FIKIRAN Ahnaf bertambah serabut tatkala mendengar cerita daripada mulut Mak Cik Gayah dan Alia. Jadi sebelum ini Harys menyimpan perempuan yang bukan mahram di dalam homestay mereka?Harys dan perempuan itu telah terlanjur?
Ahnaf berdengus. Balqis sekadar menatap wajah Ahnaf yang sedang runsing.
Sejujurnya Ahnaf kecewa, walaupun adiknya itu seorang lelaki.Tidak malukah dia hidup dalam keadaan berzina? Tidak takutkah mereka berdua dengan azab Allah ?
Balqis bangun dan melangkah ke arah Alia sejurus Alia memanggilnya. Balqis duduk di atas pangkuan Alia.“Sudahlah Ahnaf, perkara dah lepas. Lagipun, mereka berdua duduk kat dalam rumah tu bukannya tidur sebilik dan sekatil. ”
“Macam mana awak tahu?”soal Ahnaf bengang.
“Saya yang selalu temankan Dahlia kat rumah tu. Saya tahulah. ”
Mereka saling bertikam lidah.
“Alia, ”panggil Mak Cik Gayah lalu mencubit sedikit pinggang anak perempuannya itu. Bila bercakap, tak pernah nak berbalah.
“Mak cik,saya minta izin nak pergi hospital. ”ujar Ahnaf setelah bangun dari sofa. Salleh ikut bangun.
“Baiklah. ”sepatah Mak Cik Gayah membalas.
Ahnaf menghampiri Balqis untuk dibawa pergi,tapi dihalang Alia.
“Takkan awak nak bawa Balqis pergi hospital sekali? Jangan risau, saya boleh jaga dia. ”ujar Alia.
Ahnaf buntu.
“Izinkan saya untuk ubatkan rindu saya terhadap arwah anak saya. Setiap kali saya tengok Aqish saya akan teringat kat dia, ”pinta Alia seraya menatap wajah mengantuk Balqis.
“Hmm,baiklah.Tolong jaga adik saya baik-baik ye. ”
Alia mengangguk laju. Dia sangat gembira.Senyumannya lebar sampai ke telinga.
“Kalau boleh saya tahu, anak awak meninggal sebab apa ye? ”tanya Ahnaf setelah daun pintu dikuak.
Terdengar bunyi deringan telefon miliknya,membuatkan Alia tidak menjawab pertanyaannya.Nombor yang tidak dikenali tertera di skrin telefon.Dia menjawab panggilan itu diiringi kerutan di dahinya.
“Hello. Ya, saya Ahnaf.”
“Apa!?Adik saya diracun!? Baiklah, saya pergi ke hospital sekarang.”sambung Ahnaf.Dia mulai cemas.
“Mak cik, Alia. Tolong jagakan adik saya. Saya dan Salleh kena pergi ke hospital sekarang. ”
“Kejap, kenapa dengan Harys?”Sempat Alia menyoal mereka sebelum mereka pergi ke kereta.
“Harys,dia diracun. ”
MEREKA berdua masuk ke hospital menggunakan laluan kecemasan. Banyak kali juga Ahnaf bertekak dengan pengawal keselamatan.Penat juga Salleh mengawal Ahnaf yang terlalu marah tika itu.
Akhirnya pengawal keselamatan itu izinkan mereka berdua masuk ke dalam. Walaupun sepatutnya tidak boleh, kerana sekarang bukan waktu melawat.
“Nurse, saya abang pesakit yang bernama Harys. Dia di mana sekarang? ”soal Ahnaf tiba sahaja di kaunter.
“Encik Harys? Hmm... Dia di wad 05.”
“Okay, terima kasih. ”
Ahnaf dan Salleh terkejar-kejar mencari wad 05.Mereka berdua tawaf satu hospital untuk mencari wad 05.Ahnaf menggaru kepalanya.
“Kau jumpa wad 05?”
“Tak bang. Tak jumpa langsung. ”
Mereka kembali ke kaunter.
“Maaf nurse.Wad 05 kat mana? ”
Soalan Ahnaf membuatkan kening jururawat itu berkerut.Kali ini jururawat yang lain, ke mana pula jururawat yang tadi?
“Wad 05 dibawah encik. Tapi buat apa encik nak pergi ke sana?”tanya jururawat dengan senyuman tidak acuh.
“Tadi jururawat tu cakap,adik saya kat wad 05.”
“Jururawat? Saya seorang je encik jaga shift malam ni. ”tutur jururawat itu gugup. Bulu romanya meremang.Tengkuknya digosok perlahan.
“Untuk pengetahuan encik, wad 05 tu sekarang dah jadi bilik mayat. ”
Ahnaf senyum senget. “Ha sudah...Habis tadi yang kita jumpa tu hantulah ye Salleh? ”tanya Ahnaf seloroh.
“Shhh. Mulut jangan celupar sangat boleh tak bang. ”marah Salleh. Boleh pula ketawa bila jumpa hantu?
“Adik saya nama Harys,dia di wad berapa sekarang? ”tanya Ahnaf serius. Tidak lagi bergurau seperti tadi.
“Oh, Encik Harys. Dia di wad 326.Encik terus je. Adik encik sedang berehat sekarang, sayalah yang telefon encik tadi. Maaf atas kelalaian kami encik. ”
Ahnaf sekadar mengangguk. Kalau diikutkan kata hati memang dia marah, tapi pihak hospital tidak bersalah. Cuma pelaku yang bersalah.
“Mungkin encik boleh berbincang dengan doktor esok tentang pelaku tu.”
Ahnaf hanya menganggukkan sahaja kepalanya. Mereka berdua berjalan ke hadapan mencari wad 326.Pintu yang tertera nombor 326 dikuak.
Harys sedang tidur.Mereka melangkah masuk. Ahnaf menghampiri katil pesakit lalu mengusap rambut Harys. Wajah Harys pucat. Walhal wajahnya tadi tidak pucat sebegini rupa.
“Kalau aku jumpa orang yang nak bunuh adik aku tu... Nahas dia! ”
“Shhh... Senyaplah bang. ” pesan Salleh seraya jari telunjuknya diletakkan ke mulutnya.
Ahnaf duduk di atas kerusi bersebelahan Harys.Wajah Harys ditatap. “Sampai hati kau sembunyikan semua ni dari abang, Har. ”
“HAR.I rindukan you... Tolong I... ”
Kedengaran suara perempuan berhampirannya.Kelopak mata dibuka dengan sangat lambat. Pandangannya kabur.Hanya segaris sennyuman yang dapat dia lihat.
“Dahlia,” lemah nama itu disebut.
“Sayang... Jangan tinggalkan I... ”
Ahnaf mencelikkan matanya.Harys sudah sedar tapi mula meracau.
“Har... Abang ni... ”
“Dahlia... Aku nak Dahlia! ”jerit Harys lantas bangun dari baring.
“Dahlia kau tu dah mati! Aku dah tahu Har! Oh, patutlah dulu kau minta aku 500 ribu ringgit. Sekarang aku dah tahu semuanya Har... Semuanya.”
Maaf lambat update semua.. Bulan puasa ni idea kosong sikit hehe.Maaf jika ada kekurangan. Salam ramadan semua!
YOU ARE READING
Tragedi Trauma
Mystery / Thriller"Kerana tragedi, aku trauma. "-Harys Tragedi kemalangan yang menimpa ke atas diri Harys pada satu tahun yang lalu telah menyebabkan kesan yang buruk terhadap fizikal dan mentalnya.Trauma. Rasa takut membelenggu dirinya setiap saat.Dia tertekan denga...