Ch.11: Cedera & Sembuh

1.4K 132 25
                                        


"ALIC-"













"BANGGGGGG!!!"





















Alicia yang sepatutnya diselamatkan Ali malah menghilangkan diri sebelum sempat ditolak.

Batu besar yang dikawal Bulat itu mengenai tepat pada tubuh Ali menyebabkan dia menghempap kuat curam kolam itu.

Kesemua pemilik kuasa terdiam seketika.

"Splash!"

Batu besar itu jatuh menyebabkan percikan air.

Kelihatan tubuh Ali yang tidak sedarkan diri dengan badan yang dipenuhi luka.

Baru sahaja tubuhnya mahu jatuh ke dalam kolam,Alicia sepantas kilat menangkapnya.

Kedua-dua tangannya memegang erat badan Ali lalu dia melompat ke atas.

Tubuh Ali yang tidak bermaya itu dia baring kan diatas tanah.

Pemilik kuasa yang lain berlari pantas ke arah mereka berdua.

"Ali okey tak?"Tanya Moon.

Alicia hanya mendiamkan diri.

Tangannya menampar pipi Ali.

Matanya membulat apabila mulut lelaki itu mengeluarkan sedikit cairan darah.

"Ish!"Alicia mendengus geram.

Kelibat mereka berdua terus hilang daripada pandangan pemilik kuasa yang lain.

"Chris-"Kata-kata Moon dipotong.

"Biarkan diorang.Alicia tahu apa dia buat."Potong Chris.

Moon mengangguk faham dengan wajah yang sedih.

........................................................................



















Alicia POV

-

"Bangun Ali."Ujarku membaringkannya di atas sebuah katil yang diletakkan khas di ruang tamu.

Dahinya terlihat berkerut dengan mata yang masih terpejam.

Dia pasti sedang menahan sakit.

Aku tanpa melengahkan masa terus berlari ke bilik tempat ubat-ubatan disimpan.

"Sekejap."Monologku dengan langkah yang terhenti.

"Kenapa aku rasa macam ni?"

"Kenapa aku risaukan dia?"

Kepalaku digeleng lalu langkahku dibuka semula.

Tiba di depan pintu bilik tersebut,aku terus memulas tombol pintu.

Rak di sekitarku dibuka untuk mencari peti kecemasan.

"Ah! Aku tak pernah masuk pun bilik ni.Macam mana nak cari?!"Marahku pada diri sendiri.

Tiba-tiba.....

"ARGHHHHH!!!!"

Telingaku menangkap jeritan kuat dari tingkat bawah tempat Ali berada.

Aku mula panik.

Mataku tertumpu pada sebuah kotak yang dilekatkan di dinding.

Ia mempunyai lambang bulan sabit merah padanya.

"Mesti yang tu!"

Aku berlari mendapatkannya lalu cuba meneleportkan diriku pada Ali.

Badanku sepertinya tidak berganjak.

The 12 Power HoldersTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang