Votelah duluuu😉💫
Setiba sahaja di parkir kereta, Zara menyalam Syamim kemudian dahi Zara diciumnya. Ciuman itu dibalas dengan senyuman manja.
"Zara masuk dulu eh?" kata Zara dengan manja.
"Yelah. Nanti lunch abang ambil sayang."
Kata Syamim sambil mengusap perlahan kepala Zara yang dibaluti oleh tudung berwarna ungu.
Zara melangkah masuk ke dalam pejabat. Setelah kelibat Zara hilang daripada pandangannya, Syamim memandu kereta ke tapak projek di Aman Jaya.
Zara masuk ke dalam biliknya lalu melihat mawar putih di atas mejanya. Sudah lama dia tidak menerima bunga ini sejak dia berkahwin namun hari ini, bunga itu dihantar semula kepada dirinya. Bunga itu hanya dibiarkan di tepi mejanya. Dia sudah malas mengambil tahu tentang pemberi bunga itu. Kad-kad yang mempunyai kata-kata sebelum ini pun sudah dibuangnya.
Fail yang berada di tangannya ditelitinya. Zara masih memikirkan tentang projek di Pulau Pinang yang dibincangkan oleh dirinya bersama Dato' Jamri tempoh hari.
"Aku nak sangat pergi sana. Harap-harap dapatlah projek tu."
Pintu yang diketuk mematikan lamunan Zara. Melihat wajah Harris yang terpampang membuatkan dirinya mengukir senyuman.
"Adik sibuk ke? Boleh abang masuk?" tanya Harris.
"Masuk jelah. Abang ni macam tak biasa pulak lepak kat bilik adik."
Harris mengambil tempat di sofa. Zara turut duduk di situ bersama Harris.
"Abang sihat?"
"Sihat je."
Harris berhenti seketika sebelum menyambung percakapannya.
"Cuma atuk yang tak berapa sihat."
Zara terkejut mendengar kata-kata Harris.
"Atuk tak sihat? Atuk sakit apa? Kenapa adik tak tahu?"
Cemas Zara bertanyakan hal itu.
"Atuk ada masalah jantung. Hari itu abang bawa atuk jumpa doktor, doktor cakap masa atuk tak lama. Satu-satunya cara hanya melalui pembedahan."
Air mata Zara bergenang.
Apa jenis cucu aku ni? Atuk sendiri sakit pun aku tak tahu.
"Habistu atuk mesti tak nak kan?" duga Zara.
Harris mengangguk. Telahannya benar. Atuk takkan menjalani pembedahan itu. Zara masak benar dengan perangai atuknya itu.
"Bagi atuk, jika memang ditakdirkan dia pergi, dia mahu hayatnya dihabiskan dengan kita. Jadi, abang harap adik boleh balik minggu ni untuk jumpa atuk. Lagipun atuk rindu kat adik."
"In sha allah,bang."
...
Zara tidak berkata walaupun sepatah perkataan sepanjang mereka berada di dalam kereta sehingga sampai di rumah. Melihat perlakuan Zara, Syamim hairan.
Mereka menuju ke bilik lalu membersihkan diri kemudian solat berjemaah. Selepas sahaja mereka selesai, Zara hanya baring dengan hati yang pilu. Syamim baring di sisi isterinya namun Zara membelakanginya. Zara menangis. Air matanya turun dengan sangat lebat. Perlahan-lahan Syamim menghampiri Zara. Kemudian tubuh Zara dipalingkan ke arahnya yang masih berbaring.
"Sayang, kenapa ni?"
Syamim berasa cemas melihat air mata Zara mengalir laju. Syamim menarik Zara ke dalam pelukannya lalu dipeluk erat.
YOU ARE READING
✅ Pelindung kiriman Tuhan [edited]
Romansa♡1 izinkan aku melakar masa depan kita Hope you guys will enjoy this story!!! Jangan lupa vote + comment and follow me😘 ZARA FARHANA - selepas kematian ibu bapanya, dia dijaga sepenuh nyawa oleh abang kembarnya, Harris dan Hilmi. Mereka bertiga men...