Sekitar kawasan rumah agamJam 1930
-
Ali dan Alicia sudah berada di hadapan pintu rumah agam milik mendiang atuk Jet.
Ali dengan penuh berhati-hati memulas tombol pintu tersebut.
Dia menolaknya perlahan-lahan sambil matanya ditumpukan di sekeliling ruang tamu layaknya seorang pengintip.
"Okay,line clear."Bisik Ali kepada Alicia yang berada di belakangnya.
Alicia hanya meng-hmm-kan sahaja bisikan Ali sambil menanggalkan kasut miliknya.
Mereka berdua dengan penuh berhati-hati melangkah masuk ke dalam rumah agam itu.
.
."Alicia,aku rasa kita-"Tidak sempat menghabiskan ayatnya,mata Ali membulat sebesar bola pingpong.
Alicia mengangkat sebelah keningnya kehairanan.
"B-B-Belak-kang k-k-kau...."Ujar Ali penuh gugup sambil menuding jarinya ke arah lembaga hitam di belakang Alicia.
"Gulp!"
Baru sahaja Alicia mahu menoleh kebelakang-
"ADUH SAKITTTT!!"Jeritnya menggegarkan ruangan tingkat bawah.
"Oh,berani lagi eh kau jejak kaki lepas dah hancurkan ruang tamu."Kata wanita yang sedang menarik telinga Alicia sambil mengheretnya ke dapur.
"AMPUN ROZA!!"Jerit Alicia lagi.
Ali dari jauh hanya memerhatikan dua orang itu dengan mata yang tidak berkelip.
.
."Kau tak lapar ke?"
"Eh?"Ali memandang ke arah Khai yang tiba-tiba berada di sebelahnya.
"Oh,tak-"
*Growl*
"Hmm?"Usik Khai sambil menaikkan kedua-dua keningnya.
"Ehehe."Balas Ali sambil menggaru lehernya yang tidak gatal.
Khai tanpa membuang masa terus menolak Ali ke dapur.
.
.Alangkah terkejutnya Ali apabila melihat Alicia yang sedang sibuk membasuh pinggan yang bergunung-ganang di dalam sinki.
Tidak perasan akan Ali dan Khai di sekitarnya,Alicia mengeluh.
"Haih.....apalah nasib...."Keluh gadis penguasa petir itu.
Berasa sedikit bersalah,Ali cuba menawarkan perkhidmatan untuk menolongnya tanpa mempedulikan perutnya yang sudah membuat konsert.
"Nak aku tolong?"Ujar Ali.
Alicia sedikit terkejut dengan kehadiran Ali.
Namun wajahnya kembali normal selepas melihat Khai.
Dia melontarkan sebuah senyuman manis kepada Khai sebelum matanya kembali fokus kepada pinggan-pinggan di depannya.
"Oklah,tak nak kacau korang.Aku pergi dulu."Kata Khai lalu berlalu pergi.
Mata Ali yang sibuk memerhatikan kelibat Khai sekarang tertumpu pada Alicia.
Wajah gadis itu masam mencuka.
"Err....Alicia?"Panggil Ali.
Lupa akan kehadiran Ali,Alicia dengan pantas mengubah riak wajahnya menjadi 'cool'.
"Apa dia?"Soal Alicia tanpa memandang Ali.
"Ada apa-apa aku boleh tolong?"Pinta Ali.
"Ada.Tolong makan."Balas Alicia.

ANDA SEDANG MEMBACA
The 12 Power Holders
FanfictionAli,seorang anak yatim piatu yang tinggal sendirian,hidup sendirian dan membesar sendirian.Dia tinggal dia rumah usang yang terletak di tengah-tengah hutan yang agak jauh dari CyberNova. CyberNova,bandar besar yang terkenal dengan ciptaan teknologi...