3 bulan telah berlalu, isteriku, Hanis sayang. Abang masih tidak boleh melupakan mu sesaat mana. Damien membelek cincin perkahwinan arwah Hanis. Bersinar-sinar cahaya putih. Seolah-olah, arwah Hanis tesenyum padanya. Damien juga tersenyum tanpa disedari.
" Kau rindukan isteri kau?" Reza meletak fail atas meja. Keringat peluh membasahi kemeja ungu lembutnya. Kelas pada hari ini agak lama durasinya. Kuliah Teater takkan habis selagi pelajar-pelajarnya tidak serius. Damien memandang kawannya di sebelah dengan muka blur.
" Kau tak kahwin, mana kau tahu"
Reza tergelak. Dua kali kau kahwin, Damien. Apapun, aku doakan kau semoga bertemu jodoh dan mengisi hati kau yang kosong. Reza teringat sesuatu. Ada sebuah Kafe baru telah dibuka di pusat bandar. Kafe Cawan Mas. Orang ramai memuji Kafe itu. kafe terbaik antara terbaik. Boleh cuba.
" Dami! . Kau ada kelas tak lepas ni?"
" Eh?. Aku dah habis hari ni" Reza sedia maklum aku telah berkahwin dengan pelajar aku sendiri. Reaksi Karina, Syuhada dan Santi terkejut betul. Mereka selalu buli Hanis dulu Tahu-tahu je Hanis dah kahwin dengan aku. Hahahah. Baru tahu takut kecut perut sampai nak terkucil!.
Memori tetap memori....
Reza berusaha menggembirakan sahabat baiknya ini.
" Janganlah muka masam!. Aku belanja kau Cappucino Frape ya ?"
Cappucino Frape minuman kegemaran Damien sebelum berkahwin yang pertama dan kedua. Damien buat isyarat okey.
**********
Karina membelek dirinya pada cermin kompak. Khaira turut melakukan perkara sama.
" Kau dengan Haziq ada perkembangan?. Slow betul kau!. Kau tengok kawan debab kau!. Dia senyap-senyap rampas Tuan Damien kita!! "
Cermin kompak Khaira ditutup kasar.
" Aku tak kisah lah pasal Haziq!. Aku rampas Haziq dari Hanis semata-nata nak tengok si Debab tu jatuh!. Tak sangka pulak dia dah ada pengganti secepat ni! " Khaira mahu Hanis sama-sama hilang orang tersayang. Sungguhpun Khaira mempunyai ibu bapa kaya, Khaira tidak pernah rasa kasih sayang mereka. Mereka hanya beri duit, lepas tu tinggalkan dia di rumah alasan kerja luar!.
Cik Ainul menghampiri dua pelajar tersebut. Dia berdehem. Kedua-duanya menoleh. Dia lagi.... . Rungut hati Karina.
" Apa Puan mahu daripada kami?. Hanis dah kahwin dengan Tuan Damien, dan Cik Ainul dah kalah. Terimalah takdir ni! "
" Sabar, pelajar sekalian. Aku datang bukan nak gaduh. Tapi, aku mahu beritahu kamu berdua si debab Hanis tu dah mati!. Aku mahu kamu berdua tolong aku dapatkan Damien" Ainul mencekik kolar baju Karina.
Hanis.... dah mati?
Karina menampar Ainul. Cekikkan Ainul terlepas.
" Tuan Damien takkan suka perempuan talam dua muka!" Kari
na terbatuk-batuk dek dicekik Ainul." Apa maksud Puan?. Hanis dah mati? " Khaira bingung. 3 bulan lebih mereka tidak nampak kelibat Hanis Arina. Tuan Damien bukankah lebih tahu kerana Hanis isterinya?. Biasa saja Tuan Damien ketika di kelas tadi.
" Fufufu!. Kamu berdua memang lembap!. Satu Universiti dah tahu kematian Hanis Arina Bt Rahmad i!. Aku ingatkan kamu berdua ni... gadis IT!. Rupanya tak tahu juga?! "
Karina dan Khaira digelar ' Gadis IT' kerana mereka pantas menerima berita terkini terutamanya gosip Hanis antara Tuan Damien dah berkahwin. Mereka saling memandang satu sama lain.
" Jika aku lapor pada Dekan apa kamu buat pada Hanis, kamu pasti akan dibuang! " Cik Ainul meninggalkan mereka berdua . Karina menggengam tangannya geram. Dia amat bencikan Ainul Najwa.
" Wei!. Cik Ainul dah berani ugut kita!. Kita bukan sengaja pecahkan violin stradivarius yang mencecah RM 200,000 tu !. Kerana kita nak selamat, kita tuduh si Hanis pada Dekan. Aku tak tahu pulak Cik Ainul nampak apa kita buat masa di studio muzik!. Aku rasa.... Cik Ainul dah obsess pada Tuan Damien kot?. Kau pulak macam mana, Karin?"
Karina tidak mendengar Khaira daripada tadi bercakap seorang diri.
Imbas kembali...
3 Bulan lalu, sebelum cuti semester
Studio Muzik
Karina begitu tertarik dengan Violin legenda, yang diletakkan di dalam bekas kaca. Violin cat keemasan, pernah dimainkan Mozart !. Karina seperti ingin mencuba memainkannya walaupun dia tahu dia tak sehebat Hanis.
" Kau jangan macam-macam, Karin. Kau tahu harga violin tu? "
" Tak..... tapi.... SAYA TERINGIN SANGAT NAK MAIN! " Tangan Karina menghampiri bekas kaca tersebut, dan tidak sengaja tertolaknya.
Violin itu terhempas lalu pecah menjadi serpihan.
" Karin!!!!!!! "
" Saya.... saya tak sengaja! "
Mereka terdengar derapan kaki masuk ke studio. Karina, Khaira menyembunyikan diri mereka bawah meja. Hanis akan bertugas membersihkan studio ini. Dia terkejut. Violin stradivarius yang berharga itu telah berderai!.
" Siapa yang buat ????" Tangan ditekup mulut.
Karina keluar dari persembunyian. Tepat kau muncul, Debab !.
" Hanis?!!!!. Kau pecahkan Violin Stradivarius ?!!! "
" Karina???? " Karina ada dalam Studio Muzik?. Jadi dia lah yang memecahkan violin ni?!.
Di balik pintu, Cik Ainul memerhatikan ' drama ' dibuat Karina.
YOU ARE READING
🍒Bisikkan Hati 🍒 ( cerita lengkap)
RomanceHanis Arina, seorang pelajar yang nerd dan berbadan gempal.. Namun, dia seorang yang rajin. Kadang-kadang, Hanis menjadi mangsa keadaan keluarganya. Malah, saudara- maranya juga sering memperlekeh imejnya.