Suasana senyap ketika mahu mengambil Zamir di sekolah. Hanis seolah merajuk mengapa Damien meninggalkannya keseorangan di pejabat. Kejar perempuan lain pulak!. Mana aku tak cemburu!. Damien mati akal bagaimana hendak memujuk Hanis. Dia sendiri nampak Cik Ainul bertapa terkejutnya mereka berduaan di situ. Damien menggosok belakang leher. Tangan sebelah tidak melepaskan stereng.
" Hanis... abang bukan sengaja nak buat Hanis marah. Tak comel tau. Depan Zamir jangan buat muka macam dolphin. Muncung sana, muncung sini. Lama-lama nanti bibir Hanis jadi kecik" Damien ketawa kecil. Hanis tidak membalas. Dia semakin merajuk dan berdiam diri. Cakap dengan stereng!. Damien mengenggam tangan Hanis, dibawa ke mulutnya. Dikucup tangan Hanis penuh kasih. Hanis tergamam. Kenapa susah-susah hendak memujuk hati yang sudah terbakar?. Apa hubungan Damien dengan Cik Ainul?!.
" Please, jangan marah abang lagi. Hanis dah janji nak jadi Ibu yang baik untuk Zamir. Hanis tak nak kan Zamir mengamuk?"
Zamir je?. Kau?. Kau tak nak aku jadi isteri terbaik dunia akhirat untuk kau?. Huhuhu. Damien memberhentikan kereta di tepi pagar sekolah. Murid-murid sudah memenuhi kawasan sekolah, menunggu ibu bapa mereka datang menjemput.
" Abang ambil Zamir. Hanis tunggu sini ya?. Jadi budak baik... " Damien memegang kepala Hanis, dahi Hanis dikucup. Hanis terasa hangat dengan kucupan diberikan Damien itu. Wajahnya merona. Sikap Damien berubah setelah mereka berkahwin. Setelah Damien keluar kereta, Hanis tersenyum sambil tangannya masih di dahi, menyentuh bekas ciuman Damien.
***
Anak-beranak ini menyanyi-nyanyi dengan riang. Hanis tertawa kecil. Macam budak-budak Damien!. Hahaha!.
" Siapa lapar?! "
Zamir mengangkat tangan dengan gembira.
" Zamir!!!. Zamir nak makan Domino Pizza!. Mama nak makan juga!"
Eh eh. Bila pula aku nak Domino?. Hahaha!. Damien mencuit hidung Hanis.
" Aduh aduh!. Hishhh!. Apa abang ni?!. Sakit tau hidung Hanis! " Aku menggosok hidung yang baru saja jadi mangsa ' ketam '.
" Hanis nak makan apa?. Bagitau abang. Hari ni abang belanja! "
Wah... ni strategi pujuk aku ke?. Dah tahu dia salah, tahu pula nak pujuk hati yang sakit!. Hump!.
" Baiklah, hari ni kita makan Domino!!!!"
" Yeah!!!! " Zamir bertepuk tangan. Hanis tersenyum melihat kedua-dua insan tersayang ini, gembira.
***
" Hanis tak kira!. Hanis nak Piza Tuna!. Tak nak Piza Ayam!!! " Hanis memukul-mukul Damien menggunakan buku menu. Damien menghalang serangan Hanis. Zamir hairan dengan Mamanya.
" Hanis, berhenti!. Ya ya!. Abang pesan Piza Tuna!. Puas hati? "
Damien memanggil pelayan piza. Dipesannya Piza Tuna satu set bersama air teh ais lemon. Pelayan tersebut selesai mengambil pesanan, dia kembali ke dapur. Kami menunggu ditemani bunyi manusia sekeliling.
" Hanis... jangan merajuk lagi. Depan rezeki tak baik buat muka merajuk. Kalah Zamir! " Damien sengaja mengusik Zamir. Zamir terkejut Papanya melibatkan dia dalam hal orang tuanya.
YOU ARE READING
🍒Bisikkan Hati 🍒 ( cerita lengkap)
Roman d'amourHanis Arina, seorang pelajar yang nerd dan berbadan gempal.. Namun, dia seorang yang rajin. Kadang-kadang, Hanis menjadi mangsa keadaan keluarganya. Malah, saudara- maranya juga sering memperlekeh imejnya.