Saudara mara Hanis bertandang ke rumah. Rancangan Walid dan Ummi untuk memperkenalkan Damien kepada mereka. Rata-rata suadara aku yang datang 10 orang perempuan , 14 orang lelaki. Ada orang memuji bertapa kacaknya suami aku. Heheheh. Tersenyum lebar Damien!. Tidak lepas ada yang bertanya bila kahwin?. Kenapa tak dapat kad jemputan ?.
" Damien nama kamu?. Bila kamu lamar si Hanis? " Soal Zarina, sepupu Hanis ( 28 tahun) , bujang tetapi dah ada teman lelaki (•ω•). Jangan kacau Damien haaa..... hahahah.
" Err..., dah lama dah... kak...? "
" Zarina" Zarina melakar senyuman. Kami sekeluarga duduk bersimpuh atas tikar mengkuang. Ummi menghidangkan jemput-jemput pisang 5 dulang dan air mata kucing suam.
" Untung Hanis. Dapat laki handsome, tapi.... " Syarina mula menyindir Hanis. Syarina, sepupu Hanis paling...... jahat dia pernah ada. Selalu tak puas hati. Anak Pak cik Samad. Tapi apa Syarina?. Kau jangan cari pasal dengan aku!.
" Rina, kamu nak cakap apa?" Husna menyoal adiknya, Syarina. Hanis menggepal buku lima. Damien sudah takut melihat Hanis hampir meletup.
" Hanis tak padan betul dengan Abang Damien. Patutnya Kak Balqis, atau Kak Aida yang dapat. Oh!. Kak Amira mungkin sesuai! "
Ktangg!!
Hanis menghentak tikar. Berdeting pinggan dan gelas. Pak cik mak cik Hanis melatah.
" Kau diam ngokk!. Kau tu siapa ?!. Patutlah takde boyfriend!. Kerjanya menyindir orang je! " Hanis mengamuk depan semua orang. Damien cuba menenangkan Hanis yang sedang marah. Syarina membalas.
" Eleh! . Hoi Debab!. Kau tak layak untuk Abang Damien! " Syarina membaling sebiji jemput-jemput pisang pada Hanis.
Terkejut Damien. Bergaduh pulak diorang..... . Ummi menyelamatkan keadaan.
" Berhenti!!!!!! "
Terus senyap. Hanis yang bergaduh dengan Syarina turut menyepi. Datangnya Walid membawa rotan buluh, muka bengis. Damien turut bergetar melihat rotan hikmat Walid. Tercungap-cungap nafas dia.
" Rileks, Abang.... " Hanis menghela nafas. Dia memaling kepala mencari kelibat Zamir. Zamir mana?. Main dengan anak-anak saudara aku agaknya?.
" Siapa yang bergaduh tadi cakap dengan Walid!!!! "
ZASSHHH!!!!
Gulp!
Rotan Walid sudah berbunyi......
" Ummi tahu Hanis dan Syarina yang gaduh tadi!!!. Hanis!, kamu dah kahwin!. Ubah perangai kamu!!. Dah jadi isteri dan ibu orang!!"
Syarina ketawa Hanis kena sound dengan Ummi. Ummi mencerlung tajam pula pada Syarina.
" Syarin!. Kamu jangan seronok sangat kacau Abang Damien kamu!!. Dia abang sepupu Syarin !. Suruh kahwin dengan anak Tok Imam tak nak!. Sindir-sindir orang pandai!!!"
Tepuk tangan.....!. Sindir aku lagi!. Dah kena tempik. Hahahah!.
" Ummi, macam tak tahu je anak saudara Ummi sorang tu suka sindir orang. Padahal cemburu tengok Hanis ada suami handsome! " Balqis mengigit jemput-jemput pisang, dengan gaya tangan sebelah bertopang dagu, kaki bersila.
" Kan...... Syarin?" Kening Balqis diangkat-angkat.
