🍰BAB20🍰

298 11 0
                                    

Samad lagaknya seperti orang gila.  Dia menyelongkar laci meja,  almari Helena.  Beliau mahu duit,  buku bank dan kad bank.  Tidak kira Helena menyinga,  Samad ingin berjudi hingga puas!.  Anak tirinya sudah dibeli, Helena menganggur.  Begitu juga dia.  Arhh!.  Sampai bila dia hendak hidup dalam rumah busuk ni?!.  Bila kesemua barang bernilai tersebut gagal dicari,  Samad menendang tong sampah dipenuhi sampah milik Helena.  Bertaburan memenuhi lantai simen hitam rumah kampung Helena. Rumah ini milik Maisarah.  Helena berkahwin dengan arwah ayah Maisarah suatu ketika dulu dan,  ayahnya berhasrat untuk mewariskan rumah tersebut.  Tetapi,  Helena telah menyembunyikan geran tanah dan menukar nama hak pemilik kepada namanya.

" Bodoh!!!.  Mana perempuan tu simpan?!.  Aku mahu duit!!! "

BANG!!!! . Tong sampah bergolek dek tendangan Samad buas kerana nafsu memiliki wang.

" HELENA!!!! "

Helena memasak di dapur.  Dia sudah lali ( bukan lari)  perangai suaminya  yang buas itu. Jika bukan duit,  takkan barang keperluan rumah?.  Barang keperluan rumah pun dia tanggung pakai duit jualan karipap sardin!.  Harapkan suaminya 'bertuah ' tu,  siang malam  berjudi!.  Maisarah tak dapat digadai,  Tauke Bong datang mengugut bila mahu bayar hutang!.

" HELENA!!!!! " suara halilintar kasar membingitkan  Helena. 

" Mana duit kau?!!!!.  Aku nak duit!!!!"

Helena menghempas senduk.  Duit duit duit!.  Aku bukan bank nak cop duit berkepuk-kepuk!. 

" Kalau kau nak duit,  pergi kerja!. Setakat bergantung jualan karipap aku,  tak adalah kita meringkuk dalam kemiskinan!.  Anak tiri kau dah hidup selesa dah kahwin dengan anak orang kaya!"

" Sarah dah kahwin dengan budak mentah tu?! " Samad menghisap rokok. Helena sesak menghidu asap dilepaskan Samad.  Akhbar harian di atas meja dicapai,  menunggu Helena menyiapkan juadah makan tengah hari.  Berangan hendak makan ala-ala restoran 5 bintang, memang jauh langit ke-7 !. Helena hanya pandai masak ikan bawal goreng,  telur dadar,  kicap.  Hari-hari makan menu sama kembang tekak!.

PENSYARAH ASWARA DITANGKAP BASAH. APA JAWAPAN DAMIEN HAN SETELAH DITANGKAP KHALWAT?

Jadi.....  budak mentah tu kena tangkap basah dengan Maisarah?.  Menarik.....  aku boleh jadikan peluang ini satu jalan kejayaan terbesar aku.

" Hoi penagih dadah!.  Makan apa aku masak hari ni!.  Ni hasil  karipap sardin aku!.  Duit judi kau batang hidung tak nampak!" Helena mencampak pinggan nasi kosong. Perempuan bodoh!.  Suami tak hormat!. Aku bakal orang kaya!.  Lauk murah macam ni,  1000 pinggan aku boleh beli!. Lauk ikan bawal masin rakus dimakan Samad.  Eleh, cakap besar.  Dia makan juga!. Helena menyindir Samad dibalik langsir pisahan dapur dan ruang tamu.

*********

Waktu rehat di sekolah Zamir.......

" Mama mama!" Zamir datang dekat Maisarah dalam keadaan tali leher sebelah pendek,  sebelah panjang.  Allahu....  budak ni tak pakai tali leher ke masa sekolah?.

