🌺BAB16🌺

351 14 0
                                    

Maisara menyaluti roti dengan kepingan keju cheddar. Peti sejuk di rumah Abang Damien banyak bekalan makanan.  Lelaki itu mesti diet kan?.  Atau,  dia berniat hendak menyewakan rumah ni pada sesiapa?.  Haihh..., tak tahulah.  Baik aku isi perut aku dulu.

Bismillah hi rahman ni rahim...

Maisarah mengigit sandwic kejunya.  Sedap.  Puji masakan sendiri.  Hahahah. 

Assalamualaikum!

Siapa datang ?.  Maisarah menepuk-nepuk tangannya, bersihkan kotoran sisa sandwic. Maisarah menyarung tudung bawal, lalu membuka pintu bergril.  Damien sedang berdiri berpelukkan tubuh, sambil menjinjit beg plastik OPPO. 

" Encik... ? "

Damien menjeling Maisarah. Buka pintu lambat.  Nanti jiran-jiran sebelah nampak aku,  mereka sangka aku  pencuri pula. Damien memberi beg plastik di tangannya pada Maisarah.  Dengan telefon  baru,  dia boleh berkomunikasi secara mudah. Nombor Damien  juga sudah dimasukkan. 

" Apa ni, Encik?.  Saya tak nak apa-apa!" Maisarah tidak mahu menerima pemberian lelaki itu. Mereka baru saja kenal.

" Bukan bom lah!.  Aku belikan kau telefon pintar.  Kau tahu guna? " Gadis ini tidak mengambilnya.  Aku mengikat beg plastik ini pada  gril pintu.

" Saya... tak tahu guna... "

Sabar je lah,  Damien. Damien buat gaya : " Pergi siap cepat!.  Aku tunggu dalam kereta! "

Maisarah terpinga-pinga.  Mengapa lelaki ini sering memaksa dia buat benda tanpa berfikir?. Ikut jelah,  Sarah!.  Dah bagi tempat tinggal,  kena ikut lah kata dia!.  Sarapan tak habis makan lagi!. Ajak kita keluar bagai!. 

****

Damien memesan roti telur banjir,  dan teh'o kurang manis. Jaga kesihatan.  Makanan Malaysia bergula tinggi,  kolestoral pun tinggi.  Kerana itu,  ramai pesakit obesiti,  kencing manis terlantar hospital.  Makan boleh. Pastikan kuantiti sederhana,  tidak melebihi purata berat badan. Faham maksud aku?.  Cari dekat Google. 

" Encik..., kita buat apa dekat sini?.  Saya nak sambung makan sandwic saya... "

" Aku nak ajar cara-cara pakai telefon ni.  Senang nanti kau nak call ibu bapa kau atau kawan-kawan kau" Jari Damien menaip skrin telefon. Dari tetapan telefon, sehinggalah skrin simpanan nombor kenalan.  Damien uruskan semua.

Maisarah menjengukkan kepala.  Dia begitu teruja telefon barunya berwarna merah jambu bertulisan emas OPPO .

" Bentuk segitiga ni  ' kembali '.  Dan, butang bentuk rumah pula ' menu utama' . Butang berbentuk kotak,  kau boleh tengok aktiviti telefon kau yang lepas "

Mulut Maisarah membentuk O.  Faham....  senang je nak pakai handphone.  Tak susah mana. 

" Nak call aku,  tekan ni"

Kenalan : Damien

Call

Skrin bertukar gambaran 'mendail' . Telefon Damien berbunyi.

"  Macam tu....  terima kasih.  Nanti saya cuba " Maisarah baru dapat pegang telefon .  Seronok!.

Damien melihat Maisarah sedang bergembira memegang telefonnya. Kemudian dia tersenyum....

***

Damien melangkah keluar dari kereta.  Susuk kanak-kanak berlari memeluk kaki Damien.  Zamir merindui papanya, semenjak dia memasuki sekolah berasrama.  Papanya mendaftar sekolah baru,  agar dia boleh berdikari.

🍒Bisikkan Hati 🍒 ( cerita lengkap)  Where stories live. Discover now