" Syarin, Hanis.... tolonglah!. Kenapa kamu berdua asyik bergaduh sejak kamu berdua kecil?. Pelik Ummi! " Ummi memicit dahi. Ummi menarik kerusi dan duduk. Walid kemudian mencadangkan satu sukaneka. Siapa menang, dia dapat Damien. Damien dijadikan hadiah pertarungan.
" Walid?!!!!!. Damien suami Hanis!!"
Syarina buat gaya : yess!!.
Sukaneka tersebut ialah......... menarik daun upih. Alah, orang duduk atas daun, sorang lagi kena tarik. Aku tak tahu apa nama permainan tu. Hahahah.
********
Semua bersorak nama Syarina. Nama aku?. Zamir je.
" Mama! mama! mama !" Zamir melompat-lompat bersorak. Ummi berpihak Syarina. Walid........ juri. Damien tidak boleh main. Dia hadiah untuk pertandingan. Damien duduk di atas pelamin ( pelamin tipu je) . Cuma dia pakai kemeja. Hahahah.
Team A Team B
Hanis Syarina
Zulaikha HusnaHanis serta Syarina mengambil tempat masing-masing, duduk di atas daun upih. Kak Zulaikha dan Kak Husna pula penarik daun. Walid membunyikan wisel menandakan pertandingan ini telah bermula. Halaman rumah aku riuh bunyi sorakkan saudara aku . Paling ramai mereka bersorak untuk Syarina.
Syarina! Syarina! Syarina! Go! Go! Go!
Hanis ! Hanis! Hanis! Booo!!!!
Sakit hati aku!
Syarina menjelirkan lidah padaku. Kak Husna menarik daun mereka sangat laju berbanding kumpulan kami. Mereka sudah berada di hadapan. Damien di pelaminan berdebar melihat Hanis ketinggalan jauh di belakang.
Awak boleh Hanis........ abang percaya isteri abang takkan mengalah.......
Zulaikha mengah menarik Hanis . Kudratnya semakin terhad. Apa pasal bapa saudara nya pasangkan dia dengan Hanis si Debab?.
Ari-ari Hanis terasa sakit dan ngilu. Dia meminta Kak Zulaikha berhenti.
" Kak Ikha..... berhenti.... " Hanis terasa sakit. Teramat sakit. Zulaikha berhenti . Dia melihat Hanis dalam kehairanan. Hanis memegang perutnya. Semua yang menyaksikan di tepi gelanggang (?), turut hairan. Begitu juga Damien.
" Wei, kau kenapa?. Pertandingan masih berjalan!. Kau nak Syarin dating dengan Damien?! " Tempik Zulaikha. Dia tidak puas hati jika Syarina yang sombong itu berduaan dengan Damien. Bukan bermaksud Zulaikha berada pihak Hanis. Dua-dua dia tak suka!. Hanis menarik hujung baju Zulaikha.
" Hei.... kau pegang-pegang baju aku apa pasal? "
" Hanis sakit kak..... "
Tergamam Zulaikha. Dia menjerit nama Damien. Mungkin Damien dapat mengesan Hanis ada apa-apa.
" Sayang....?"
" Abang.... Hanis.... sakit..... " Rintihnya. Semua mula berbisik. Syarina yang hampir tiba di garisan penamat turut sama berhenti melihat drama akasia di belakang.
Damien memapah Hanis. Daripada tak buat apa-apa, lebih baik hantar ke hospital. Hanis dibawa keluar dari gelanggang pertandingan lalu masuk ke kereta. Walid menghampiri Damien di mana raut wajahnya cemas.
" Damien???"
" Tak apa, Walid. Damien bawa Hanis ke hospital"
YOU ARE READING
🍒Bisikkan Hati 🍒 ( cerita lengkap)
RomanceHanis Arina, seorang pelajar yang nerd dan berbadan gempal.. Namun, dia seorang yang rajin. Kadang-kadang, Hanis menjadi mangsa keadaan keluarganya. Malah, saudara- maranya juga sering memperlekeh imejnya.