Ummi dihantar oleh jiran sebelah rumah ke Kuala Lumpur. Setelah mendapat tahu Walid masuk hospital, Ummi terus menyalahkan aku punca Walid terkena serangan jantung. Kak Balqis memberitahu segalanya sejurus Ummi tiba di hospital.
PANG!!!
Ummi menampar Damien di hadapan Balqis, Amira dan Aida. Berbekas pipi Damien terkena tangan kasar Ummi yang lemah-lembut itu. Maisarah hanya diam di hospital. Dia dan Damien hanya orang luar. Beliau juga tidak menyangka dia akan memasuki sebuah keluarga yang tidak boleh menerima kehadiran mereka berdua.
Maisarah belum sempat lagi mengenali keluarga mertuanya dengan baik, sekarang ni dah berlaku sesuatu tidak diduga. Siapa Hanis disebut Walid mertua aku?. Bagaimana agaknya Hanis yang sebenar andai aku hanya lihat melalui gambar saja?. Jika Hanis sudah meninggal dunia, mengapa Abang Damien tidak membawa aku ke kuburnya ?.
" Ummi takkan maafkan Damien kalau Walid kritikal!!!" Ummi menolak tubuh Damien sehingga terduduk di bangku. Benci, kecewa. Menantunya tidak tahukah bagaimana perasaan dia selepas Hanis meninggal dunia?. Kini suaminya pula. Selepas kehadiran Damien dalam keluarganya tanpa restu mereka, Damien sering membawa malang dalam keluarga mereka.
" Ummi... maafkan Damien. Damien tak sengaja...." Sesungguhnya dia sekarang seperti orang tidak berguna. Dijelaskan perkara benar, difitnah pula.
********
" Abang... " Maisarah turut duduk bersama Damien di katil. Walid dalam keadaan stabil selepas Doktor Harum memberitahu khabar itu. Kami menarik nafas lega melihat Ummi tersenyum semula dan Walid kuat melawan penyakitnya. Maisarah mencapai tangan Damien, di bawa ke pipi. Tangan Abang Damien hangat...
" Syukur Abang... Walid tak ada apa-apa. Erm, abang?. Esok boleh abang bawa Sarah pergi kubur arwah Kak Hanis?. Sarah.... Sarah madu arwah Kak Hanis... jadi... "
Jari Damien di bibir Maisarah. Tak ada istilah ' madu ' dalam perkahwinan mereka. Hanis, atau Maisarah, mereka isteri sah kepada Muhamad Damien Han Bin Razak. Hanis Arina sejarahnya, Maisarah kemuncak kisah cintanya.
" Jangan sebut ' madu ' . Abang tak nak dengar. Sarah atau Kak Hanis, kamu berdua isteri abang. Abang tak pernah membandingkan Sarah atau Hanis sepanjang kita berkahwin" Damien merapatkan Maisarah ke dadanya. " Abang akan bawa Sarah jumpa Hanis esok. Pasal Ummi dan Walid..., kita sama-sama berusaha supaya mereka terima kita sebagai menantu mereka. Okey? "
" Okey, Abang... " Aku senyum pahit. Hanya Tuhan saja boleh menolong kami.
*********
Damien mengejutkan Maisarah bersolat subuh. Solat Subuh harus ditunaikan segera kerana ianya pintu rezeki untuk kita. Ada sebab mengapa mereka bersolat awal. Damien akan membawa Maisarah ke Melaka, untuk berjumpa Hanis.
" Sarah... bangun.... solat subuh" Damien menggoyangkan tubuh Maisarah. Maisarah menggeliat. Dia duduk, mengesat mata beberapa kali. Ini bukan cara terbaik menyegarkan mata. Lebih baik kita basuh muka atau wuduk. Membulat mata Damien. Gosok gosok mata!. Kotor!.
" Sarah, pergi basuh muka cepat. Tak elok Sarah gosok mata pakai jari. Tahu tak ada berapa kuman dekat tangan kita?. Lebih 1000 jenis tau" Damien mula bersyarah. Aduh.... aku tahulah dia pensyarah. Janganlah pagi-pagi buta macam ni dia nak membebel kot.
" Gosok mata tak boleh. Tapi, gosok hati abang boleh" Damien menyengih. Aku mencubit Damien.
" Ok ok. Sarah pergi mandi" Malasnya nak mandi...
*************
Sekeliling aku sudah berubah. Pemandangan sawah padi terbentang luas. Seingat aku, Abang Damien ikut lebuh raya nak pergi Melaka. Tiba-tiba nampak sawah padi ?.
" Ermm... abang?. Bukan abang tadi masuk lebuh raya ke? "
" Oh?. Abang saja nak ikut jalan lama. Dapat rasa pemandangan kampung. Lepas keluar highway , abang susur keluar Muar"
" Ohhh.... Kak Hanis tu dekat mana kuburnya?. Jauh tak dari sini? " Aku mengambil telefon pintarku, GPS dihidupkan.
" Tak lah jauh juga. Dalam seinci hati abang? " Damien ketawa berdekah-dekah. Maisarah menyilangkan tangan di dada. Amboi amboi amboi!. kenakan kita ya?.
2 jam perjalanan kemudian....
Tanah perkuburan Islam
Damien membaca surah Yassin begitu juga dengan aku. Terasa hiba melihat arwah Kak Hanis, isteri pertama Abang Damien terukir namanya di batu nisan putih, bercalit lumut hijau.
" Hanis.... abang dah balik, sayang... " Damien mengusap batu nisan.
" Hanis, ni Maisarah Batrisya. Maaf..., abang kahwin tanpa persetujuan Walid lagi... . Tapi, Abang bahagia" Dia tersenyum tawar. Tangannya menggengam Maisarah.
" Kak Hanis... Sarah nak minta maaf. Sarah tak ada niat nak rampas Abang Damien dari Kak Hanis.... Sarah janji, Sarah akan sayang Abang Damien sepenuh hati Sarah"
YOU ARE READING
🍒Bisikkan Hati 🍒 ( cerita lengkap)
RomanceHanis Arina, seorang pelajar yang nerd dan berbadan gempal.. Namun, dia seorang yang rajin. Kadang-kadang, Hanis menjadi mangsa keadaan keluarganya. Malah, saudara- maranya juga sering memperlekeh imejnya.