KAKINYA terus berjalan tanpa arah tujuan. Dia dibiarkan terkontang-kanting seorang diri di pinggir jalan. Mulutnya tanpa henti menyebut nama sang anak.
Orang-orang di kanan dan kiri hanya memerhati.Mereka yakin, pasti Harys pesakit yang terlepas dari hospital sakit jiwa. Semua orang menjauhi Harys.
Tapi itu semua tidak melemahkan semangat Harys. Semangat juang untuk mencari anak perempuannya masih kental.Tidak usah pedulilah dengan mulut orang sekeliling yang mengata.
Setelah dua jam dia berjalan tanpa hala tuju, dia duduk di atas tanah. Habis basah pakaian hospital yang tersarung di tubuhnya akibat peluh. Rambut dan wajahnya diraup kasar. Tangisan mulai berderai.
Dia sedih,tiada seorang pun yang sudi mendengar ceritanya. Sudi mendengar pun tiada apatah lagi percaya. Semua orang melemparkan gelaran gila secara melulu.
Bagaimana mereka tahu Harys gila? Harys cuma tertekan sekarang.Dia yakin anaknya masih hidup. Dia tidak sanggup terus dibayangi dosa silam.
“Sayang, ikut I. ”
Suara itu hadir semula. Dia bangkit. Dia terus berjalan ke hadapan selagi suara itu belum memberikan apa-apa arahan.
“Belok kanan. ”
Langkah dihentikan. Kepalanya menoleh ke kanan. Lorong yang sangat gelap. Dia buntu.Patutkah dia ikut suara itu? Dia mengalihkan pandangan sekaligus langkahnya.
“Belok kanan Har,” arah suara itu tegas.
Harys masih berdegil.
“Berpatah semula Har.Belok kanan!”desak suara itu. Nadanya kali ini lebih tegas. Selagi Harys tidak mengikuti arahannya, selagi itu dia bakal menghantui Harys.
“Okay fine! ” teriak Harys seraya kedua-dua telinganya ditutup rapat. Dia berpatah kembali. Tangannya masih menutup telinga. Dia berjalan seorang diri melalui lorong gelap itu.
Suasana malam yang sepi dan gelap itu tidak membuatkan dia terasa takut walaupun secebis. Angin malam membuatkan tubuhnya dingin.
“Sofea... Mana kamu sayang... Ayah datang ni,” panggil Harys. Semangatnya hampir putus. Tapi suara itu masih mendesaknya.
“ARGH! Tak habis-habis buat masalah dia ni! ” bentak Ahnaf sambil memandu menuju ke hospital.
“Bersabarlah sedikit.” Alia memberikan nasihat.
Ahnaf istighfar perlahan. Wajahnya diraup perlahan-lahan.Dia kembali memberikan sepenuh perhatian kepada pemanduan. Nanti tak fasal-fasal dia dan Alia kemalangan.
Seluruh tempat berhampiran hospital dia cari tapi masih belum nampak kelibat Harys.Ke mana adiknya menghilang? Dia begitu khuatir sekali. Adakah Harys tidak kasihan dengannya?
“Ahnaf, takpe. Kita jangan mengalah,” ujar Alia.
“Awak tak faham.Harys satu-satunya adik lelaki yang saya ada,” suara Ahnaf serius.
Alia sekadar senyap. Malas mahu bercakap lebih.
“Saya sayangkan Harys sangat-sangat.” Harys menekankan sedikit perkataan 'sangat-sangat'.
Alia sekadar menadah telinga.
“Masa kecil dulu, bila saya tahu mak saya mengandungkan dia, saya gembira sangat. Selepas lima bulan, mak saya cakap bahawa adik saya tu lelaki. Bertambahlah kegembiraan saya. Saya dah ada geng sekarang, haha! ” Ahnaf tertawa perlahan di akhir luahannya.Selepas itu ketawa kembali sepi.
“Selepas mak dan ayah saya meninggal, dah jadi tugas saya untuk jaga dia dan Balqis. Mereka berdua adalah amanah untuk saya. Saya tak sangka ada kisah disebalik tragedi kemalangan yang dia hadapi setahun yang lepas,” luah Ahnaf.Brek tangan ditarik naik kembali. Dia kembali menjalankan misi.
YOU ARE READING
Tragedi Trauma
Mystery / Thriller"Kerana tragedi, aku trauma. "-Harys Tragedi kemalangan yang menimpa ke atas diri Harys pada satu tahun yang lalu telah menyebabkan kesan yang buruk terhadap fizikal dan mentalnya.Trauma. Rasa takut membelenggu dirinya setiap saat.Dia tertekan denga...