Bab 37 [EDIT]

607 44 0
                                    

Votelah duluuu😉💫

"Abang!!! Boleh lah! Kita pergi majlis Ariff tu."

"Tak boleh, sayang. Sayang kena warded dah time tu."

Zara akan dimasukkan ke hospital lebih awal bagi persiapan melahirkan putera mereka. Namun, Zara juga ingin pergi ke majlis pernikahan Ariff. Penat Zara memujuk Syamim supaya dimasukkan ke hospital sehari lewat.

"Alah, abang. Sehari lewat saja. Boleh lah. Pleaseeeee... Ariff kan kawan baik Zara."

Zara menunjukkan wajah yang paling comel. Niatnya untuk membuatkan pendirian Syamim itu runtuh. Hihihi! Syamim tidak sanggup melihat wajah merayu Zara. Terlalu kesian. Syamim mengeluh.

"Okay! Boleh. Kita pergi. Tapi janji! Esok tu, terus warded."

"Baik, bos."

Zara tabik kepada Syamim kemudian dia memeluk Syamim erat. Syamim tidak menolak malah membalas pelukan itu.

"Abang, terima kasih sebab selalu buat Zara rasa happy. Terima kasih sebab selalu ada untuk Zara bila Zara tiada sesiapa untuk mengadu nasib."

"Sayang cakap apa ni? Itu kan memang tanggungjawab abang. Gagal abang sebagai seorang suami kalau tak dapat buat sayang rasa bahagia tu."

"Terima kasih!"

Syamim membelai lembut kepala Zara. Tiba-tiba ada sesuatu yang terlintas di fikirannya.

"Sayang, boleh apa tanya sesuatu?"

Pelukan dileraikan. Mata bertemu mata.

"Apa?"

"Harris macam mana? Sayang dah baik belum dengan dia?"

Zara mengeluh. Kepala dilentokkan ke bahu Syamim. Tangan Syamim dipegang.

"Belum. Abang nampak sendiri kan? Masa hari perbicaraan tu pun abang Harris tak datang. Tapi abang Hilmi cakap yang mereka berdua dah baik. Tu pun sebab bantuan kak Jannah. Abang Hilmi ada cakap yang dia dah cuba untuk pujuk abang Harris tapi awak tahu-tahu jelah yang abang Harris tu keras hati."

"Sayang tak jumpa dia?"

"Buat apa? Dia pun tengah marah lagi. Nantilah Zara jumpa abang."

Syamim tidak membantah. Walaupun Syamim bersahabat baik dengan Harris, dia tiada hak untuk masuk campur dalam urusan mereka adik-beradik. Biarlah mereka bertiga menyelesaikan masalah ini dengan cara mereka.

...

Majlis akad nikah Ariff dan Aliya hanya didatangi oleh orang terdekat. Majlis mereka diadakan di masjid. Aliya kelihatan sangat cantik ketika mengenakan baju kurung berwarna putih dengan sedikit manik-manik sebagai hiasan. Aliya tidak mahu berlaku pembaziran dalam majlis ini. Baju kurung itu merupakan baju peninggalan arwah ibunya.

Iman masuk ke dalam ruang menunggu untuk pengantin perempuan. Wajahnya menguntum senyuman yang paling indah ketika melihat Aliya berada dalam keadaan yang sanagat menawan. Aliya tampak lebih cantik jika mengenakan baju yang sederhana. Itulah keistimewaan Aliya.

"Kakak, you're looking so gourgeus! Iman tak sangka yang kakak Iman ni boleh tahan lawa."

"Amboi! Habistu selama ni? Kakak macam beruk ke?"

Mereka berdua tergelak. Sudah lama mereka tidak bergelak ketawa berdua begini. Bila fikirkan semua peristiwa hitam yang mereka berdua lalui, itulah alasan hubungan mereka semakin kuat sebagai adik-beradik.

"Kak. Kakak tahu tak? Lepas arwah ayah meninggal, Iman tanam satu hajat dalam diri Iman. Iman teringin nak jadi wali kakak. Kalau arwah ibu dengan arwah ayah ada sekarang ni, mesti mereka gembira sebab anak perempuan mereka dah nak jadi milik orang."

Pengakuan Iman itu membuatkan air mata Aliya bergenang. Sungguh mulia niat adiknya. Pengorbanan Iman sebagai seorang adik yang melindungi kakaknya tidak akan terbalas. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas niat mulia Iman.

"Iman ni! Nak buat kakak nangis lah tu. Hrm, terima kasih sebab Iman jaga kakak dengan baik selama ni. Iman isikan kekosongan tempat ayah. Thanks to you, kakak dapat bina hidup baru dengan orang yang kakak cinta."

"Iman doakan semoga kakak bahagia sampai akhir nyawa kakak."

XXX

"Saja nak ulang balik. Kalimah syahadah tu janji setia seorang muslim kepada Penciptanya. Akad nikah pula janji seorang suami kepada isterinya supaya menjaga segala kebajikkannya."

-💜miszhann-

✅ Pelindung kiriman Tuhan [edited]Where stories live. Discover now