Bab 4

217 37 13
                                    

“TERIMA kasih sebab sudi datang ke homestay saya . Maaf kalau saya mengganggu percutian ustaz,” ujar Ahnaf berasa segan. Dia terpaksa mencuri sedikit masa lapang Ustaz Abdul demi kesihatan Harys.

“Hahaha, sama-sama... Tak mengganggu saya pun...”

Gelak dan tawa tidak henti keluar dari mulut lelaki yang warak itu. Beliau merupakan seorang yang peramah dan baik hati. Sanggup mengorbankan masa untuk Ahnaf, walhal mereka berdua tiada ikatan darah.

“Perkenalkan ini anak lelaki saya, Salleh namanya,” ujar Ustaz Abdul untuk memperkenalkan jejaka yang berdiri tegak di sisinya.

“Selamat berkenalan Salleh,” ucap Ahnaf kepada Salleh.

“Se... Selamat berkenalan ju... Juga.” Tergagap-gagap Salleh bersuara. Tangannya pula terketar-ketar di saat membalas perjabatan tangan.

“Anak ustaz ni kenapa ya, kalau boleh saya tahu?” soal Ahnaf, terpamir reaksi hairan di roman mukanya.

“Hmm... Apa kata kita masuk ke dalam dulu? Mungkin anak saya, akan jawab sendiri soalan kamu tadi.”

Selepas mendengar kata-kata Ustaz Abdul, mereka bertiga berlalu masuk ke dalam homestay. Ruang homestay ini sangat luas. Dan pastinya mendapat ketenangan, oleh sebab homestay ini terletak di pendalaman.

“Adik kamu di mana?” tanya Ustaz Abdul sambil matanya mengitari keseluruhan sudut rumah berkenaan.

“Di bilik ustaz. Ustaz nak saya panggilkan dia? ”

“Tak usah. Tak mengapa Ahnaf.” Gesit Ustaz Abdul melarang.

Ahnaf akur dengan arahan ustaz tersebut.

“Salleh... Ceritakan,” suruh Ustaz Abdul agar anaknya membuka cerita.

"Hmm... Abang Ahnaf, maaf seandainya kata-kata saya ni nanti ada salah dan silap ya?"

Bertaut rapat sepasang kening Ahnaf. Rasa ingin tahu semakin menebal di kalbu. Rayuan maaf daripada Salleh membuatkan Ahnaf tertanya-tanya.

"Takpe Salleh. Cerita saja cerita yang sebenar," balas Ahnaf kemudian mengukirkan senyuman terpaksa.

"Selepas saya keluar dari kereta tadi... Saya dapat rasa ada sesuatu yang tak kena di rumah ni."

"Tak kena? Maksud awak?" tanya Ahnaf serius. Senyumannya pudar sekelip mata.

"Semasa... Abang Ahnaf keluar untuk jemput kami masuk, saya ada nampak kelibat perempuan berambut panjang di sebelah rumah ni. Dia menangis dan seolah-olah cuba meminta tolong."

"Perempuan rambut panjang? Minta tolong? Siapa pula dia?" Ahnaf memotong setiap bicara Salleh.

"Tentang tu saya tak pasti bang. Kalau abang nak tahu... Sebab tulah saya menggeletar tadi... Untuk pengetahuan abang... Saya dah lama tak nampak benda-benda ni. Last saya nampak pun, masa zaman universiti. Entah macam mana hijab mata saya ni terbuka pula malam ni."

Salleh sendiri pelik, bagaimana dia boleh nampak makhluk halus kembali? Bukankah hijab matanya sudah tertutup? Tahap kegigilan Salleh mulai merebak ke seluruh anggota badan.

"Mungkin ini petunjuk daripada Allah S.W.T. Ahnaf, jangan pernah berhenti berdoa. Jaga solat lima waktu. Saya memang tak dapat melihat makhluk halus ni dari mata kasar... Tapi saya hanya dapat rasa, memang ada sesuatu yang misteri di rumah ini."

Ringkas namun padat ulasan Ustaz Abdul. Rasanya tidak usah dia beriya-iya menjelaskan perkara sebenar kepada Ahnaf.

Ahnaf sudah dewasa, dia sudah boleh berfikir panjang.

Tragedi TraumaWhere stories live. Discover now