Bab 8 [EDIT]

745 59 1
                                    

Votelah duluuu😉💞

Syamim yang berada di kafe berdekatan dengan RZ Ideas hanya memerhati langkah Zara dan Hilmi yang sedang menuju ke arahnya. Langkah Zara terhenti apabila melihat Syamim. Hilmi terkejut apabila melihat Zara terhenti secara tiba-tiba. Hilmi melihat ke hadapan. Hilmi menggelengkan kepala.

"Adik. Dah lah tu. Ingat balik apa yang abang pesan. Adik dah janji dengan abang kan?"

Hilmi cuba meredakan ketakutan Zara. Tangan adiknya dipegang erat sebelum dilepaskan. Mendengar kata-kata Hilmi, ketakutan Zara berkurangan. Terima kasih kepada Hilmi kerana dia seorang abang yang sentiasa memahami dirinya.

"Thank you, abang. Lega sikit hati adik."

Asyraf yang tiba-tiba datang menerpa mengejutkan Zara.

"Tuan muda. Cik muda."

"Asyraf! Bukan awak sepatutnya cuti ke?"

"Saya datang atas arahan tuan muda Hilmi."

Zara memandang Hilmi dengan riak yang penuh tanda tanya.

"Abang call dia tadi. Asyraf tak boleh tinggalkan adik kalau adik kena pergi temu janji apa sekalipun. Pasal cuti tu, abang dah minta Doktor Irwan untuk rawat anak Asyraf. Lepas saja dia hantar adik balik, dia boleh jenguk anak dia."

Hilmi meminta diri. Zara bersalam dengan Hilmi lalu menuju ke arah Syamim.

"Asyraf, awak minumlah dulu ke apa ke. Buatlah apa yang awak nak sampai saya habis meeting okay?" kata Zara dengan ceria.

Asyraf hanya menurut. Sepanjang Asyraf bekerja sebagai pengawal peribadi Zara, sekali pun tidak pernah ditengking. Malah, setiap arahan yang Zara berikan sentiasa dengan nada yang ceria. Asyraf sentiasa senang apabila berada di sisi majikannya yang periang ini. Asyraf menjadi pengawal peribadi Zara sejak lima tahun lalu. Peristiwa yang cukup pahit untuk diterima oleh seseorang.

Syamim yang memerhati rasa kurang senang dengan kehadiran Asyraf.

"Siapa tu?"

Zara hanya mendiamkan diri. Cemburu lah tu!

Dulu masa kau tinggalkan aku tak pernah kisah pula aku ni macam mana, dah ada pengganti ke tidak, sekarang sibuk hal aku!

Zara mengendahkan soalan Syamim.

Encik Burhan hadir sedikit lewat. Perbincangan ini adalah untuk menerangkan kepada Syamim bahawa dia akan lebih banyak berurusan dengan Encik Burhan.

"Maaf cik muda. Saya lambat. Tadi ada perkara yang perlu saya selesaikan."

"Tidak mengapa. Lagipun awak dah sampai ni. Baiklah kita mulakan perbincangan sekarang."

Syamim tidak mendengar jawapan untuk soalannya. Syamim mengeluh. Mungkin wanita di hadapannya ini sangat marah pada dirinya.

"Baiklah. Sebenarnya, perbincangan ini hanya untuk menerangkan tugas semata-mata. Encik Syamim, kenalkan ini Encik Burhan, penolong tuan muda Hilmi di bahagian kewangan. Encik Burhan akan lebih banyak berurusan dengan Encik Syamim berbanding saya. Saya tetap terlibat dalam rancangan untuk memulihkan syarikat cuma tidak secara langsung. Jadi, 3 hari sekali saya akan dapatkan report daripada Encik Burhan tentang perkembangan anak syarikat. Jadi saya harap Encik Syamim boleh memberikan kerjasama yang baik kepada Encik Burhan."

Syamim terkejut dan bingung.

"Tapi kenapa? Bukan ke awak yang bertanggungjawab dalam menguruskan masalah ini?"

Tidak sempat Zara membuka bicaranya, Encik Burhan menyampuk.

"Maaf sebab saya mencelah Encik Syamim. Tapi, panggilan itu tidak menghormati cik muda. Ini perbincangan formal. Tidak wajar untuk Encik Syamim membahasakan diri cik muda sebagai 'awak'."

✅ Pelindung kiriman Tuhan [edited]Where stories live. Discover now