DIA duduk menahan geram di ruang tamu. Butang remote televisyen dipicit kasar.Apabila tiada cerita yang sedap untuk ditonton, remote dicampakkan ke sebelah.
Dahlia sekadar berdiri di anak tangga. Perlahan dia menghampiri Harys. Dari raut kerutan di wajahnya,jelas bahawa lelaki itu sedang berada dalam masalah. Jarak duduknya didekatkan.
"You ada masalah ke? " soalnya sambil jari telunjuknya bermain di rambut Harys.
"Yes. Sayang, please jangan macam ni," jawab Harys lalu jarak duduknya dijauhkan sedikit.
"Kita belum kahwin,jadi tak elok.Tolong jangan salah faham, " pujuk Harys.
Dahlia tidak berjaya nak buat muka merajuk. Baru sahaja niatnya nak kenakan Harys. Dia tersenyum tatkala Harys mendekatkan kembali jarak duduknya.
"Abang I... Dia tak sudi nak pinjamkan I duit, " luah Harys kecewa. 500 ribu ringgit Malaysia, jadi wajarlah Ahnaf tidak bagi. Kerana Ahnaf sendiri pun tiada duit sebanyak itu.
"Har, it's okay...Lagipun, sekarang I dah selesa tinggal disini. " Dahlia cuba menyedapkan hati Ahnaf.
"Really? "
"Of course... Apa yang penting baby ni selamat," ujar Dahlia lalu mengusap perutnya yang telah sedikit buncit.
Harys hanya senyum tipis. Dia takut kalau rahsia ini terbongkar.Kalau rahsia ini sampai di telinga Ahnaf, tidak aman hidupnya.
"I naik atas kejap ya,"pinta Dahlia.
Harys tersedar dari lamunan.Kepalanya dianggukkan.
Perlahan-lahan Dahlia naik berjalan ke tingkat atas.Nafasnya tercungap-cungap ketika di hadapan pintu. Pintu bilik dikuak setelah nafasnya kembali teratur. Kandungannya baru sahaja masuk lima bulan, tapi nafasnya selalu tercungap ketika lakukan aktiviti.
Telefon pintar miliknya diperiksa sambil mengusap lembut perutnya. Dia berjalan mendekati jendela.Matanya masih fokus menghadap telefon.
"Aku nak jumpa anak aku sekarang!!!"
Terhinjut kedua-dua bahu Dahlia. Dia mula mencari suara jeritan tadi.Matanya tertancap ke arah rumah Mak Cik Gayah.
"Ya Allah... "
"Sayang kenapa ni? Macam cemas je muka, " suara Harys di muka pintu.
Pantas Dahlia meletakkan jari dimulutnya sebagai signal kepada Harys.
Automatik sebelah kening Harys naik.
"Abang I ada kat rumah Cik Gayah," bisik Dahlia seraya berjalan menjauhi tingkap.Kalau abangnya tahu dia selamat di sini, nahas dirinya.
"Ha? Buat apa abang you kat sini? " soal Harys terkejut. Dia mengintai sedikit dari dalam tingkap. Ya, itu memang Arman.
"I tak tahu, " tutur Dahlia gementar.
Harys cuba menenangkan Dahlia.Mulai sekarang,dia wajib melindungi Dahlia dengan lebih ketat. Arman tidak boleh tahu di mana keberadaan Dahlia walaupun sedikit.
"MAAFKAN aku bang. "
"Maaf? Itu je? " Ahnaf ketawa sinis.Dia bingkas dari kerusi.Poket seluar diseluk.
Harys hanya mampu menundukkan kepala.Mulutnya menjadi bisu. Dia tahu bahawa dia bersalah.Dia mula menangis sambil menyalahkan diri sendiri.
"Anak aku bang... Aku kena selamatkan anak aku dari orang jahat tu... Tolong aku bang, " rayu Harys.Dia harus mencari di mana anaknya berada sekarang. Dia yakin bahawa anaknya sedang dalam bahaya.Hanya anak itu bukti cintanya terhadap Dahlia.
YOU ARE READING
Tragedi Trauma
Mystery / Thriller"Kerana tragedi, aku trauma. "-Harys Tragedi kemalangan yang menimpa ke atas diri Harys pada satu tahun yang lalu telah menyebabkan kesan yang buruk terhadap fizikal dan mentalnya.Trauma. Rasa takut membelenggu dirinya setiap saat.Dia tertekan denga...