" Iya Zamir?.  Kenapa Zamir tak ikat tali leher?.  Papa tak ajar? " Aku menyangkung,  mengikat tali leher Zamir. Zamir menggeleng dan ketawa. Apa kelakarnya soalan aku?.  Abang Damien pergi mana?.  Kata nak beli makanan di kantin,  dia beli atau jadi chef tak berbayar?.  Hahaha. Damien muncul sambil menjinjit beg plastik. Hah,  baru sampai.  Aku dah kebulur!.

" Sorry...... Papa tersekat masa beratur!. Papa ada belikan Zamir macam-macam tau!.  Sandwic tuna,  ais-krim strawberi 2.... " Zamir terus menyerbu makanan itu.  Lapar sangat dah.  Hahahah. " Papa....  mana Mama punya?.  Papa tak belikan ais-krim untuk Mama? "

" Ahh.......  ais-krim memang dah tinggal 2 je,  Zamir......  . Mama kena kongsi dengan Zamir lah nampaknya......  " Damien menggosok belakang leher. Zamir merenung anak mata Damien.  Macam tipu je........  macam nak kongsi dengan Mama je..... .

Aku menikmati makan tengah hari di bangku di bawah pohon-pohon nan indah dan rendang. Damien makan ais-krim strawberi begitu juga Zamir.  Kecur....

" Mama nak? "

Maisarah menggeleng.  Dia sudah ada sandwic tuna.  Buat apa dia mahu ais-krim?.  Berat badannya makin naik nanti.  Hurmmm,  dari 77 kg  mungkin lepas aku makan ais-krim sedap tu,  jadi 89 kg?. 

" Makanlah sayang.....  jangan malu-malu!" Damien menyuap ais-krimnya pada mulut Maisarah,  tetapi,  benda tu tidak kena pada mulutnya. Comot.

" Abang!!!" Maisarah merengek. Lemah Damien mendengar isterinya merengek budak kecil. 

" Maaf. Hahahah!.  Comel lah Sarah merengek" Damien mengesat comotan di bibir Maisarah. 

" Huhh....  Zamir, Zamir suka sandwic tuna kan?. Mari kongsi dengan Mama?"

" Macam mana Mama tahu Zamir suka sandwic tuna? "

" Mama... . " Maisarah menoleh tempat lain.  Damien dan Zamir bingung. Dia tidak dapat membalas soalan Zamir.

" Papa!.  Bulan depan Zamir cuti sekolah.  Zamir nak balik kampung Granny Alice! " Zamir mendepangkan tangan.

" Sudah tentu boleh, Zamir.  Granny Alice mesti gembira jumpa Zamir" Pipi montel Zamir disondol Damien.

********

Balqis serta Amira menemui Walid mereka di ruang tamu.  Walid teliti membaca akhbar. Aktiviti biasa sejak dari kesemua anak perempuannya masih kecil.  Dulu,  Walid selalu menemani Hanis bermain pondok-pondok kemudian selepas Hanis puas bermain,  baru Walid mempunyai masa membaca akhbar. 

" Walid...., Abang Damien curang dengan Hanis.  Dia kahwin satu lagi" Luah Amira. Walid sekilas melihat Amira.  Sudah tu?. Walid takkan hendak menghalang Damien kahwin?.

" Walid dengar tak?.  Mira tak sangka Abang Damien sanggup mengahwini perempuan pelacur! "

Akhbar ditutup kasar. 

" Menantu aku kahwin dengan pelacur?!. Dah gila ke apa?! "

" Tu lah Walid.  Sayang sangat Hanis  Damien. Diorang pijak kepala kita akhirnya!" Balqis menambah.

" Bawa aku pergi jumpa Damien!" Walid bergegas ke bilik,  menyiapkan diri bertolak ke Kuala Lumpur. Balqis dan Amira tersenyum puas. 





























🍒Bisikkan Hati 🍒 ( cerita lengkap)  Where stories live. Discover now