Jari manisku telah disarung cincin putih, bertatah permata merah. Aku sudah sah menjadi Ibu untuk Zamir Bin Muhamad Damien. Zamir kelihatan gembira sekali sejurus Papanya melafaz akad nikah menyebut namaku. Meskipun Zamir berusia 11 tahun, dia mengerti apa itu akad nikah.
" Mama janji tau ... Mama jaga Zamir? " Raut wajah comelnya menghilangkan rasa penat lelahku. Aku terus memasuki kamar untuk berehat. Damien pula, dia berehat di bilik berasingan. Ini perjanjian kami. Damien tidak akan tidur bersamaku selagi aku belum bersedia menjadi suri hatinya. Malah, perkahwinan kami berdua dirahsiakan daripada umum, terutamanya pelajar Aswara. Mereka pantang tentang diriku membuat salah. Pasti mereka cepat saja melontar kata-kata hina.
" Iya, Zamir. Mama janji " Aku memeluk Zamir. Malam pertama aku diisi keriangan Zamir. Maafkan aku, Damien. Aku tak boleh membuka hati ku untuk kamu dalam masa terdekat ini.
Aku berbaring di sisi Zamir yang bersikap seperti anak kecil. Manja meminta sesuatu, merengek mahukan perhatian. Aku tidak sedar wajah comel Zamir telah memenuhi ruang memori ku.
***
Pagi
Pagi ini, Aku tak ada kelas. Nasib baik rumah sewa Damien berdekatan Aswara. Pastinya aku terpaksa mencari teksi atau menempah kereta Grab. Kelas Hanis waktu petang. Tak ada masalah jika Zamir mengamuk. Dalam rumah, hanya kami bertiga. Kadang berdua. Mengapa berdua?. Zamir akan ke sekolah, tidak lama itu, Damien pula akan balik sebelum sesi persekolahan Zamir tamat. Tinggallah berdua. Huhuhu. Damien sedang menyiapkan Zamir untuk ke sekolah yang akan bermula pada 7 pagi.
Hanis menyediakan sarapan ringkas saja. 5 keping roti bersalut jem strawberi dan kacang. Seteko air teh o panas serta karipap sardin.
" Mama! "
Aku membongkokkan badan, Zamir mengucup pipiku sebagai ucapan ' selamat pagi'
" Iya Zamir?. Mama ada buat sarapan roti strawberi. Kita tak boleh makan berat -berat. Nanti perut buncit" Bisikku perlahan. Zamir ketawa kecil.
Hanis meletakkan napkin pada Zamir. Damien sudah makan 2 keping roti.
" Dah baca Bismillah? "
Damien berhenti. Dia mengerutkan dahi. Sudah. Sekadar membacanya dalam frekuensi perlahan.
" Dah, Hanis. Saya dah baca. Kamu dah baca?"
Aku menggeleng. Ok... . Hanis mengalihkan perhatian pada Zamir. Dia belum makan. Aku membaca doa dan boleh menjamu selera.
***
Seperti aku jangka, tinggal aku dengan Damien saja di rumah. Masing-masing buat hal sendiri. Damien menaip komputer, manakala aku pula menyiapkan tesis. Baik..., Pensyarah ada dekat sebelah. Apa salahnya tanya?.
" Abang, betul tak jawapan Anis buat? "
Abang?. Tahu pun panggil aku ' abang'.
" Hanis panggil abang ke tadi?" Damien bangun daripada kerusi. Dia melingkarkan tangannya memeluk pinggang Hanis. Damien mengangkat wajahku untuk ditatap.
" Sa... saya... taklah... saya tak sengaja" Aku berpaling muka ke tempat lain. Jantung aku nak pecah. Damien merapatkan lagi tubuh Hanis padanya. Hanis tercium haruman Playboy yang harum pada Damien.
" Pandanglah sini, sayang. Kenapa malu sangat?. Muka abang tak kacak ke?. Atau... " Damien memaksa Hanis supaya mukanya menghadap dia. Sakit tengkuk leher aku!. Hanis berdegil tidak mahu memusingkan kepalanya.
" Hanis... " Lembut Damien memanggil. Ini Tuan Damien yang sombong ke tu?. Kenapa dah lain?. Salah makan?. Aku meletakkan tapak tanganku pada dahinya.
" Sayang buat apa?. Abang tak sakit. Abang dah sakit cinta ni " Damien senyum manis. Muka Hanis merona. Waduh waduh!.
" Sakit cinta?. Tak panas pun? " Kening Hanis terangkat. Nak tergelak tengok muka Damien yang garang, boleh tersengih-sengih macam orang kurang waras.
" Ok, dah!. Kita kena bersiap pergi kelas!" Aku merentap pelukkan Damien agak kasar. Damien tercengang. Baru nak beromantika!.
***
" Aku dengar si Hanis Debab ada skandal dengan Tuan Damien!. Anak Tuan Damien panggil Hanis Mama! Kau rasa Hanis nikah dekat Thailand?. Ke dia dah terlanjur? " Natasya agak geram dengan Hanis. Damien paling popular dalam kalangan pelajar perempuan. Apabila mendapat tahu Damien duda anak satu, mereka semua berebut-rebut nak jadi isterinya. Laila mengangguk. Dia juga tidak berpuas hati. Apa Tuan Damien nampak pada si Debab tu?. Fesyennya lapuk, macam makhluk asing!.
" Entah!. Saya rasa Hanis pakai guna-guna tak?"
" Eeei!. Tolong!. Siapa nak pakai benda lapuk pak kaduk?. Orang sekarang dah maju, Laila. Kecam dekat media sosial, Damien bencilah pada si Debab. Apa susah?. Tuan Damien aktif Instagram. Kita edit lah gambar Hanis, lepas tu muat naik! "
" Bagus idea awak!"
Natasya dan Laila bergelak ketawa. Habislah kau, Hanis!.
" Bagitau aku apa rancangan awak untuk menjatuhkan Hanis si Debab?. Kalau tak saya laporkan rancangan awak berdua pada Dekan "
Laila menoleh belakang. Terkejut. Laila serta Natasya menelan air liur.
YOU ARE READING
🍒Bisikkan Hati 🍒 ( cerita lengkap)
Storie d'amoreHanis Arina, seorang pelajar yang nerd dan berbadan gempal.. Namun, dia seorang yang rajin. Kadang-kadang, Hanis menjadi mangsa keadaan keluarganya. Malah, saudara- maranya juga sering memperlekeh imejnya.