Ali POVAku mengelap peluh di wajah menggunakan tuala kecil yang disangkut di leher.
"Ah.....panasnya harini."Monologku lalu sambung menebas rumput yang memanjang.
"Ali! Ada barang nak jual tak harini?!"Aku terdengar seseorang menjerit memanggil nama ku.
"Ada! Tunggu kejap!"Jeritku membalas panggilannya.
Aku berjalan menghampiri kereta sorong yang dipenuhi dengan sayur-sayuran segar.
Aku menolaknya mendekati lori yang setiap minggu datang ke ladang kecilku untuk mengangkut hasil tanaman yang ingin dijual.
"Wah! Banyak harini."Kata lelaki bertopi didepanku.
"Sekali sekala."Balasku sambil tersenyum.
Dia mengangkut hasil tanaman ku lalu memasukkannya ke dalam lori.
Dia menyeluk poket lalu mengira wang kertas yang ingin diberikan kepadaku.
"Nah."Hulurnya kepadaku.
"Eh? Banyak sangat ni Uncle."Kataku cuba menolak wang tunai yang tidak padan dengan hasil pertanian ku.
"Ambiklah.Rezeki kau harini."Balasnya sambil tersenyum.
Aku mengambilnya lalu membalas senyuman tersebut.
.
.Baru sahaja dia mahu berjalan kembali ke arah lori miliknya,aku teringat akan sesuatu.
"Uncle!"Panggilku.
Dia menoleh.
"Saya dengar CyberNova ada jual baja baru.Betul ke?"Tanyaku.
"Betul."Balasnya sepatah.
"Eh? Kau nak pergi sana ke?"Ujarnya kepadaku.
"Haah.Sayur macam tak nak baja lama yang saya buat ni.Dah banyak yang mati."Kataku.
Dia mengangguk.
"Jaga diri kau elok-elok.CyberNova tu bukan tempat nak pergi main."Balas lelaki itu terdengar serius.
"Jangan risaulah Uncle."Ujarku tersenyum manis.
Lelaki itu hanya menggeleng kepalanya.
"Okeylah,thank you Uncle! Saya nak masuk rumah ni."Kataku lalu membuka langkah menuju ke rumah usang yang tidak jauh dari tempat ku berada.
"Welcome."Balasnya.
.
.Aku terdengar bunyi enjin lori itu berlalu pergi.
Mataku tertumpu ke arah helaian wang kertas berjumlah RM 200 di tanganku.
"CyberNova......."Gumamku.
.
.Aku berjalan menaiki tangga rumah usang itu lalu membuka pintu.
![]()
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
![](https://img.wattpad.com/cover/219613843-288-k92424.jpg)
YOU ARE READING
The 12 Power Holders
FanfictionAli,seorang anak yatim piatu yang tinggal sendirian,hidup sendirian dan membesar sendirian.Dia tinggal dia rumah usang yang terletak di tengah-tengah hutan yang agak jauh dari CyberNova. CyberNova,bandar besar yang terkenal dengan ciptaan teknologi...