Ali,seorang anak yatim piatu yang tinggal sendirian,hidup sendirian dan membesar sendirian.Dia tinggal dia rumah usang yang terletak di tengah-tengah hutan yang agak jauh dari CyberNova.
CyberNova,bandar besar yang terkenal dengan ciptaan teknologi...
Selesai bersarapan,mereka ber-12 diarah untuk berkumpul di ruang tamu oleh Chris.
Beberapa dari mereka duduk diatas sebuah sofa yang agak besar.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Ada juga yang duduk diatas karpet.
"Kenapa Chris panggil kita semua?"Bisik Ali kepada Khai yang berada di sebelahnya.
"Entah.Pasal kau kot."Balas Khai tanpa memandang wajah Ali.
"Pasal a-"
Baru sahaja Ali ingin menanyakan soalan yang lain,Chris telahpun sampai.
Chris membawa sebuah buku bersaiz sederhana dan sebekas snek.
Dia berjalan menghampiri meja kecil yang diletakkan ditengah-tengah sofa lalu meletakkan bekas snek yang dipegangnya.
Sofa yang masih kosong didudukinya.
"Harini Chris buat perjumpaan sebab ada sedikit perubahan dekat jadual kita."Kata Chris sambil membelek-belek bukunya.
Beberapa dari mereka mengangguk faham.
"Seperti yang semua sedia maklum,kita mendapat ahli baru iaitu Ali."Chris menuding jarinya ke arah Ali.
"Ini menjadikan jumlah pemilik kuasa adalah 12 orang."
"Chris,Iman dan Roza dah bincang untuk ubah jadual keluar,jadual sekolah dan jadual tugasan harian."Ujar Chris.
"Jadi,kalau ikut jadual baru,malam ni Rudy dan Bulat.Esok Roza dan Mika.Lusa,Chris dan Iman.Rabu,Khai dan Zass.Khamis,Ali dan Alicia.Jumaat Jet dan Moon."Kata Chris.
Mendengar nama Alicia,Ali meneguk liur ketakutan.
"Sabtu macam biasa,siapa nak keluar silakan.Tapi,kena ada jugak yang jaga rumah."Tambah Chris lagi.
Mereka hanya mengangguk.
Namun-
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.