🍩 Kafeteria 🍩
Semangkuk ais-krim vanila dan sepinggan kuih gulung dijamu Hanis. Khaira pelik mengapa Hanis boleh makan bilangan banyak seperti itu. Hanis memang ada gastrik. Alasan saja kalau dia cakap perut pedih. Padahal nak curi-curi makan!.
" Wei, kau makan tak baca doa ke?" Melantak banyak kawan aku. Nanti ada yang tegur, sensitif sana, sensitif sini. Menangis tengok drama korea!.Okey, tak ada kaitan.
" Hahahah!. Lapar lah. Kau tak makan?. Lepas ni kita dah balik Asrama tau" Sudu ais-krim dijilat penuh nikmat. Kemanisan ais-krim vanila penuh krim, lemak manisnya, fuhhh!. Sedap!. Ditambah pula sirap gula melaka kuih gulung!. Bertambah-tambah kesedapannya!. Aku patut jadi Chef. Pandai menilai rasa daripada rupa. Setakat rupa makanan cantik, rasa tak berapa nak sedap tu, 20 /50 lah. Syuhada serta Karina menolak Hanis daripada kerusi. Hanis terhantuk bucu meja.
" Auhh!"
" Hanis! "
Hanis meraba-raba dahinya. Alamak, darah!. Mestilah darah. Takkan gam gajah?. Khaira memapah Hanis.
" Hei! . Kau kacau kawan aku kenapa?!. Dia tak kacau korang pun! "
" Eleh. Nak sokong si debab ni pulak !. Khaira, kau tak padan dengan budak debab ni!. Pakai spek tebal, tak pandai berfesyen. Boyfriend handsome pulak!. Kau tak sesuailah!. Khaira, masuk grup kitorang, kau tinggalkan budak DEBAB ni! " Syuhada menolak Hanis lagi. Dia melepas geram. Pegangan Khaira terlepas. Kebetulan, Damien baru habis makan , lalu di belakang Hanis lantas, Hanis terlanggar Damien. Perlanggaran itu menyebabkan Hanis hilang imbangan.
Damien pantas melingkarkan tangannya menyambut Hanis. Syuhada, dan semua pelajar di kafeteria, tergamam. Babak romantik biasanya dalam drama saja. Ini 'live' depan mata. Hanis menjauhkan Damien daripada terus memeluknya.
" Jangan sentuh saya!"
Damien merengus kasar. Tak tahu cakap terima kasih!. Pandai belajar, adab kurang!.
" Kamu tak reti hormat pensyarah ke?" Damien menepuk-nepeuk bahunya.
Hanis kelu. Mata semua pelajar memandang tajam ke arahnya. Khaira turut sama melihat dirinya seperti seekor tikus yang mencuri makanan.
Khaira menarik Hanis agar beredar segera daripada Kafeteria. Buat malu!!.
***
" Kau jangan cari pasal dengan sepupu aku!. Dia pensyarah kita! "
Terkejut Hanis. Khaira memarahinya. Dia tahulah Damien Han, sepupu Khaira. Kenapa Khaira nak melenting?. Damien sentuh dia kot.
" Khai, awak marah saya ?. Kita kawan"
Geram Khaira. Kawan dia lembap sangat!. Sepupunya dihantar ke sini supaya Damien boleh memantau aktiviti dirinya lalu dilaporkan pada ibu bapanya. Memang aku dah jangka Papa dan Mama aku nak tahu apa aku buat dekat sini. Khaira melabuhkan punggung di atas katil bujang. Mujur pelajar lain belum balik. Kecoh nanti dapat tahu Hanis si nerd cari pasal dengan pensyarah.
" Hanis, aku bukan nak marah kau. Aku dah kena jaga tingkah laku aku mulai sekarang. Aku tak Mama dan Papa aku heret aku balik Selangor. Kau tahu keluarga aku bermasalah. Sebab tu, aku sambung belajar di sini"
Hanis melabuhkan punggung sebelah Khaira. Khaira, si puteri tunggal yang dilanda masalah keluarga. Dipulaukan ibu bapa, kakak-kakaknya, hampir dirogol abang tirinya. Pun begitu, Khaira masih boleh tersenyum. Jauh sudut hatinya, Khaira sedang menanggung derita sepekat awan ribut petir.
Esoknya,
Situasi Aswara bukan seperti biasa. Rata-rata pelajar berbisik sesama sendiri tatkala Hanis berjalan ke dewan kuliahnya. Hanis berpakaian kurung fesyen 90-an. Coraknya berbunga mawar. Tudung bawal disemat kedua -dua bahu. Hanis menjadi perbualan lagi.
" Eeei... fesyen manalah budak debab pakai tu?. Tolonglah!. Kampung sangat! " Anita, pelajar jurusan teater. Kawan-kawannya tergelak apabila Hanis melintasi kumpulan gadis-gadis tersebut. Umpatan keji, dilontar tanpa fikir kesan buruknya. Mereka bersuara mahu menjatuhkan Hanis Arina. Khaira tidak menemaninya pada pagi hening ini. Kali pertama berjauhan sahabat baiknya itu.
Mata Hanis membulat. Teman lelakinya, Haziq, sedang duduk berduaan bersama KHAIRA di bangku bawah pokok Angsana. Mereka ketawa mesra sesama sendiri. Nak kata ulang kaji, buku pada tangan tak ada!.
" Haziq!!. Khaira!. Apa semua ni?!! " Air mata Hanis mahu menitis. Khaira tersenyum sinis.
" Hanis, aku nak putus dengan kau!. Kita dah tak ada apa-apa lagi!. Aku dan Khaira sudah bercinta 2 tahun. Aku tak suka kau yang debab macam belon! " Haziq memegang tangan Khaira. Sebelum mereka beredar, Hanis terlebih dahulu menarik Khaira sekuatnya. Hampir terjerumus Khaira kerana Hanis.
" Apa masalah kau ni, King Kong?!" Khaira membetulkan rambut perang cantiknya.
Nak tampar juga muka Khaira!. Mana adil!. Aku yang suka Haziq dulu!. Khaira tak boleh sesuka hati rampas Haziq daripada aku!. Hanis menarik-narik rambut Khaira. Mereka mencetuskan pergaduhan kerana seorang lelaki.
" Hoi debab!. Berani kau tarik rambut aku?! "
Haziq hanya memerhati 'pertandingan'dua wanita di hadapan mata. Seronok. Tak ada bertih jagung pula. Khaira menolak Hanis lalu menyebabkan Hanis terhantuk pada batu kolam ikan . Dia rebah serta tidak sedarkan diri. Khaira menyuruh mereka segera pergi. Tiada siapa menolong Hanis. Mereka memandang Hanis sipi-sipi malah, ada menjelirkan lidah.
YOU ARE READING
🍒Bisikkan Hati 🍒 ( cerita lengkap)
RomanceHanis Arina, seorang pelajar yang nerd dan berbadan gempal.. Namun, dia seorang yang rajin. Kadang-kadang, Hanis menjadi mangsa keadaan keluarganya. Malah, saudara- maranya juga sering memperlekeh imejnya.