Votelah duluuu😉💫
Zara baring di atas sofa sambil menonton rancangan kegemarannya. Zara tertawa melihat rancangan itu. Syamim yang melihat telatah isterinya itu tersenyum. Syamim menuju ke arah Zara kemudian kaki Zara diletakkan di atas pahanya.
"Sayang tengok apa tu sampai tergelak-gelak?"
Soalan Syamim tidak dijawab. Zara bangun daripada baringannya.
"Abang, boleh bangun tak lepastu duduk dekat hujung sana?"
Syamim hanya menurut. Kemudian, Zara kembali baring di atas sofa berbantalkan paha Syamim. Syamim tersenyum. Dia membelai rambut isterinya yang ikal dan licin itu. Zara hanya membiarkan sahaja tingkah Syamim. Dirinya senang apabila dibelai begitu.
"Abanggg..."
Zara membuka bicara dengan nada yang meleret.
"Ye, kenapa sayang?"
Zara bangun daripada baringannya kemudian duduk di sebelah suaminya.
"Boleh tak kalau weekend ni kita balik rumah atuk? Zara rindu dekat abang, atuk, akak, Amar, Hakim. Lagipun, dah lama tak jumpa dia orang. Contact pun tak hilang lagi rindu."
Pinta Zara dengan suara yang manja.
Syamim menarik Zara rapat ke tubuhnya. "Boleh sayang. Abang tak kisah. Anything for you."
Zara memeluk Syamim erat. "Thank you!"
Pelukan Zara dibalas erat. Zara bahagia apabila mendengar jawapan daripada Syamim.
"Okay." Zara hanya setuju. Kemudian pandangannya kembali ke arah skrin televisyen.
Syamim melihat Zara yang asyik menonton.
"Sayang, kalau tengok rancangan ni esok boleh tak?"
Zara kembali memandang wajah Syamim. Melihat Syamim tersenyum manja, Zara mengerti apa permintaan suaminya. Televisyen ditutup.
***
Jam menunjukkan pukul empat pagi. Zara tersedar apabila tangan kekar Syamim memberati tubuhnya. Perlahan-lahan Zara membuka mata. Dia tersenyum sendiri apabila melihat Syamim yang sedang erat memeluknya.
Zara cuba untuk meloloskan dirinya daripada pelukan Syamim. Zara bangun dari tempat peraduannya. Tuala diambil dan mandi. Jam sudah hampir 4.30 pagi. Risau tidak sempat untuk menunaikan tanggungjawabnya kepada ilahi, Syamim dikejut segera setelah selesai membersihkan diri.
"Abang! Bangun lah! Pergi mandi tu!!! Dah nak dekat pukul lima ni. Nanti tak sempat nak qiamulail."
Syamim segera menunjukkan tanda-tanda untuk bangun daripada tidurnya. Kaki diatur ke arah bilik mandi. Zara tersenyum puas. Mujur dirinya sedar. Kalau tidak, memang tidak sempat.
Tempat beradu mereka Zara kemas sementara Syamim membersihkan dirinya. Sejadah dibentang.
Setelah mereka berdua selesai menunaikan qiamulail bersama, Syamim berkongsi satu cerita kepada Zara.
"Sayang tahu tak kenapa abang minta kita bangun awal mandi dan qiamulail bersama?"
Zara hanya menggelengkan kepalanya.
"Sebab abang nak hidupkan sunnah nabi. Nabi suka melakukan ibadah bersama-sama isterinya. Apa sahaja yang suami isteri lakukan bersama yang tidak melanggar larangan Allah akan diberi pahala kepada pasangan itu. Sebab tu lah, abang niat selepas saja kita nikah, abang nak buat segala ibadat abang dengan sayang. Supaya kita berdua diberi perlindungan daripada Allah dan rumah tangga kita dilindungi. Supaya kita berdua kekal sampai ke syurga. Abang nak sayang tahu yang cinta abang pada sayang tiada putusnya."
Sedikit perkongsian ilmu daripada Syamim itu membuatkan Zara terharu. Sebegitu besarnya cinta suaminya itu. Senyuman terukir. Tangan dicapai. Disalam dan dikucupnya.
