🌸BAB1🌸

1.1K 35 1
                                    

Baju kurung ungu lembut, sudah rasa ketat di bahagian ketiak. Hanis berusaha untuk memuatkan baju tersebut di badannya. Kau boleh, Anis!.  Iyarhh!!!.

PRAKK!!

Opssy. Takkan koyak lagi?.  Ni dah baju ke-5 aku nak pakai. Baju-baju lain semua untuk hari akan datang.  Inilah Nur Hanis Arina, memakai cermin mata berbingkai tebal,  tidak pandai bergaya,  acap kali menjadi bahan semua pelajar Aswara. Salah ke aku tak pandai berfesyen seperti pelajar perempuan lain?.  Setiap kali ada kelas,  mereka mulalah jadikan aku sasaran.

" Hanis!.  Kau tak siap lagi?.  Kelas dah nak mulakan?.  Dah cepat siap! " Khaira,  kawan satu-satunya paling rapat semenjak aku belajar di sini.  Dia pelindung aku ketika di dalam dewan kuliah.  Khaira menyilangkan tangan sambil begnya sudah digantung pada bahu.  Hanis,  kau tak reti nak solek sikit ke?.  Bagilah seri muka kau.

" Jomlah.  Tunggu apa lagi? "

Khaira yang tadi asyik termenung,  segera mengikut Hanis daripada belakang. 

***

Hanis sudah mempunyai teman lelaki. Namanya Haziq.  Haziq pelajar tahun kelima kursus Animasi.  Hanis kursus muzik.  Alat kegemarannya Viola.  Dia tahu bermain viola kerana arwah bapanya mahir memainkannya.  Hanis mahu mengikut rentak bapanya.  Syuhada,  Karina dan Santi,  geng jelitawan di kuliah mereka, sering mengejek Hanis nerd atau skema.  Hanis memekakkan telinga saja.  Buat apa dia lawan.  Lebih baik berdiam diri.  90 peratus pelajar di dalam kuliah ni,  mereka tidak berapa suka dengan Hanis.  Hanis terlalu menonjol.  Dia saja nak menyinar!.  Orang lain tak bagi peluang!.  Mereka menganggap Hanis berhati jahat. Sebenarnya,  mereka cemburu, Hanis terlalu hebat.  Oleh itu,  mereka semua berpakat memulaukannya.

" Tengok tengok!. Big show dah datang! "

Siapalah yang cakap. Suara sumbang tahap katak!.  Hanis tidak pedulikan suara tersebut.  Dia terus membuka buku manuskrip.  Buku manuskrip,  merupakan satu buku khas untuk menulis nota muzik.

" Hoi, Big show!. Kau bukannya pandai sangat kan?.  Setakat lagu Turkish March-Mozart,  apalah sangat.  Aku pun boleh! " Jamil mencabar Hanis.  Satu dewan ketawakan Hanis.  Mereka berpihak pada Jamil.

" Sabar.  Awak banyakkan bersabar okey? "

Seorang pensyarah lelaki cina-muslim melangkah masuk sambil menjinjit briefcase  laptop.  Muhamad Damien Han Bin Syukur ( 27 tahun) , sepupu Khaira.  Dia seorang anak kacukan melayu-cina.  Bermakna Khaira turut daripada keturunan sama.  Khaira menggoyang-goyang Hanis.

" Apa kau ni?!. Bergegar kepala aku!"

Khaira berbisik agar sepupunya tidak perasan. " Sepupu aku tu!.  Damien Han!"

" Damien?.  Kenapa dia cina?"

" Ibu bapa dia kahwin campur!.  Matilah aku!" Tiba-tiba sepupunya jadi pensyarah Aswara.  Mama dan Papa ke suruh Damien pantau dia semasa di Universiti?.  Pelajar perempuan tergedik-gedik melihat Damien Han.  Damien akan menggantikan Puan Suraya, pensyarah asal bidang muzik Hanis dan Khaira.

" Salam sejahtera,  pelajar semua.  Saya Damien Han,  pensyarah baru kamu" Matanya tertancap pada Khaira.  Oh,  itu pun anak Pak Cik Zaidi,  Khaira Alia.  Dan...  siapa gadis nerd tak berapa cantik tu?. 

" Setakat ini,  kamu semua dah belajar knot muzik mana? " Tangan diseluk dalam saku. Damien mengelilingi tempat duduk pelajarnya sorang demi sorang. Tiada siapa menjawab pertanyaan Damien.  Kekok!.

" Err...  Tuan,  kami dah belajar nilai setiap knot muzik" Hanis mengangkat tangan.

" Oh, pandai kamu ni ya?.  Saya nak test kamu boleh? "

Damien datang dekat pada Hanis.  Pelajar lain hendak siap sedia ketawakan Hanis jika salah jawab.

" Berapa nilai knot ini? "

" Berapa nilai knot ini? "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Knot kuaver

Hanis menarik nafas supaya dapat menjawabnya dengan tenang. 

" Ini ialah knot kuaver.  Nilainya 1/2 daripada nilai bref"

Damien tidak berkata apa-apa. Dia boleh jawab pulak. Kalah.




🍒Bisikkan Hati 🍒 ( cerita lengkap)  Where stories live. Discover now