Votelah duluuu😄💫
"Kenapa Hilmi rahsiakan semua ni daripada abang? Kenapa? Abang takde hak ke nak tahu pasal Nadia? Lepastu kenapa korang lepaskan saja mamat gila tu macam tu?! Tak pikir ke?!"
Harris sangat-sangat marah. Bengang dengan Hilmi dan Zara yang merahsiakan perkara sebesar ini daripada dirinya. Pahitnya kebenaran tentang punca kematian Nadia itu harus ditelan. Tetapi, Harris lagi kecewa dengan tindakan mereka berdua yang merahsiakan perkara ini daripadanya. Merasakan dirinya gagal menjadi seorang abang.
"Atuk tahu pasal ni?"
Hilmi hanya menggelengkan kepalanya. Rahsia pemergiaan Nadia ini tidak diketahui oleh Raja Zulkarnian. Hilmi tidak kesal dengan perbuatannya itu kerana dia tahu bahawa jika Raja Zulkarnain mengetahui perkara tersebut, pemikirannya akan terganggu.
"Sampai atuk dah takde pun, kau rahsiakan perkara ni, Hilmi? Kenapa? Aku ni tak layak tahu ke? Aku ni bukan kembar kau ke? Bukan abang Zara ke? Sampai aku tak layak tahu pasal anak buah aku sendiri?"
"Abang! Apa yang abang cakap ni? Hilmi dengan adik tak anggap abang macam tu pun. Cuma masa tu, keadaan sangat kelam-kabut. Hilmi tak mampu nak cakap apa-apa dah sebab adik minta rahsiakan hal ni dari abang. Abang fikir Hilmi bahagia ke simpan rahsia kematian Nadia? Abang fikir Hilmi gembira tengok Shafiq terlepas macam tu saja?"
"Habistu? Kenapa kau tak report polis? Kau biarkan pembunuh Nadia berkeliaran macam tu je? Kau nak tunggu dia bunuh adik dengan anak dia dulu ke baru kau nak humban dia masuk penjara?"
Hilmi terkejut.
"Abang cakap apa ni? Gila ke?"
Tiba-tiba ada satu sampukan suara di tengah-tengah perbicaraan mereka.
"Sebab adik tak nak keadaan atuk semakin teruk dan tak nak abang Harris salahkan diri sendiri."
Farhah akhirnya yang menjadi penonton daripada jauh akhirnya bersuara. Tidak sanggup melihat Hilmi dituduh seperti orang yang tiada perasaan. Zara sudah selamat belayar ke alam mimpi setelah fikiran penat mengimbau kembali masa lalu. Sudah agak lama Farhah curi-curi dengar perbualan dan kali ini dia perlu masuk campur. Harris sudah melampau.
"Farhah? Awak buat apa kat sini? Adik siapa yang jaga kat atas?"
"Adik dah tidur. Yang awak ni pun satu. Kenapa tak bela diri awak? Biar saja abang Harris cakap macam-macam pasal awak."
Hilmi hanya mendiamkan diri. Bukan tidak mahu membela diri, tetapi takut dirinya tersalah bicara.
"Kenapa? Farhah tahu jugak ke pasal Nadia?"
"Ya, abang Harris. Farhah tahu. Tapi, abang Harris tak boleh lah nak salahkan Hilmi sesuka hati abang. Apa fikir kami buat tak tahu saja ke? Dah adik yang tak nak laporkan kepada pihak polis, abang fikir kami boleh buat apa? Kami dah pujuk adik, tapi adik yang tak nak. Jadi, abang tak boleh lah nak salahkan Hilmi. Salah abang yang masa tu tak nak dengar cerita adik. Sibuk sangat uruskan bisnes kat luar neagara dulu."
Hilmi yang sudah tidak betah melihat Farhah semakin terlanjur bicara akhirnya bersuara. Risau kata-kata Farhah bakal mengundang rasa serba salah dalam diri Harris.
"Farhah, dah! Saya tak nak awak kurang ajar dengan abang."
"Kenapa? Kenapa awak tak boleh bagitahu abang yang masa hari kejadian tu, abang Harris adalah orang pertama yang adik telefon. Abang Harris adalah orang pertama yang adik cari. Tapi apa yang abang Harris buat? Call adik dia decline, mesej adik pun dia tak reply. Bukannya nak call adik balik. Lepastu sekarang ni? Tunding jari kat orang lain."
Kenyataan Farhah itu seperti halilintar menyambar. Harris sangat-sangat terkejut. Peristiwa lima tahun lalu kembali diingatinya. Harris semakin lemah. Belum sempat dia rebah, Hilmi menolongnya untuk duduk di atas sofa.
