"KABOOOOM!!""Hah?! Bunyi apa tu?!"Teriak Bulat yang sedikit panik.
Dia memandang Zass yang kelihatan sangat terkejut.
"Zass! Cuba check apa jadi kat luar!"Arah Bulat.
Zass menganggukkan kepalanya lalu hilang dengan sekelip mata.
-
Zass POV
-
Mataku membulat sebesarnya apabila melihat kerosakan yang berlaku di kawasan hadapan rumah.
"Apa yang dah jadi kat sini?!"Jeritku di dalam hati.
Namun rasa terkejut ku berubah sepenuhnya apabila melihat tubuh seseorang yang tidak jauh dariku.
"Jet!"
Tidak.Itu bukan Jet.
Rambutnya berwarna perang sama seperti Jet.Namun-
"HAHAHAHHAHAHAHAHHA!!!"
Ketawanya sambil membuat satu pusaran angin besar yang menyebabkan akar pokok-pokok kelihatan seperti mahu tercabut dari tanah.Aku yang ingin berlari untuk melaporkan perkara ini kepada Bulat secara tiba-tiba tidak boleh bergerak.
"Kau nak pergi mana hah?"Soal seseorang yang sepertinya tidak terlalu jauh dariku.
Aku melihat kakiku yang dirantai.
Aku berusaha berkali-kali untuk melepaskan diri namun gagal.
Langkahnya semakin dekat menghampiri ku.
Aku memberanikan diri untuk menoleh kebelakang melihatnya.
Mataku membulat apabila melihat wajahnya yang serupa seperti Jet tetapi,anak matanya berwarna merah jambu.
Sekejap.
"Merah jambu?!"Teriakku pada diri sendiri.
Merah jambu merupakan lambang warna untuk Moon.
"Maksudnya......"
Tiba-tiba aku teringat akan kata-kata Bulat semasa di perpustakaan.
"Oh tidak......"
"TANG!"
"Huh?!"
Mataku tertumpu pada arah datangnya tembakan elektrik tersebut.
Bibirku mengukir senyuman.
"Tepat pada masa!"
Namun rasa gembira itu hilang serta merta apabila aku melihat rantai besi mula mengelilingi sekitarku.
"Cuba rasa ni."Kata lelaki berwajah Jet itu.
YOU ARE READING
The 12 Power Holders
Fiksi PenggemarAli,seorang anak yatim piatu yang tinggal sendirian,hidup sendirian dan membesar sendirian.Dia tinggal dia rumah usang yang terletak di tengah-tengah hutan yang agak jauh dari CyberNova. CyberNova,bandar besar yang terkenal dengan ciptaan teknologi...