawalan jauh di atas meja. Saluran astro Oasis menjadi pilihan rancangan untuk ditonton hari ini.

"Ha barulah best. Tazkirah Malam Jumaat," kata Ahnaf. Sindirannya lenyap begitu sahaja.

Terjegil mata Harys.

"Tukarlah cerita lain!" tengking Harys. Alat kawalan jauh di tangan Ahnaf cuba dirampas.

"Aip. Tak boleh. Biarlah tengok TMJ ni. Dapat juga kita pahala."

"Aku cakap tukar! Tukarlah!" Harys bangun lalu menatap Ahnaf tajam. Dia betul-betul serius. Tersirap darah Harys semenjak mendengar sindiran tadi.

"Kau kenapa?" soal Ahnaf berasa seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena dengan adiknya.

Harys melangkah setapak ke hadapan. Sekonyong-konyong leher Ahnaf dicekik.

"Erk... Lepaskan a... Akulah. " Tersekat-sekat Ahnaf bersuara. Dia tidak bernafas. Dada Harys ditolak dengan sepenuh daya, namun kudrat Harys lebih kuat.

Harys tersenyum sinis memandang Ahnaf yang tengah ketakutan. Tangannya berterusan mencekik Ahnaf.

"Lepaskan Abang Ahnaf!!!" teriak Balqis seraya berlari laju ke arah mereka.

Buk!

Harys tumbang menyembah lantai.

Vakum secara perlahan Balqis letakkan ke bawah. Dia menangis teresak-esak.

"Sayang... Mari," panggil Ahnaf yang sedang mengatur nafas.

"Abang... Aqish tak sengaja... Aqish tak tahu nak buat apa tadi... Jadi Aqish pukul Abang Har dengan vakum ni," tutur Balqis kesal. Dia terus-menerus mengongoi.

Tubuh Balqis diraih Ahnaf masuk ke dalam dakapannya.

"Jangan takut sayang... Abang Har pengsan je... Kita bawa abang pergi hospital ya."

Balqis mengiyakan. Mereka bersiap-sedia untuk membawa Harys pergi ke hospital yang berdekatan.

Kelopak mata Harys bertaup rapat. Pengsan akibat hentakan vakum daripada Balqis.

Tragedi TraumaWhere stories live. Discover now