votelah duluuuu😉💞
And, salam jumaat💫Pada pagi Sabtu yang tenang ini, Zara mengajak Ariff keluar bersamanya. Ariff juga terkejut sebenarnya. Kebiasaannya, Zara hanya terperap dalam rumah pada hujung minggu sebegini tetapi Zara yang menelefonnya dan mengajaknya keluar.
Mereka mencuci mata di Wangsa Walk. Zara mengajak Ariff untuk minum di Blackball.
"Zara, kau kena sampuk hantu apa harini? Sampai semua benda yang aku nak beli semua kau bayar."
Kata Ariff selepas sahaja mereka duduk.
"Kau ni! Aku ajak kau keluar kau bising. Kalau aku tak nak keluar pun kau bising. Ni aku dah belanja pun kau nak bising?"
"Yelah. Kau mesti ada masalah kan? Aku kenal kau dah lama. Cepatlah share. Ada apa?"
Ariff meneka.
Zara terdiam. Memang benar dia ingin berkongsi masalah bersama Ariff. Zara sering menceritakan masalahnya bersama Ariff tetapi kali ini dia berasa malu untuk mengadu masalahnya.
Nafas Zara ditarik sebelum menghelanya.
"Ariff, sebenarnya Syamim dah lamar aku semula. "
Jantung Ariff bagai direntap. Apa yang didengari oleh telinganya itu di luar jangkaannya. Syamim dah balik? Dia dah lamar Zara semula?
"Habis tu kau dah buat keputusan ke?"
Tanya Ariff dengan teragak-agak.
"Dah. Aku akan terima lamaran dia. Aku perlukan seseorang untuk lindungi aku, teman aku dalam setiap keadaan. Kau tahu kan? Aku memang mengharapkan perkara ini berlaku. Dah dekat 2 minggu aku fikir, aku buat istikarah. Jawapannya tetap sama. Aku mengharapkan ini jodoh aku yang selama-lamanya, bukan sementara."
Hati Ariff bagai dihirs oleh pisau belati. Sungguh dia tidak percaya apa yang didengarinya. Harapan dia hancur begitu sahaja.
Memang aku ni tak lebih dari kawan kan, Zara?
Ariff cuba mengawal perasaannya. Dia tidak mahu menjadi penghalang kebahagiaan Zara.
"Tahniah Zara. Akhirnya kau ada menuju ke arah menamatkan zaman bujang kau."
Walaupun perit baginya, namun dia lebih ingin melihat Zara bahagia bersama orang yang dicintainya walaupun orang itu bukanlah dirinya.
"Alhamdulillah. Cuma, aku berharap peristiwa lalu tak berulang lagi. Aku takut, Ariff."
"Aku yakin Syamim boleh jaga kau. Lebih baik daripada dia, Zara. Kau kena yakin yang Syamim bahagiakan kau."
Kata-kata Ariff membuatkan Zara berasa tenang sedikit.
Ya allah, andai hubungan aku dengan Zara hanya setakat seorang sahabat, kau hilangkanlah rasa kasihku ini. Janganlah engkau biarkan rasa cinta ini di hatiku lagi kerana wanita yang aku cinta ini merupakan milik orang.
...
Syamim menunggu kepulangan Zara di ruang tamu. Katanya, Zara ada menelefon Tengku Aziz untuk memberi jawapan atas lamarannya. Syamim pun bergegas ke rumah Raja Zulkarnain. Dia berharap agar jawapan yang ingin diberi jawapan yang gembira.
BMW 5 Series meluncur laju dan berhenti di hadapan rumah Raja Zulkarnain. Ariff menghantar Zara pulang. Sebelum Zara masuk ke dalam rumah, Ariff berpesan pada Zara agar yakin dengan jawapan yang diberi. Nasihat Ariff diterima baik oleh Zara.
"Zara, aku balik dulu tau. Ingat pesan aku tadi. Nanti kalau jadi, bagitahu aku tarikh bila apa semua. Mana tahu aku boleh tolong."
Kata-kata yang diucapkan itu sebenarnya membuat hatinya tersakiti. Memikikan bahawa Zara ditakdirkan untuk orang lain.
YOU ARE READING
✅ Pelindung kiriman Tuhan [edited]
Romance♡1 izinkan aku melakar masa depan kita Hope you guys will enjoy this story!!! Jangan lupa vote + comment and follow me😘 ZARA FARHANA - selepas kematian ibu bapanya, dia dijaga sepenuh nyawa oleh abang kembarnya, Harris dan Hilmi. Mereka bertiga men...