🍒BAB10🍒

526 17 4
                                    

Kata-kata maaf dari mulut Damien,  langsung tidak dipedulikan Hanis.  Hanis pasti akan melarikan pandangan jika lelaki itu memegang wajahnya, tiap kali  memujuk. Zamir mahu ikut serta Papanya,  memujuk Hanis.  Hanis merajuk lain macam!.

Ini salah Kak Aida dan Kak Mira!.  Berani mereka berpakat dengan Damien?!. Tahu tak bertapa bahayanya budak seusia Zamir keluar tanpa ibu bapa?!.  Damien boleh pula cakap : " Ala,  sayang,  kita dating berdua. Budak kecik tak boleh tengok". Damien pergi suruh Aida dan Amira bawa Zamir jalan-jalan!.  Mana aku tak marah?!.

" Sayang... janganlah merajuk"

Hanis diam. Dahi berkerut-kerut menahan marah dan geram.  Kak Balqis terpaksa angkut Zamir ke bilik lain.  Beri ruang dua orang tua tu berbaik-baik,  bersweet-sweet.  Aida serta Amira kena tarbiah dengan Walid.  Padan muka!. Jalankan perancangan tidak diduga,  sekali Hanis pengsan!.  Tahu pulak panik sampai nak telefon Ambulans!. Akhirnya, Damien bawa aku balik rumah dengan kereta!.

" Sayang...  tolonglah.  Abang tak boleh ke berdua-duaan dengan sayang abang yang comel lagi tembam? " Pipi Hanis dicucuk Damien. Hanis menepis jari Damien. Hanis menarik nafas. Penat meneruskan perang dingin sebegini.  Berbincang lebih baik kan?. 

" Abang,  lain kali jujur dengan Hanis.  .  Hanis sangka Zamir kena culik! " Tangan disilang,  muka masih berkerut.  Damien mati akal dah bagaimana memujuk hati sang isteri.

***

Damien keluar rumah mengambil angin malam. Walid tiba-tiba saja memanggil Damien.  Katanya nak berborak. Pelik.
Ayah mertuanya sejak dia jejakkan kaki ke sini,  dia tidak pernah bertegur sapa dengannya.  Damien teragak-agak hendak duduk bersama Walid. Walid suka ambil malam juga kah?.

" Hanis macam mana?.  Dia merajuk lagi? "

Er....... 

Agaknya hati Walid mula berlembut. Damien sedikit lega.  Dia sangka babak perkahwinan dia dan Hanis akan menjadi seperti dalam drama.  Si menantu kena halau,  si isteri dipaksa minta cerai dari suaminya.

Walid tersenyum. Dia menggosok belakang Damien. 

" Walid dah 50 tahun jaga Hanis,  Damien.  Walid besarkannya. Walid tahu perangai dia,  apa dia tak suka"

Damien duduk menghadap Walid. Menagih simpati meminta pertolongan. 

" Walid tahu pujuk Hanis? "

Walid tersenyum lagi.  Berapa umur menantu aku?.  Perangainya macam budak-budak!. 

"  Hanis suka dengar Walid nyanyi"

Benarkah?. Damien meletakkan jari pada dagu. 

" Kalau Damien tak pandai pujuk sekalipun,  esok-esok Hanis sejuk lah.  Dia bukan jenis merajuk lama-lama"

Walid memasuki rumah.  Dah lewat malam. Warga emas sepertinya tidak elok berlama-lama kena angin malam.

Berusahalah menantu ku....

***

Hanis sakit-sakit badan . Kepalanya berdenyut. Salah makan?.  Semalam Ummi masak sambal udang.  Itu makanan kegemarannya dari dulu.  Sebelum kahwin.... , sebelum....  aku mengandung?.  Telefon di atas meja dicapai. 

6.00 pagi

Dia harus bersolat.  Damien tiada  disebelah. Sama-sama merajuk?.  Hahahah. Pintu bilik dibuka.  Tujuan Damien datang? . Mengejutkan Hanis.

Tak bangun lagi?.

Walid Ummi,  kakak-kakak iparnya, Zamir sudah menunggu mereka berdua bersolat berjemaah.  Hanis cuti?. 

" Hanis tak sihat?. Abang mandikan Hanis? " Senyum nakal.  Hishh.....
Hanis memejam matanya semula.  Aduh...  sakitnya.  Damien melekap tangannya pada dahi dia lalu menyentuh dahi Hanis.

Sedikit panas.  Oh my god.

" Sayang demam? "

Geleng.

" Ada rasa nak muntah? "

Geleng.

Hurmm........

" Ke....  abang dah nak jadi ayah sekali lagi? "

Geleng laju-laju. 

" Damien oh Damien!.  Lama sangat kenapa anaknya???.  Kami dah nak solat!"

" Abang pergilah. Walid menyinga,  abang yang kena" Hanis senyum nipis.  Damien mengangguk .

Ruang solat........ 

" Hanis?.  Dia tidur? " Walid di barisan makmum. Damien akan jadi imam mereka.  Mira tergedik-gedik membayangkan Damien 'imamnya'.

" Tak Walid...., Hanis....  tak berapa sihat....  "

Mereka bersolat subuh dengan perasaan risau.






🍒Bisikkan Hati 🍒 ( cerita lengkap)  Where stories live. Discover now