"Abang Harris tak sepatutnya tunding jari pada Hilmi. Abang pun tak sepatutnya tanya adik pun pasal hal ni. Derita yang adik tanggung selepas kehilangan Nadia akibat perbuatan suami dia sendiri hanya Allah sahaja yang tahu. Farhah dengan Hilmi pun tak pernah sebut pasal hal ni selepas kejadian tu. Alasan adik tak nak penjarakan Shafiq adalah sebab adik tak nak abang Harris dengan atuk mempersoalkan hal ini. Masa tu pun, atuk tak berapa sihat. Adik tak nak keadaan atuk semakin teruk. Nadia tu cicit perempuan pertama dia. Itu yang adik fikir."
"Farhah, dah. Cukup. Abang Harris dah cukup jelas dengan penjelasan awak."
Nafas Harris semakin laju. Hilmi dan Farhah sama-sama cuak.
"Abang, tarik nafas perlahan-lahan. Farhah, call Doktor Irwan sekarang."
Pandangan Harris sudah gelap.
Doktor Irwan tiba selepas tiga puluh minit. Harris dibawa ke dalam bilik untuk menjalani pemeriksaan
Jannah setia menunggu dengan Harris ketika Doktor Irwan sedang merawat Harris.
"Macam mana keadaan suami saya doktor?"
"Tuan muda Harris okay, Cuma keadaan jantung dia terlampau laju untuk manusia normal. Macam ada sesuatu yang sangat mengejut berlaku. Setahu saya, jantung tuan muda berada dalam keadaan baik-baik sahaja. Boleh saya tahu kenapa keadaan jantung tuan muda menaik dengan kadar yang mendadak?"
Pada ketika itu, semua orang di dalam bilik itu mendiamkan diri. Tidak tahu alasan apa yang perlu diberi.
"Takpelah. Saya tak memaksa. Cuma, apa yang saya sarankan adalah jangan bagi tuan muda Harris kejutan-kejutan yang tak sepatutnya. Saya bimbang jika hal ini berlanjutan, perkara yang berlaku kepada arwah tuan pengerusi dulu berulang kepada tuan muda Harris. Jadi, apa-apa sahaja masalah yang melanda, saya harap kamu semua boleh berbincang dengan baik."
Doktor Irwan seperti faham bahawa ada sesuatu yang terjadi dalam keluarga mereka. Tidak mahu untuk memaksa, dia memilih jalan yang lebih selamat.
Hilmi mengiringi Doktor Irwan ke pintu keluar. Tinggallah Farhah dan Jannah berdua di dalam kamar itu bersama harris yang belum menunjukkan tanda-tanda untuk membuka mata. Suasana hanya sepi.
"Kak, Farhah..."
Belum sempat Farhah menghabiskan ayatnya, Jannah mencelah.
"Farhah tak perlu jelaskan apa-apa pun. Akak faham kenapa Farhah buat macam tu. Isteri mana yang sanggup tengok suami dia kena hina mentah-mentah kan? Nak-nak lagi dengan kembar sendiri. Akak dah dengar semuanya kebenaran pasal kematian Nadia. Memang salah kami sebab terlampau sibuk dengan bisnes masa tu sampai lupakan adik. Akak yakin, Harris kena serangan jantung mengejut macam ni sebab dia salahkan diri dia sendiri. Farhah jangan salahkan diri Farhah ya? Akak yakin Harris okay."
"Maafkan Farhah, kak."
Tidak lama kemudian, Amar masuk ke dalam bilik dalam keadaan menangis. Amar terus berlari ke dakapan Jannah.
"Mama, papa tak tinggalkan kita kan?"
"Tak, sayang. Papa rehat kejap je. Nanti papa bangun ya?"
Ubun-ubun Amar dicium oleh Jannah.
Air mata Farhah mengalir jua ketika kakinya melangkah keluar daripada kamar itu. Rasa bersalah menyelubunginya ketika ini. Kalau sahaja mulutnya tidak lancang, pasti Harris tidak berada dalam keadaan itu dan Amar pula tidaklah menangis seperti itu.
XXX
"Walaupun kebenaran tu pahit, terima dengan hati terbuka walaupun agak menyeksakan."
-💜miszhann-
YOU ARE READING
✅ Pelindung kiriman Tuhan [edited]
Storie d'amore♡1 izinkan aku melakar masa depan kita Hope you guys will enjoy this story!!! Jangan lupa vote + comment and follow me😘 ZARA FARHANA - selepas kematian ibu bapanya, dia dijaga sepenuh nyawa oleh abang kembarnya, Harris dan Hilmi. Mereka bertiga men...