Ch.17: Fusion

1.1K 118 20
                                        


Hari yang sama,

Jam 1015

-

Alicia yang tadi terlelap perlahan-lahan membuka matanya hanya untuk dikejutkan dengan  Moon yang sibuk bermain permainan video di dalam telefon pintarnya.

"Eh Moon,bila bangun?"Soal Alicia sambil menggosok-gosok matanya.

"Baru je.Dah 5 round main game."Balas Moon dengan mata yang masih tertumpu pada skrin telefonnya.

Alicia menjegilkan matanya pada Moon sebelum berdiri tegak dari kerusi yang di duduknya tadi.

"Dah jom turun.Nanti kena bebel dengan Chris."Kata Alicia sambil menggenggam erat pergelangan tangan Moon lalu mengheretnya ke tingkat bawah.

Moon yang sebenarnya masih ingin duduk di dalam bilik hanya mengikut arahan Alicia kerana dia tidak mahu menyusahkan gadis yang sudah bertarung nyawa menyelamatkannya semalam.
.
.
.














"Alicia!Moon!"Panggil Ali sambil melambaikan tangannya.

Alicia yang mahu menuju ke ruang tamu tempat Ali berada secara tiba-tiba diheret Moon ke dapur.

"Jom makan!"Teriak Moon yang terlihat teruja.

Alicia hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum nipis melihat kelakuan Moon yang sepertinya tidak berubah walaupun sebenarnya hampir dibunuh semalam.

"Moon dah ok?"Tanya seorang gadis bertudung kuning yang sedang membasuh pinggan di sinki.

"Mestilah.Ni kan Moon."Balas Moon dengan bangganya.

"Korang berdua makan sampai kenyang tau.Chris kata Bulat nak jumpa semua dekat perpustakaan pukul 11."Kata Iman yang sepertinya sudah selesai dengan tugas membasuh pinggannya.

"Ada apa?"Tanya Moon sambil membuka peti ais yang terletak di penjuru dapur itu.

"Entahlah."Balas Iman sepatah.

Moon mengambil sekotak susu dan bekas yang diisi bijirin di dalamnya lalu meletakkan kedua-dua makanan itu di atas meja.

"Alicia nak makan apa? Moon boleh tolong ambilkan."Pelawa Moon kepada Alicia yang sudah duduk di atas kerusi.

"Chocolate bar ada lagi tak?"Tanya Alicia.

"Kejap."Ujar Moon lalu mencari bar coklat yang diminta gadis petir itu.

"Fuh.....nasib baik ada satu lagi."Gumam Moon lalu menghulurkan coklat itu kepada Alicia.

"Thanks."Ucap Alicia.

"No problem,Alicianee-san."Balas Moon sambil tersengih-sengih.

*Onee-san=kakak dalam bahasa Jepun.

"Ber'jepun' pulak kau eh? Siapa ajar? Khai?"Soal Alicia sambil memeluk tubuh.

"Betul!"Ujar Moon dengan mulutnya yang penuh.

Mereka berdua tertawa kecil.
.
.
.

-











Perjumpaan Para Pemilik Kuasa di Perpustakaan

Jam 1105

-

-

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
The 12 Power HoldersCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang