“SAYA rasa, saya tahu Harys di mana.”
Kata-kata Alia membuatkan Ahnaf suspen. Ahnaf memandu sambil mengikuti arahan Alia.Agak pening juga kerana Alia suka suka suruh membelok tepat di simpang.
“Betul ke arah yang awak tunjuk ni? ” tanya Ahnaf kurang mempercayai Alia.
“Mestilah... Saya yakin, walaupun saya lupa...” Alia tayang sengih.Sengihannya sehingga menampakkan garis gigi.
Ahnaf memutarkan bebola matanya.Dia fikir Alia tahu sangat tentang jalan ini.
“Belok sini,” arah Alia.
Ahnaf garu kepala, “Ini kan lorong. Apa yang ada? ”
“Ikut jelah Ahnaf... ”
Ahnaf akur.Stereng diputarkan ke arah lorong yang gelap itu. Untung keretanya sederhana besar,boleh mereka lepas melalui lorong yang agak sempit itu.
LANGKAH Harys dihentikan di hadapan sebuah kelab malam.Dia kenal kelab malam ini. Ya, ingatannya masih kuat.
Inilah kelab malam milik Arman!
Masih terbayang saat-saat dia cuba menyelamatkan Dahlia tetapi gagal.
Walaupun dia tidak ingin masuk ke dalam tempat yang dipenuhi maksiat itu, dia tetap masuk. Dia harus mencari anaknya. Sofea mesti diselamatkan.
Seluruh tempat dan tingkat semua dia sudah cari. Sebentar tadi, ada juga beberapa gadis muda mengajaknya untuk menari tapi dia menolak mentah-mentah. Siapa sahaja yang tidak ingin menari dengan lelaki tampan seperti Harys, walaupun dia berpakaian hospital.
Lemah dia melangkah keluar dari pusat hiburan itu. Untuk kali kedua dia gagal dalam hidup, “Argh!!! ” Harys telah berputus asa.
“Jangan mengalah Har, ” suara ghaib itu hadir semula.
Harys sekadar memekakkan telinga.
Tiba-tiba dia terasa bahunya dipegang dengan sepasang tangan.Perlahan dia menoleh. Terbeliak matanya.
“Dahlia!? ”
Harys tergamam.
Bibir Dahlia yang pucat itu menguntumkan senyuman.Tangan Harys dipegang lalu tangan itu ditarik pergi ke suatu tempat.
Harys masih tergamam.Dia terlalu merindui senyuman yang manis itu. Harys seolah-seolah dipukau. Dia membiarkan sahaja Dahlia menarik tangannya.
Langkah mereka terhenti.Dahlia menghalakan jarinya ke arah sebuah rumah.
“Sofea ada di sana ke? ” soal Harys.
Dahlia mengangguk.
Harys berlari ke arah rumah di belakang kelab malam itu.Langkahnya diberhentikan sesaat. Tubuhnya berpusing ke belakang, kanan dan kiri.
Dahlia menghilang.
Harys menyambung lariannya kembali. Dia yakin.Perempuan tadi bukan Dahlia, itu cuma khayalan. Dia berlari dengan sepantasnya.
“Aduh.” Harys mengaduh sejurus terjatuh. Tanah yang berlecak itu mengakibatkan dia terjatuh.Secara perlahan dia bangun. Habis kotor seluar dan baju milik hospital.
Walaupun lututnya sedikit luka,dia tetap bangkit meneruskan perjalanan.Jaraknya dengan rumah itu semakin dekat.Sedikit sahaja lagi.Langkahnya semakin dipercepatkan.
“Hana anak papa... Kenapa comel sangat ni? ”
Terdengar satu suara menyebut nama Hana. Harys berjalan tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Dia mengintai melalui tingkap yang sedikit terbuka.
“Arman? ” gumam Harys.Pantas dia bersembunyi tatkala Arman hampir menyedari kelibatnya.
“Kenapa ni abang? ” tanya Fasha seraya memegang bahu Arman.
“Takde apa-apa, ” nafi Arman seraya mengalihkan pandangan dari tingkap. Dia kembali bermain dengan anaknya yang baru berusia setahun.
“Abang, kalau iyepun nak main dengan Hana mandilah dulu. ” Fasha membebel lalu membaling tuala ke arah Arman.
Arman merungut. Dia mahu main dengan puterinya itu pun tidak senang.
Tiba-tiba ruang tamu itu mulai sepi. Fasha sedang memasak di dapur dan Arman pula sedang mandi.Budak perempuan yang baru berusia setahun itu tinggal seorang diri di ruang tamu.
