SINARAN matahari menembusi langsir tingkap. Langit sudah cerah, menandakan hari sudah siang. Harys masih belum tidur dan berehat dengan secukupnya.
Sejak pukul 2 pagi hingga detik ini, dia masih belum melelapkan mata. Gara-gara ada bayangan yang mengganggu dirinya. Kedua-dua belah telinga ditekup. Air matanya merembes keluar.
“Pergi! Jangan kacau aku! Pergi!!! ”
Semua bantal yang ada di atas katil dilemparkan ke lantai. Selimut digigit berkali-kali. Itulah yang akan dia lakukan setiap kali, dia berada dalam situasi trauma.
“Argh!!!”
Teriakan Harys bergaung. Dapat didengari sampai ke tingkat bawah.
“Astaghfirullahaladzim. Kenapa pula dengan Harys pagi ni?!”
Ahnaf memadamkan api gas. Kehendaknya untuk memasak tergendala. Dia nak memasak pun tidak senang hati.
Kaki Ahnaf mendaki satu demi satu anak tangga. Pintu bilik Harys diketuk keras. Tombol dipulas berkali-kali, nampaknya pintu telah dikunci dari dalam.
“Har! Buka pintu ni! ”
“Argh! Jangan kacau akulah!”
Jeritan Harys membuatkan Ahnaf tidak tenang. Hatinya bergolak. Ahnaf berlari ke kamar tidur yang lain. Kotak kunci pendua dicari.
“Sini takde. Kat sana pun takde. Argh! Mana pula kunci spare ni?!”
Almari baju dibuka.
“Alhamdulillah, ini pun.”
Terdapat lima kunci pendua. Ahnaf mencuba semua kunci itu. Kunci yang terakhir telah berjaya membuka pintu bilik Harys.
“Pergi!!! ”
"Har. Relaks... Istighfar... Astaghfirullahaladzim... Ikut abang istighfar ya,” pujuk Ahnaf sambil memeluk erat badan adiknya yang kedinginan.
“Argh! Kau sama je macam orang lain! Kau selalu cakap, kau sayangkan aku! Kau nak aku sembuh! Tapi kenapa kau bawa aku kat rumah berhantu ni?! Hah?!” bentak Harys seraya menolak-nolak badan Ahnaf.
“Har. Rumah ni tak berhantu. Semalam aku dengan Aqish tidur okey je... Tenang je. Kau yang terlalu ikutkan perasaan... ”
“Itu sebab benda tu tak nak kacau kau! Masalahnya sekarang, benda tu kacau aku! Kalau kau tak nak dengar apa yang aku cakap. Pergi mampuslah!”
AHNAF tercenung seorang diri di tepi kolam renang. Kakinya digoyangkan di dalam air. Dia mencelupkan tangan ke dalam kolam kemudian dibasahkan sedikit ke mukanya.
Dia mengelamun memikirkan
kata-kata Harys sebentar tadi. Adakah betul, dia yang bersalah? Diakah penyebab Harys gila?Tidak mungkinlah.
Harys dalam keadaan tidak waras sekarang.
Tetapi, tak semestinya orang yang tidak waras itu kata-katanya tidak betul.
“Arh! Boleh jadi tak betul aku kalau selalu macam ni,” gumam Ahnaf. Serabut otaknya setiap kali memikirkan Harys.
“Abang! ”
Tersentak Ahnaf. Ternyata Balqis yang memeluknya dari arah belakang.
“Iya... Aqish ni. Terkejut abang.”
“Hihi.” Hanya sengihan dan ketawa yang Balqis bagi.
Ahnaf sekadar tersenyum segaris.
“Dari mana Aqish dapat lollipop ni?” soal Ahnaf. Setahunya, dia memang tidak pernah belikan Balqis lolipop warna-warni sebesar ini.
YOU ARE READING
Tragedi Trauma
Mystery / Thriller"Kerana tragedi, aku trauma. "-Harys Tragedi kemalangan yang menimpa ke atas diri Harys pada satu tahun yang lalu telah menyebabkan kesan yang buruk terhadap fizikal dan mentalnya.Trauma. Rasa takut membelenggu dirinya setiap saat.Dia tertekan denga...