Bab 12

343 38 20
                                    

10 tahun kemudian...

"MAK Su! Pia tak nak!"

"Pia! Kenapa degil sangat ni! Pergi mandi sekarang! "

Sofea pura-pura tidak dengar. Dalam keadaan berlengas dan masih lengkap berpakaian sekolah rendah, dia terus merebahkan badan ke atas katil.Sengaja dia menggulingkan badan di atas katil untuk sakitkan hati Balqis.

Balqis rasa macam nak cekik sahaja anak buahnya itu.Tahap kedegilannya terlalu tebal. Tak tahu ikut perangai siapa. Balqis terasa bahunya dipegang dari belakang,kepalanya ditolehkan.

"Kenapa ni? " tanya Alia perlahan.

"Pia tulah! Degil! "

"Aqish, sudah. Pergi mandi dulu. Pia biar akak yang pujuk, " tutur Alia.

Balqis akur,tidak kuat melawan seperti Sofea.

"Pia, kenapa tak nak mandi ni? Busuk tau, " pujuk Alia di muka pintu.

"Tak nak. Mak cik dan Mak Su mesti nak bawa Pia pergi jumpa ayah kan? Tak nak! " Sofea menutup wajahnya dengan bantal.

"Eh, siapa kata kita nak pergi tengok ayah Pia... Mak cik nak bawa Pia dan Mak Su pergi jalan-jalan," bohong Alia. Ini sahaja taktik untuk Sofea termakan dengan umpannya.

"Jalan-jalan? Kita nak pergi mana mak cik!? Yey!Dapat pergi jalan!" jerit Sofea gembira. Budak 11 tahun itu melompat keriangan.Tingkah lakunya saling tak tumpah seperti Balqis dahulu.

"Kita pergi tengok wayang... Lepastu kita pergi karaoke."

Membulat mata Sofea.Sofea paling pantang dengar perkataan karaoke. Lantas tuala dicapai. Mencicit dia berlari ke bilik mandi, pintu bilik mandi diketuk kuat.

"Mak Su!Cepatlah!"

"Ish Pia ni! Tadi kata tak nak mandi!Sabar jap! "

Alia masih menahan ketawa. Dia melangkah ke dapur. Lauk kesukaan Harys dimasukkan ke dalam mangkuk tingkat. Dia yakin, Harys akan sukakan semua ini.Ini semua istimewa untuk Harys kerana hari ini adalah ulang tahun kelahirannya yang ke-30.

Beberapa jam kemudian, teksi yang ditempah telah tiba.Alia mengeluh. Berapa lama lagi nak kena tunggu dua anak dara di tingkat atas itu bersiap?

"Pia! Aqish! Cepat ! Nanti shopping mall tutup!"

Sofea berlari keluar dari homestay dan masuk ke dalam perut kereta. Balqis mengunci pintu homestay itu.Homestay ini telah menjadi rumah buat dirinya, Sofea dan Alia. Tanpa Alia menjaga dia dan Sofea, pasti mereka telah jadi gelandangan.

"Mak Su ni lembaplah, "

Balqis mengetap gigi. Dia melangkah kasar ke dalam perut kereta. Dia buat tidak tahu sahaja dengan lawak hambar anak buahnya itu. Bibirnya terbit senyuman sinis, "Padan muka, aku yakin dia tak tahu langsung kita nak pergi melawat Abang Harys, " gumam Balqis seraya berpeluk tubuh.

"Aik, kita nak pergi mall kan? Tapi mall kat sana, " luah Sofea terasa aneh.

Alia dan Balqis membisu. Soalan Sofea dibiarkan tergantung sepi.

Senyuman sinis di bibir Balqis membuatkan Sofea tidak sedap hati.Dia yang sedang duduk di bahagian tengah kelihatan gelisah.

"Pia nak balik," pinta Sofea.

"Tak payah. Kita dah nak sampai pun," ujar Balqis sinis.

Tidak sampai satu jam, mereka telah tiba di hadapan Hospital Psikiatri.

"Turun, " arah Balqis.

"Tak nak! Pia nak balik! "

Lantas Balqis menarik tangan Sofea kasar. Sofea dipaksa keluar dari kereta dan masuk ke dalam kawasan rumah sakit jiwa itu. Balqis tidak peduli langsung sama ada tangan Sofea sakit atau tidak.

Tragedi TraumaWhere stories live. Discover now