Ch.14: Festival

1.1K 119 31
                                    

Keesokan harinya

Jam 1830

-

Ali melihat pantulan dirinya pada cermin besar yang dilekatkan di dinding ruang tamu.

Menurut Chris,tema mereka ber-12 kali ini adalah pakaian tradisional Jepun.Jadi,tidak hairanlah kenapa Ali tidak habis-habis melihat pantulan dirinya yang sedang memakai Yukata berwarna hijau gelap.

Timbul juga perasaan hairan akan pemilihan tema yang dipilih pemilik kuasa,namun Ali hanya membiarkan sahaja pemikirannya itu.

"Ali!"Panggil seseorang yang sedang meneruni tangga.

Ali menoleh memandang kelibat tersebut.

"Khai!"Sahut Ali sambil bibirnya mengukir senyuman.

Lelaki yang memakai Hakama berwarna merah cerah itu membalas senyuman Ali sambil memberikan high-five kepadanya.

Mereka masih ada 15 minit lagi sebelum gerai-gerai makanan di festival bunga api CyberNova dibuka.

"Wah!Awal eh korang."Sapa seorang lelaki yang kelihatan kemas dengan bau semerbak harum.

"Jet,Moon,Zass!"Ujar Ali teruja.

Jet terlihat segak memakai Yukata berwarna jingga pudar,Moon pula kelihatan comel sekali memakai Yukata berwarna warni dengan corak-corak yang sangat cantik manakala Zass memakai Yukata putih abu-abu.

Mereka berlima duduk di sofa ruang tamu berbual-bual sambil menunggu lagi 7 pemilik kuasa yang masih tidak turun ke bawah.
.
.
.
.















Setelah lebih 10 minit menunggu,akhirnya kesemua pemilik kuasa sudah berkumpul di ruang tamu menuju ke pintu hadapan untuk memakai selipar sesuai dengan tema mereka.

Ali yang sudahpun memakai seliparnya mencuri pandang Alicia yang kelihatan mempesona dengan Yukata berwarna putih bercampur highlight berwarna merah dan biru.

Ali sebenarnya sedikit hairan apabila Yukata milik Alicia tidak berwarna kuning yang dikenal sebagai warna kegemarannya.

Namun,baru dia tahu akan Alicia yang sepertinya kelihatan cantik tidak kira baju apa dan warna apa yang dipakainya.

Sibuk mengelamun,Ali terperanjat apabila dahinya dijentik kuat seseorang.

"Aduh!"Kata Ali sambil mengusap-usap dahinya yang sakit dijentik itu.

"Sempat lagi kau mengelamun eh?"Ujar Alicia dengan nada sarkastiknya.

"M-Mana ada.."Balas Ali yang sudah memerah pipinya.

"Dah,dah.Jom.Lambat nanti panjang pulak barisan."Kata Chris yang sudahpun berada agak jauh dari mereka.

........................................................................











(Gambar Rujukan)

(Gambar Rujukan)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
The 12 Power HoldersWhere stories live. Discover now