Keesokan harinya,Jam 0800
"Huarghh..."Ali menggosok-gosok matanya selepas dikejut oleh Khai.
"Jom turun.Breakfast dah siap."Kata Khai.
Ali bangun dari katil milik Khai lalu meregang badannya.
Melihat Khai sudahpun membuka pintu,dia berjalan mengikuti lelaki berkaca mata tersebut.
Keluar sahaja dari bilik,mata mereka tertumpu ke arah Rudy yang sedang menguap sambil menggaru-garu lehernya.
"Oh,Rudy.Awal bangun."Tegur Khai.
"Ha? Oh.Haha."Balas Rudy yang terlihat sedikit mamai.
"Tang!Tang!Tang!"
"Bunyi apa tu?"Tanya Ali sedikit cemas.
"Entah.Jom tengok."Kata Khai.
Mereka bertiga terus bergegas ke dapur untuk melihat apa yang berlaku.
.
."Ambik kau! Hiyargh!"
"Tang!"
"Jangan harap!"
"Tang!"
"Jet....Moon....saya nak masak ni...."Kata Iman cuba meredakan perlawanan mereka berdua.
Khai,Ali dan Rudy yang baru sampai menepuk dahi mereka apabila melihat dua orang remaja tersebut sedang berkelahi menggunakan senduk dan spatula.
Iman pula menghela nafas berat apabila spatula yang ingin digunakan untuk memasak dijadikan alat untuk berlawan.
Tiba-tiba seorang lelaki berambut blonde muncul sambil kedua-dua tangannya menarik kuat telinga dua orang remaja tadi.
"A-Aduh! Sakit Chris! Tolongggg!"Jerit Jet.
"Aw aw aw sakit sakit! Perlahan lah sikit!"Ujar Moon sambil sebelah matanya tertutup rapat menahan sakit.
Chris melepaskannya lalu mengambil senduk dan spatula yang dipegang mereka berdua.
"Pagi-pagi dah meroyan.Nah Iman."Kata Chris sambil menghulurkan senduk dan spatula yang dipegangnya.
"Terima kasih."Balas Iman.
Ali mengalihkan pandangannya kepada meja panjang yang telah diletakkan beberapa pinggan diatasnya.
YOU ARE READING
The 12 Power Holders
Fiksi PenggemarAli,seorang anak yatim piatu yang tinggal sendirian,hidup sendirian dan membesar sendirian.Dia tinggal dia rumah usang yang terletak di tengah-tengah hutan yang agak jauh dari CyberNova. CyberNova,bandar besar yang terkenal dengan ciptaan teknologi...