Keesokan harinyaAli POV
Jam 0530
Aku terbangun dari tidurku.
Langsir di tingkap aku selak sedikit untuk melihat keadaan di luar.
Masih gelap dan berkabus.
"Brr....sejuknya...."Gumamku kesejukan walaupun sudah diselimuti dengan selimut yang tebal.
Aku bangun dari katil untuk menghidupkan lampu lalu berjalan semula untuk membetulkan cadar.
Selesai membetulkan cadar,aku buka pintu lalu turun ke bawah.
.
.Keadaan rumah itu gelap dan sunyi.
"Mungkin diorang masih tidur."Fikirku.
Aku turun ke tingkat 2 untuk melihat baju uniform ku yang digosok dan disangkut semalam.
Kerana tandas di tingkat 2 sering digunakan mereka,aku memutuskan untuk mandi di tingkat paling bawah berdekatan dengan dapur.
"Munch,munch."
Aku yang sudah berada di tingkat paling bawah dikejutkan dengan bunyi aneh di ruang tamu.
Aku dengan beraninya berjalan ke arah ruang tamu tersebut.
Semuanya masih terlihat gelap,jadi aku menghidupkan suis lampu.
"Awalnya bangun."
"WARGH-"
"Shhhh."
Aku melihat sosok tubuh seorang wanita di depanku.
"Roza?"Ujarku tidak yakin.
"Ye,ni aku.Awal betul kau bangun."Balasnya.
"Awal sangat ke?"Tanyaku.
"Tak lah.Baru pukul 5.30.....so tak lah awal sangat."Jawabnya.
Dia berjalan pergi ke peti suis utama lalu menghidupkan kesemua suis tersebut.
Aku menutup mataku yang silau dengan lengan kanan.
Merasakan yang ia mulai stabil,aku menurunkan lenganku semula.
"Wah..."Gumamku perlahan apabila melihat kesemua lampu dihidupkan.
Tiba-tiba telingaku menangkap bunyi tapak kaki dari atas.
"Mesti diorang dah bangun."Fikirku.
Aku dengan sehelai tuala dan sepasang uniform sekolah masuk ke dalam tandas berdekatan dapur itu untuk mandi.
.
.Selepas lebih kurang 15 minit mandi dan menyarungkan pakaian,aku keluar dari bilik air tersebut dengan tuala yang menutupi rambut.
"Excited betul kau ni."Kata seseorang dari jauh.
Aku memandang ke arah suara tersebut.
"Oh Mika.....Hehehe takdelah."Balasku sambil menggosok-gosok rambut menggunakan tuala tersebut.
Melihatnya berjalan ke dapur,aku mengikutnya dari belakang.
.
.Kelihatan Iman yang sedang membuat air dan Roza yang sedang membakar roti di dalam oven.
Tuala yang tadi digunakan untuk menggosok rambut sekarang disangkut di leher.
"Boleh saya tolong?"Tegurku kepada mereka yang kelihatan sibuk dengan hal masing-masing.
![](https://img.wattpad.com/cover/219613843-288-k92424.jpg)
YOU ARE READING
The 12 Power Holders
FanfictionAli,seorang anak yatim piatu yang tinggal sendirian,hidup sendirian dan membesar sendirian.Dia tinggal dia rumah usang yang terletak di tengah-tengah hutan yang agak jauh dari CyberNova. CyberNova,bandar besar yang terkenal dengan ciptaan teknologi...