Bab 1 [EDIT]

2.7K 126 0
                                    

Votelah duluuu😉💞

Zara  merenung  ke luar balkoni. Fikirannya  itu tidak pernah berhenti  memikirkan apa yang terjadi pada dirinya sejak beberapa tahun yang  lalu.

Zara mengeluh kuat.

Zara berfikir kenapa dia masih memilih lelaki yang terang-terangan tidak setia pada dirinya?

Kenapa aku ditakdirkan jumpa dia? Kenapa?

Air matanya mengalir. Memikirkan nasibnya yang hidup dikhianati dan tanpa kasih sayang mama dan papa.

Lamunan  Zara mati ketika mendengar  ketukan pintu. Air mata yang tersisa dihapusnya. Zara mengizinkan gerangan yang  mengetuk pintu itu masuk. 

“Cik  muda, tuan muda Harris dan tuan muda Hilmi nak jumpa cik muda,” kata pengawal peribadinya, Asyraf.

"Okay. Kejap lagi saya turun."

Asyraf keluar dari bilik itu. Zara turun ke ruang tamu selepas beberapa minit. Dia mengambil tempat di atas sofa.

"Ada apa abang nak jumpa adik?”

Zara mempunyai dua orang abang yang merupakan kembar seiras.

Raja Syaiful Harris dan Raja Syaiful Hilmi.

Merekalah abang kembar yang menjaga Zara sejak kepergian mama dan papa mereka  15 tahun yang lalu. Mereka bertiga menumpang kasih datuk mereka selepas sahaja mama dan papa mereka meninggal. 

Harris menunjukkan riak yang tegang manakala Hilmi hanya santai.

"Adik tahu tak apa kesalahan adik dalam projek dekat Seri Jaya tu?”  

Harris mula menyoalkan perkara itu. Zara pula mula menanyangkan riak tidak puas hati.

“Apa  yang adik  buat?”

“Kenapa senang-senang  je adik bagi dua  peratus saham kepada setiap syarikat? Saham yang atuk beli tu dengan usaha atuk selama ni. Adik ingat, kalau atuk tahu pasal hal ni, atuk akan senyap je ke?!”  

Kali ini, frekuensi suara Harris sedikit tinggi. Zara hanya mendiamkan diri sahaja. Memekakkan telinga sedaya upaya.

Hilmi pula menggeleng kepala melihat  Harris menengking Zara. Kenal sangat dengan perangai adiknya yang tidak akan membuka bicara kalau ditengking sebegitu.

Tak boleh jadi ni. Aku kena masuk campur. Kalau tak, boleh bergaduh besar.

Hilmi mulakan bicaranya.

“Abang, cuba tanya adik elok-elok.  Kalau marah-marah  macam ni, mana nak dia bercakap.” 

Hilmi cuba meredakan keadaan. Kalau api lawan api, tidak akan menyelesaikan masalah. 

“Adik, cuba adik cakap kenapa adik ambil keputusan macam tu? Tak bagitahu abang pulak tu. Ni kalau atuk tahu, dia pasti marah.”

Zara merengus kuat sebelum berdiri dan memandang Harris.

“Apa  pun keputusan adik, pernah ke adik ambil keputusan yang menghancurkan reputasi RZ Ideas selama ni? Tak kan?  So?  Tak  payah lah masuk campur urusan adik. Lagi pun, abang sendiri yang serahkan projek tu sepenuhnya dekat adik.  Plus,  jangan  berani untuk pertikaikan apa  yang adik buat sebab adik tahu apa yang terbaik.” 

Setelah Zara menjelaskan  dengan perasaan bengang,  dia terus masuk ke dalam bilik  tanpa menghiraukan Harris dan Hilmi. 

Melihat tindakan Zara, Harris mengarahkan Zara  untuk berhenti. 

“Zara Farhana! Abang tak habis cakap  lagi ni!”

Zara tidak menghiraukan jeritan tersebut sebaliknya terus berjalan masuk ke dalam bilik dan menghempas pintu sekuat hati.

Harris mengeluh melihat sikap Zara. Apalah nak jadi dengan adik perempuannya yang satu ini?

Hilmi yang menjadi penonton adegan tadi akhirnya bersuara.

“Hilmi rasa kan, baik abang tak payah masuk campur dalam urusan adik. Kita berdua pun tahu kelebihan dia. Selagi keputusan dia tidak melampaui batas, apa kata abang biarkan saja? Let her with her way.”

Hilmi berkata sebegitu sambil menepuk perlahan bahu saudara kembarnya. 

Melihat Harris yang masih mendiamkan diri, Hilmi beransur pergi meninggalkan Harris di ruang tamu. Harris yang sedang duduk di sofa itu mengeluh kuat. Fikirannya kusut. Harris merasakan bahawa dia gagal menjadi abang yang baik untuk Hilmi dan Zara. Bukan dalam hal ini sahaja, namun segalanya. 

Panggilan abang di dalam  keluarga ini membuatkan Harris sedar bahawa dia mempunyai tanggungjawab yang berat walaupun dia dan Hilmi kembar. Walaupun mereka seusia, Harris sedar bahawa dia seharusnya lebih menunjukkan contoh yang baik kepada Hilmi sebagai abang kembarnya.    

Harris mengeluh sendirian. Kata-kata Hilmi ada betulnya. Mungkin sekarang, dia perlu biarkan Zara melakukan apa sahaja selagi itu perkara yang terbaik.

***

Zara tahu keputusan yang diambilnya ini agak risiko namun, itu yang terbaik untuk saat ini. Takkanlahdia sengaja nak lingkupkan syarikat datuk sendiri?

Sedang Zara mengelamun, masanya itu terganggu.

Tok! Tok!

Pintu bilik diketuk dan pintu itu berkuak.

"Boleh Abang Hilmi masuk?"

"Hrm."

Hanya itu jawapan yang Zara berikan kepada Hilmi.

Hilmi masuk ke dalam bilik Zara. Dia tahu bahawa sekarang Zara sedang berperang dengan perasaan marahnya.

Hilmi duduk di birai katil bersebelahan Zara.

"Adik, janganlah ambil hati pasal yang abang cakap tu. Dia marah sebab dia tak nak keputusan adik tu nanti dipertikaikan."

"Yeah, i know that! But, still. That's all mine. So?  Salah ke adik nak buat keputusan sendiri? Tak salah kan?"

Hilmi senyum kemudian kepala Zara dibelai.

"Apa yang adik abang buat tak salah. Cuma, syarikat ni bukan melibatkan adik sorang. Ramai lagi yang bergantung harap pada syarikat ni. So, why not lepas ni kalau ada apa-apa keputusan yang adik nak buat melibatkan syarikat, dapatkan persetujuan kami dulu."

Zara mengeluh sendiri. Dia faham apa yang dimaksudkan dengan ayat Hilmi.

Betul juga tu. Dia tak boleh pentingkan diri sendiri. Perlu fikirkan nasib pekerjanya juga.

Wajah Hilmi ditatap kembali.

"Baik. Adik faham. Ni last adik buat macam ni. Nanti, apa-apa hal, adik akan bincang dengan Abang Hilmi dulu."

Hilmi hanya tersenyum puas.

"Good girl! So that's my little girl."

XXX

"Tak semua perkara yang orang harapkan daripada kita perlu kita penuhi. Apa yang terbaik adalah penuhi harapan diri sendiri."

-💜miszhann-

✅ Pelindung kiriman Tuhan [edited]Where stories live. Discover now