Ch.15: Bongsu

1.1K 125 55
                                    


Flashback

-

"Jadi,apa strategi kita?"Tanya Ali.

"Aku dah discuss dengan Chris dan Iman,kita bukan takkan berpecah,tapi pantau kawasan dulu."Kata Roza.

Alicia yang selalunya acuh tak acuh ketika mendengar aturan strategi secara tiba-tiba memberi fokus sepenuhnya kepada apa yang dikatakan Roza.Ini kerana Roza jarang sekali mengendalikan hal-hal seperti ini.Alicia tahu bahawa apabila Roza yang memberi arahan,itu bermakna misi kali ini perlu diambil serius.

"Sebab kitorang dah tahu mana diorang sorok bom tu."Tambah Roza dengan senyuman sinis terpapar di wajahnya.

Kesemua pemilik kuasa kecuali Chris dan Iman membulatkan mata mereka.

"Hah?! Tapi macammana?"Soal Moon dengan nada sedikit meninggi.

"Aku pergi tempat letupan dekat Menara Nitroglycerin pagi tadi dan jumpa ni."Roza meletakkan sehelai kertas yang masih mempunyai kesan letupan diatas meja.

Mata kesemua pemilik kuasa tertumpu pada kertas tersebut.

Bulat yang memahami kod di kertas itu membulatkan matanya.

"Nyawa pengunjung dalam bahaya!"Teriak Bulat mengejutkan pemilik kuasa yang lain.

Ali yang tidak memahami apa-apa tanpa ragu membuka mulutnya untuk bertanya.

"Apa maksud kod ni Bulat?"Soal Ali.

"Bom yang patutnya letupkan Menara Chlorates diubah menjadi bunga api yang akan dinyalakan semasa festival bunga api."Jelas Bulat yang kelihatan risau.

"Ni mungkin perangkap,tapi kita tetap kena berhati-hati sebab nyawa pengunjung semua terletak dalam tangan kita.Silap langkah dan nyawa mereka dalam bahaya."Kata Roza sambil menggenggam erat tangannya.

"Sebab tu kita kena berpecah,tapi agak berisiko sebab ada mata-mata yang perhatikan kita semua."Celah Mika.

"Nak tak nak kita kena berlakon supaya nampak real.Walaupun dengar macam tak penting,ni mungkin cara paling efektif."Kata Roza memberi cadangan.

"Dan kita bernasib baik sebab aku kenal pelakon paling hebat dalam rumah ni."Tambah Roza sambil melirik matanya ke arah Alicia yang sedang memeluk tubuh.

Semua pemilik kuasa turut memandang ke arah Alicia.

"Cis! Yelah."Ucap Alicia jelas terdengar seperti dipaksa.

Roza tersenyum penuh makna.

"Moon."Panggil Roza dengan nada yang tegas.

"Y-Ya?"Soal Moon gugup.

"Kalau kau merayap lagi kali ni....siap kau aku kerat 7!"Ujar Roza dengan tatapannya yang membunuh.

Moon mengangguk laju dengan tubuhnya yang menggigil ketakutan.

Namun rasa takutnya hilang apabila dia merasakan bahunya disentuh seseorang.

Dia terus menoleh kebelakang hanya untuk dikejutkan dengan Alicia yang tersenyum nipis padanya.

Sebagai 2 orang yang paling bongsu,mereka boleh dikatakan akrab walaupun berbeza sifat.Mengejutkan bukan?

Tetapi itulah hakikatnya.Moon yang dikenal periang dan ceria sebenarnya mempunyai hubungan baik dengan Alicia yang serius dan dingin.

Alicia yang selalunya lebih memilih membaca buku sanggup meluang masanya bermain permainan video apabila diajak Moon.Lebih menarik lagi,hanya Moon sahaja yang berjaya mengajaknya bermain bersama.

The 12 Power HoldersWhere stories live. Discover now