"Aduh.......sakitnya...."Kata Ali sambil mengusap lehernya yang dibalut."Tulah...aku dah kata jangan merepek....Kan dah kena."Balas Khai.
"Mana aku tahu."Gumam Ali.
Flashback
"I-Icha?"Ucap Ali sambil melihat gadis di depannya.
Mata kesemua pemilik kuasa membulat.
Ali berjalan menghampiri gadis itu.
"Ingat lagi tak? Aku......aku Ali."
Ujarnya sedikit gugup.Gadis itu memandangnya tanpa sebarang ekspresi di wajah.
Ali melilau mencari beg buruknya.
Sebaik sahaja menjumpainya,dia mengambil beg itu dan menunjukkannya di depan Alicia.
"Ni,beg ni.Kau yang kasi kat aku dulu."Kata Ali masih berharap gadis itu akan merespon.
"Ali.....berhenti."Bisik Khai dari belakang.
Ali tetap berdegil.
"Icha,kau masih ingat aku kan?"Soal Ali.
.
."Siapa Icha?"Tanya gadis itu.
Mata Ali terbeliak.
"Aku tak kenal pun siapa kau.Jadi,tolong berhenti merepek."Tambah gadis itu lagi.
"Tak.....Tak..."
"Alicia ni akulah! Ali!"Tengking Ali.
Ali cuba mencapai tangan gadis itu.
"ZAP!"
Niatnya terhenti apabila sebilah pedang dengan kuasa arus eletrik dihalakan tepat ke arah lehernya.
"Aku takde masa nak main-main."Kata gadis itu serius.
Ali meneguk liur ketakutan.
Pedang itu tiba-tiba menghilang.
"Bagitahu aku.Apa kuasa kau?"Tanya Alicia memeluk tubuh.
Dahi Ali berkerut.
"Kuasa?"
"Tapi aku budak biasa."Balas Ali dengan wajah hairan.
Alicia mengetap giginya geram.
"TAK PAYAH NAK PURA-PURA BOLEH TAK?!"Tengking Alicia.
Arus elektrik mula kelihatan di tubuhnya.
"Tak! Betul! Aku tak tahu!"Kata Ali dengan nada yang tinggi.
Alicia menghampiri tubuh Ali lalu mencekik tekaknya.
Cekikan Alicia ditinggikan menyebabkan kaki Ali terangkat sekali.
Wajahnya di dekatkan.
"Ehhhh! Sabar-sabar!"Chris cuba menenangkan situasi tegang mereka berdua.
Alicia melepaskan cekikannya daripada Ali.
"Aduh!"Kata Ali sambil menggosok punggungnya yang menghempap kuat lantai.
Chris menghulurkan tangannya kepada Ali lalu disambut lelaki itu sambil tersenyum menahan sakit.
"Betul ke kau tak tahu kuasa kau Ali?"Tanya Chris.
"Tak.Dan apa yang buat korang fikir aku ada kuasa?"Balas Ali.
"Cuba tengok leher kau."Kata Khai yang berada dibelakang.
Ali berusaha melihat lehernya namun gagal.
YOU ARE READING
The 12 Power Holders
FanfictionAli,seorang anak yatim piatu yang tinggal sendirian,hidup sendirian dan membesar sendirian.Dia tinggal dia rumah usang yang terletak di tengah-tengah hutan yang agak jauh dari CyberNova. CyberNova,bandar besar yang terkenal dengan ciptaan teknologi...