🍒BAB5🍒

548 30 1
                                    

Hanis menunggu  Damien,  di parkir kereta.  Keluar dengan orang,  kena pakai cantik-cantik sikit.  Cermin mata tebal tak boleh tolak tepi.  Langgar dinding nanti.  Khaira bersama geng Syuhada datang nak mengacau.  Masa ni lah korang datang!.  Khaira pun satu.  Melekat dengan Syuhada macam gam!. 

" Ewah,  ewah.  Malam-malam kau nak pergi mana?. Takkan keluar dengan Haziq?.  Hei,  Haziq tak teringin lah kau!.  Debab!" Santi menyilang tangan  buat muka tak puas hati. 

Sabar, Hanis.  Khaira seperti mahu masuk forum mencari masalah denganku.  Hah,  jomlah!. Kawan makan kawan!.  Aku tak ingin berkawan dengan kau!. Khaira melihat penampilan Hanis,  yang agak lain. Dah pandai bergaya ke Hanis si Debab?.  Baju kurung moden ni.  Dekat butik dah tak ada.

" Hoi!, Debab!.  Mana kau beli baju lawa ni?!.  Bagitau aku sebelum aku koyakkan baju kau!" Khaira menarik bajuku.  Aku menahan sabar dengan perangainya.  Kenapa Khaira  berubah?. Karina menolak ku.

Dah kali kedua kena tolak!.  Apa kau ingat aku puzzle domino?!. Mereka berempat makin menggangu Hanis. Damien telah tiba di tempat Hanis sedang menunggunya.  Keretanya berhenti tepat di depan Syuhada, Karina, Santi serta Khaira.  Tuan Damien?! . Zamir membuka pintu. Dia berlari-lari ke Hanis. 

" Mama!!!"

Membulat mata mereka berempat.  Hanis berlagak biasa.

" Ya anak Mama?" Aku mengusap Zamir.  Syuhada saling pandang Karina, Khaira dan Santi dengan muka tak puas hati. Hanis dah kahwin?. Karina menjongketkan bahu. 

" Mama...  jom pergi Shopping Mall.  Papa dah tunggu! " Zamir menarik tangan Hanis segera masuk kereta. Aku terpaksa memanggil diriku Mama depan mereka.  Khaira paling terkejut!.  Hahaha!.  'Teman lelaki' aku lagi kacak daripada Haziq kan.  Ok, aku tak nak cari gaduh,  aku terus pergi daripada sini.

***

Aku memimpin tangan Zamir.  Takut budak ni sesat dekat kawasan pusat membeli-belah .  Tambahan lagi,  Tuan Damien jalan beriringan bersama.

" Mama,  Papa,  Zamir nak pergi kedai buku!"

" Zamir nak beli buku apa?" Hanis tetap memimpin Zamir ke kedai buku MPH Mid Valley.

" Zamir nak beli buku Kisah Nabi Nuh! " Ujar Zamir dengan semangat.  Zamir amat meminati membaca kisah-kisah Nabi dan sahabat.  Zamir juga juara Qari Al-Quran peringkat sekolah rendah.

" Wahh...  pandai Zamir baca kisah Nabi.  Tak macam orang lain yang sibuk kejar dunia" Aku menjeling Damien yang berada di belakang kami. Damien sentap.  Mengata aku lah tu.

Zamir ke sudut buku cerita kanak-kanak. Hanis dan Damien menemani Zamir.  Pelbagai bentuk,  warna,  dan saiz buku yang  tersusun rapi di rak. Buku tentang kisah Nabi disusun elok . Zamir tekun mencari buku kisah Nabi Nuh A.S .

" Zamir pilih dulu.  Papa nak cakap dengan 'Mama' " Damien menyuruhku untuk keluar sebentar.  Tak berapa jauh daripada Zamir. Setakat sebelah lorong dari sudut buku cerita. 

" Tuan nak cakap apa lagi?.  Saya dah turutkan apa Zamir nak.  Tuan jangan paksa saya! "

" Kau tahu tak anak aku nak apa?.  Dia nak kau jadi Ibu dia!.  Hari-hari tanya pasal kau!"

Ya ke Zamir tanya pasal aku?.  Ke...  Tuan Damien sendiri dah angau ?. Hahaha.

" Tuan,  tolonglah.  Saya belum bersedia.  Saya tak nak jadi Mama Zamir!.  SAYA TAK SUKA ZAMIR!! "

Brukk!!!

Damien serta Hanis terkejut kerana terdengar bunyi buku jatuh. Zamir di belakang mereka.  Dia terdengar Hanis tidak suka dirinya.

" Zamir?" Damien memujuk.  Zamir terkulai jatuh.  Dia mengamuk . Berguling-guling sambil menjerit-jerit namaku.

" Kak Hanis penipu!!!.  Kak Hanis penipu!!! "

" Tuan Damien, kenapa dengan Zamir? " Risau.  Aku dah buat budak tu mengamuk. 

" Kita pergi hospital sekarang!"

***

Hospital

Zamir masih dirawat. Aku bersama Tuan Damien diarahkan menunggu di luar saja.  Raut wajah Damien sangat takut,  dan bimbang. 

" Tuan...  kenapa Zamir bertindak luar kawalan?" Aku beranikan diri.  Harapnya Damien tak hembur kemarahan.

" Anak saya Austime.  Arwah Ibunya dulu tinggalkan dia ketika bayi.  Apabila mendapat tahu Zamir menghidap Autisme,  Ibunya meminta cerai dari saya.  Dia tak boleh terima anaknya.  Dia pergi selepas aku menceraikannya.  Saya mendapat tahu arwah isteri saya meninggal melalui kawan-kawannya"

" Maafkan saya,  Tuan... "

" Damien. Awak panggil saya Damien,  saya panggil awak Hanis" Damien senyum tawar padaku. Damien senyum buat kali pertama.

" Damien... . Saya... " Mengapa lidah aku kelu?. 

" Saya merayu pada awak,  Hanis.  Tolong jadi Ibu buat Zamir.  Kita kahwin demi dia?.  Awak tak perlu layan saya.  Awak cuma layan Zamir. Beri dia kasih sayang sepenuhnya.  Kita tak payah tidur sebilik. Kita tidur berasingan"











🍒Bisikkan Hati 🍒 ( cerita lengkap)  Where stories live. Discover now