***
Pagi ini giliran Syamim yang menyediakan sarapan untuk isteri tercinta. Zara masih belum bangun daripada tidurnya kerana terlelap ketika Syamim sedang menyediakan sarapan.
Majalah yang dipegangnnya itu menutupi wajahnya. Syamim masuk ke dalam bilik dengan sedulang nasi goreng dan secawan susu. Syamim meletakkan dulang itu di atas meja tepi katilnya. Syamim sedikit terhibur apabila melihat majalah itu di atas wajah isterinya. Majalah itu dialih. Melihat Zara yang masih lena membuatkan dirinya tidak sanggup untuk menggangu waktu tidurnya. Namun, seperti isterinya, ada saja idea nakal yang muncul.
"Sayang, bangunlah. Kalau tak, abang ..."
bisik Syamim betul-betul di telinga Zara. Sengaja tidak dihabiskan ayatnya.Mata Zara terbuka luas. Segera dia bangun daripada tidurnya.
Syamim tersenyum. Zara memandang Syamim yang tersenyum kemudian Zara melentukkan kepalanya ke bahu Syamim.
"Tak cukup tidur lagi ke ni?"
Kata Syamim sambil mengusap kepala Zara.
Zara hanya menggeleng menandakan tidurnya tidak cukup.
"Dah lah tu tidurnya. Sekarang basuh muka. Abang dah masak breakfast ni. Lepas ni nak pergi kerja pula."
Zara hanya mengangguk. Dalam keadaan mamai, Zara menuju ke bilik air, sementara Syamim mengemas katil mereka.
Kebiasaannya, pada hari Jumaat, Zara dan Syamim akan masuk ke pejabat pada 10 pagi. Tidak mengapalah, mereka bos di syarikat itu. Hihihi!
Zara kembali ke sisi Syamim setelah selesai mencuci muka. Kali ini dia memeluk lengan sasa Syamim dengan matanya yang masih tertutup.
"Abang masak apa?"
Tanya Zara yang masih mamai walaupun sudah mencuci muka.
"Nasi goreng. Jom makan. Abang suap, eh?"
Zara hanya akur. Mereka bersarapan di birai katil. Zara hanya membuka mulutnya. Tanpa kata, Syamim menyuapkan nasi goreng itu ke mulut Zara.
"Sedap." kata Zara.
Zara mengunyah dalam keadaan mata terpejam. Cup! Mata Zara terbuka luas. Dipegang bibirnya yang menjadi mangsa bibir lembut Syamim. Matanya alih ke arah Syamim. Syamim hanya tersenyum. Saat ini wajah Zara benar-benar merah.
"Malu? Tu lah, tak nak buka mata lagi kan?" usik Syamim.
Zara hanya terdiam. Tidak tahu apa yang ingin dikatanya. Syamim masih menyuapkan makanan ke dalam mulut Zara yang masih terpaku itu.
***
Angin pagi di Kangar itu menenangkan dirinya. Dirinya sedar rasa cinta ini tak seharusnya ada lagi. Lagipun, perempuan yang dia cinta itu sudah jadi milik orang lain. Sedar tak sedar, sudah hampir sebulan wanita yang dia cintai itu sudah menjalani kehidupan sebagai seorang isteri kepada orang yang pernah menjadi sahabat baiknya.
Ariff tak sanggup untuk jawab segala panggilan telefon dan mesej yang dihantar oleh Zara. Ariff tidak mahu mengeruhkan keadaan. Biarlah pemergiannya menjadi tanda tanya kepada mereka semua.
Ya Allah, kuatkanlah hati hamba-Mu ini. Kau buanglah rasa cinta ku ini sebab aku tahu perkara ini salah.
XXX
"Mencintai itu bukan satu kesalahan. Yang menjadi salah apabila cinta yang ada di dalam hati itu membuatkan kita lebih jauh daripada yang berhak."
-💜miszhann-
YOU ARE READING
✅ Pelindung kiriman Tuhan [edited]
Romance♡1 izinkan aku melakar masa depan kita Hope you guys will enjoy this story!!! Jangan lupa vote + comment and follow me😘 ZARA FARHANA - selepas kematian ibu bapanya, dia dijaga sepenuh nyawa oleh abang kembarnya, Harris dan Hilmi. Mereka bertiga men...