Harys kembali mengintai.Terbit senyuman dibibirnya apabila melihat budak perempuan itu bermain anak patung. Wajahnya saling tidak tumpah seperti Dahlia.Harys yakin itu anak perempuannya.
Harys berjalan perlahan untuk mencari pintu. Pintu rumah itu tidak berkunci. Mereka sangat cuai, bagaimana kalau Sofea diculik nanti?
Tanpa memberi salam, dia terus melangkah masuk ke dalam rumah itu. Dia memandang anak kecil itu sambil tersenyum. Dia menapak mendekati budak itu.
“Uwek! Uwek!”
Budak kecil itu menangis sekuatnya.
Harys mula menggelabah.Budak itu segera dia dukung.
Tangisan itu didengari sehingga bilik mandi. Arman keluar dari bilik mandi apabila terdengar tangisan Sofea tapi Arman memanggilnya Hana.
“Apalah awak ni! Tinggal Hana seorang diri kat depan tu! Jaga anak sorang pun susah! ” Arman membebel sambil berjalan ke ruang tamu. Nasib baik dia masih belum mandi.
Fasha menjengilkan mata, “Eleh, macamlah budak tu anak betul. ”
Arman mengetap giginya. Tangannya sudah bersiap-sedia mengepal penumbuk.Dia berjalan mendekati Harys, “Pulangkan anak aku Harys. ”
“Tak, Sofea bukan anak kau. Sofea ni anak aku!”
“Itu Hana anak akulah! ”
“Hana, anak kau dah mati Arman! ” jerkah Harys. Sofea masih menangis teresak-esak. Kasihan dengan anak kecil itu, dia sendiri tidak mengenali bapa kandungnya.
Arman terkedu. Dia tahu Hana sudah tiada tapi dia sudah menyayangi Sofea seperti dia menyayangi Hana.Dia tidak akan lepaskan Sofea.
“Okay, fine. Kau nak ambil budak tu?Silakan.”
Harys terpinga-pinga.Tak mungkin begitu mudah dia membiarkan Harys mengambil Sofea kembali? Harys berpusing ke belakang.Dia melangkah keluar dari rumah itu. Dia terus berjalan tanpa memikirkan apa berlaku di belakang.
“Har!!! ” Ahnaf lantas mendapatkan tubuh Harys lalu dipeluk erat tubuh itu. Dia melindungi Harys dan anak buahnya.
BAM!
BAM!
BAM!
BAM!
Empat das tembakan dilepaskan ke arah Harys. Tapi sayang, keempat-empat das tembakan itu tepat dilepaskan ke arah Ahnaf.
BAM!
Buat kali kelima das dilepaskan ke arah dan orang yang sama.
Ahnaf mulai lemah.Harys tidak lagi berada di dalam dakapannya. Dia jatuh kemudian terbaring di tanah.
Harys memusingkan badan, “Abang!” luluh hatinya melihat baju Ahnaf yang berlumuran darah.Kepala Ahnaf diangkat lalu diletakkan ke atas ribanya.
Sofea telah berada di dalam dakapan Alia. Tanpa membuang waktu, Alia terus melangkah masuk ke dalam rumah itu lalu mengetuk kepala Arman menggunakan pasu. Itu sahaja cara untuk buat dia pengsan sehingga polis tiba. Nombor 999 didail.
“Abang... Kuatkan semangat bang...Bertahanlah, ” pinta Harys.Air matanya menitis laju.
Ahnaf tersenyum lalu wajah Harys disentuh lembut, “Kau jaga diri baik-baik dik.Jaga Aqish dan jagalah anak kau. Abang sayangkan kau Har,” lemah nada Ahnaf.Tangan di wajah Harys diturunkan.
Tanpa disedari mata Ahnaf terpejam.Setiap minit berlalu dengan pantas. Tidak lama selepas itu bunyi siren ambulans dan polis kedengaran sehingga membingitkan telinga.
“Abang, bangun. Abang, bangun! Jangan tinggalkan aku! Argh! Semua orang tinggalkan aku! Kenapa semua orang tinggalkan aku!?Aku pun nak ikut kau bang!”
YOU ARE READING
Tragedi Trauma
Mystery / Thriller"Kerana tragedi, aku trauma. "-Harys Tragedi kemalangan yang menimpa ke atas diri Harys pada satu tahun yang lalu telah menyebabkan kesan yang buruk terhadap fizikal dan mentalnya.Trauma. Rasa takut membelenggu dirinya setiap saat.Dia tertekan denga...