Hanis terasa berat kepalanya. Kemungkinan dia telah mati tanpa seorang tangisi pemergiannya?. Khaira sahabat baiknya telah menikam belakang. Siapa lagi patut dipercayai? . Dia begitu kerdil sekali di bumi ciptaan Tuhan. Di Aswara, tiada seorang sudi berkawan dengan dia, hanya kerana dia tidak pandai berfesyen. Keluarga kandungnya juga telah membuangnya. Ke mana-mana Hanis pergi, tiada layanan baik diberikan. Huluran salam jauh sekali. Air liur berayat keji serta hinaan tidak sepatutnya, menjadi 'salam'untuk Hanis.
Mata dibuka perlahan-lahan agar kesakitan di kepala hilang bersama. Hanis bukan lagi berada di taman. Sebaliknya, sebuah bilik tidur asing. Selimut diselak. Hanis menyentuh kepala. Terasa ada balutan kain membalut kepalanya. Bilik itu dipandang sekeliling. Dia berada di mana?.
" Siapa bawa aku ke sini? . Haziq? " Jika benar Haziq menolongnya, hatinya amat gembira. Jejaka itu sudah berpaling tadah terhadap Khaira. Namun, itu mungkin tidak akan berlaku. Haziq amat mementingkan kecantikkan seseorang wanita. Khaira bertubuh langsing, berwajah putih mulus tanpa cela, lebih menarik perhatian Haziq Rafudin. Hanis kini seolah-olah terperangkap dalam situasi pelik.
Pelik kerana Khaira mula berubah sikap. Dan pelik MACAM MANA NAK KELUAR DARIPADA SINI?!!!!.
Hanis menyelongkar setiap laci meja. Dia terjumpa sekeping gambar Damien, bersama seorang wanita berpegang tangan dengan budak lelaki kecil.
Pensyarah?. Hohohoho. Dia ada skandal kah?. Muka ketat, dalam hati ada taman!.
KRIKK!
Damien membawa semangkuk bubur dan segelas air kosong, berserta ubat.
" Hei, kau buat apa? "
Hanis menyorokkan gambar itu di belakang badannya. Dia ke katil semula dan duduk.
" Tak ada... apa-apa. Tuan... buat apa dekat sini...?"
" Ini rumah saya. Suka hati saya lah. Kamu berat sangat. Nak angkut pergi klinik, tak larat! " Damien duduk di birai katil. Menyua sudu untuk Hanis. Dia nak suap aku?.
" Buka lah mulut!. Saya bukan Mak. awak! "
Aku terpaksa akur membuka mulut aku sebesar mulut buaya. Hahaha. Damien menyumbat bubur tersebut sebanyak-banyaknya.
" Werk!! . Apa ni Tuan?!. Tuan nak bunuh saya dengan bubur tawar tu ke?! "
Damien sentap. Tawar dia kata?.
" Kalau kau tak nak makan, keluar daripada sini!. Aku pun tak adalah susah payah jaga kau macam ISTERI aku! " Damien bangun dan membuka pintu. Dia menghempas pintu macam nak robohkan rumah sendiri!. Isteri?. Perempuan malang manalah nak jadi isteri kau?.
Hanis terasa ingin melihat-lihat kawasan rumah ini. Ala, sekejap saja. Kalau Tuan Damien marah, aku pekakkan telinga je.
Wahh... luas rumah Tuan Damien?. Seorang budak lelaki terlanggar Hanis. Kedua-dua tergolek. Baru kena hantuk batu kolam, kali ni kena langgar budak kecil? . Ini dinamakan ' sudah jatuh ditimpa tangga'agaknya. Apalah malang sangat nasib aku hari ni?.
" Kakak minta maaf, dik"
Aku memeriksa budak itu. Lutut okey, tangan okey. Hati?. Mukanya persis Tuan Damien. Anak Tuan Damien lah ni.
" Zamir sakit... . Nak dukung? " Zamir mendepangkan tangan untuk Hanis mendukungnya. Alahai... perangai saling tak tumpah dengan Tuan Damien. Hanis tersenyum kecil. Dia mendukung Zamir penuh keibuan.
" Zamir sakit ya?. Mari kakak bagi satu ciuman? " Hanis berayu-ayun buaian telur . Tak lama tu, Hanis mencium dahi Zamir. Zamir tidak membantah Hanis menciumnya.
" Kakak jadi Mama Zamir boleh? "
Hah?.
" Mana boleh, Dik. Adik kena minta kebenaran dari Papa Adik. Akak tak boleh sesuka hati jadi Mama adik" Aduh... apa aku cakap ni?. Budak kecil mana faham perkataan 'kahwin'?. Zamir menyentuh dagu.
" Hurmm... biar Zamir cakap dengan Papa. Kakak, jom jumpa Papa! "
Ujarnya gembira. Aku dah cuak dah. Tuan Damien reaksinya nanti mungkin K. O . Paling tak, masuk unit rawatan rapi.***
💼 Ruang pejabat Damien 💼
" Papa!" Zamir menuruni dukungan Hanis. Dia berlari ke Tuan Damien. Tuan Damien memberi reaksi terkejut kerana, anak lelakinya didukung oleh pelajarnya.
" Ya anak Papa?. Zamir nak coklat?. Donut atau patung Transfomer?" Damien meletakkan Zamir di atas meja. Zamir menggeleng.
" Tak... "
Hanis berdiri patung cendana di pintu. Anak-beranak itu sangat mesra. Muka Tuan Damien tidak masam seperti biasa.
" Zamir nak apa dari Papa? "
Jari telunjuk Zamir dituju pada Hanis.
" Papa... boleh tak Kakak tu jadi Mama Zamir? "
" Zamir..., kamu tak kenal kakak tu. Kenapa tiba-tiba nak ada Mama? "
" Kawan-kawan Zamir ada Mama. Zamir je takde. Papa, bolehlah kakak tu jadi Mama Zamir?. Zamir janji jadi budak baik" Rayu Zamir.
Tuan Damien, jawablah!. Jangan lah diam!.
" Zamir tunggu sini. Papa cuba tanya kakak tu ya? "
Damien menarik keluar Hanis daripada pejabat.
" Kau dah dengar apa anak aku nak?"
Hanis buat -buat pekak. Hanis menjeling-jeling Damien. Budak je kot. Dia bukan tahu apa dia cakap.
" Kau dengar tak?!"
" Iya Tuan Damien!. Saya tak pekak! " Hanis menggosok telinga yang baru 'ditegur'. Aku belum pekak lagi tau!.
" Kau kena jadi Ibu Zamir!"
YOU ARE READING
🍒Bisikkan Hati 🍒 ( cerita lengkap)
RomanceHanis Arina, seorang pelajar yang nerd dan berbadan gempal.. Namun, dia seorang yang rajin. Kadang-kadang, Hanis menjadi mangsa keadaan keluarganya. Malah, saudara- maranya juga sering memperlekeh imejnya.