Bab 4 [EDIT]

1K 71 1
                                    

Votelah duluuu😉💞

Harris dan Hilmi berada di ruangan kerja Zara. Masing-masing ada riak cuak tu tapi Zara masih tenang dengan situasi yang bakal mereka hadapi.

Tok! Tok!

Pintu diketuk dan arahan masuk diberi.

"Tuan muda Harris, Tuan muda Hilmi, cik muda, mesyuarat ahli lembaga akan mula dalam lima belaas minit lagi," kata setiausaha Harris, Dina ketika mereka bertiga sedang berbincang di bilik kerja Zara.

Setelah diberi arahan keluar, Dina beransur. Sekarang, giliran Harris yang gelisah bertambah cuak apabila tahu bahawa mesyuarat ahli lembaga akan dimulakan tidak lama lagi.

"Rilekslah abang. Adik tahulah apa yang adik nak jawab nanti masa mesyuarat."

Zara faham melihat situasi abangnya yang tak senang duduk.

"Chill bang. Hilmi yakin, adik boleh settle kan hal ni." 

Tambah Hilmi bagi meyakinkan Harris kemudian Hilmi dan Zara high five!.

Harris hanya tersenyum melihat karenah adik-adiknya. Beruntung dia mempunyai adik-adik yang sentiasa memahami dirinya. Kerisauan di hatinya kini berkurangan. Zara dan Hilmi bijak meneka perasaannya. Nafas ditarik dan dihembus. Itu cara yang paling terbaik untuk menenangkan diri ketika ini.

Mereka bertiga menuju ke bilik mesyuarat. Mesyuarat dimulakan dengan pimpinan pengerusi syarikat iaitu Raja Zulkarnain.

"Baiklah semua sudah hadir. Mari kita mulakan mesyuarat."

Mesyuarat itu dimulakan dengan perbincangan keputusan Zara tentang projek di Seri Jaya.

"Sebenarnya saya kurang jelas dengan keputusan yang diambil oleh cik muda dalam projek Seri Jaya. Kenapa cik muda memberikan dua peratus saham kepada setiap syarikat? Bagi saya, itu akan menjejaskan kedudukan RZ Ideas."

Dato' Jamil mula menyuarakan pendapatnya tentang keputusan Zara.

Zara pula hanya mempamerkan senyuman sinis. Berpakat dengan orang tua senget tu lagi lah tu.

Zara berdiri dan mula menjelaskan tentang keputusan yang diambil olehnya.

"Seperti yang anda semua lihat, keputusan yang saya ambil ini tepat. Sudah pasti anda semua juga akan memilih untuk menyerahkan peratusan saham daripada membayar tanah itu dengan harga dua kali ganda daripada harga asal. Harga dua kali ganda tu tak mampu kita bayar kepada semua syarikat yang terlibat. Takkan kita hendak lihat syarikat ini lingkup macam itu saja kan? Kita merupakan pemegang saham terbesar dengan enam puluh lima peratus. Setakat dua peratus setiap syarikat, apalah sangat kan? Syarikat yang terlibat hanya enam buah syarikat. Kehilangan dua belas peratus saham syarikat bukanlah masalah yang besar. Kita tetap pemegang saham yang besar iaitu lima puluh tiga peratus. Lagi pula, dengan cara ini, mereka tidak boleh sewenang-wenangnya tarik diri dari projek tersebut. Jika mereka menarik diri, saham syarikat akan dipindah milik. Jelas? "

"Ya, cik muda."

Zara tersenyum melihat riak muka Dato' Jamil. Tahu pun tercyduk!

Mesyuarat diteruskan dengan CEO syarikat iaitu Harris.

"Baiklah. Terima kasih cik muda Zara atas penerangan itu tadi. Jadi, saya harap tiada lagi isu yang perlu dibahaskan tentang projek Seri Jaya itu. Sekarang agenda kita yang seterusnya untuk membincangkan tentang RZ World dan RZ TV Station. Seperti yang ahli sidang ketahui, kedua-dua anak syarikat ini sedang mengalami kesulitan. Untuk lebih lanjut saya akan serahkan kepada tuan muda Hilmi untuk menerangkannya. Silakan tuan muda." 

Hilmi bangun dan menampilkan diri di hadapan untuk membentangkan masalah anak syarikat RZ Ideas. 

"Terima kasih, tuan muda Harris. Seperti yang anda semua dapat lihat, kedua-dua syarikat ini mengalami masalah yang sama iaitu masalah kewangan. Ada orang yang tak bertanggungjawab yang sudah menggelapkan wang syarikat sebanyak sepuluh juta setiap syarikat. Ini bermakna kita sudah kehilangan sebanyak dua puluh juta. Ini satu kerugian yang besar. Jadi, bagi memulihkan keadaan, cik muda dan saya sendiri akan membantu kedua-dua syarikat ini dengan persetujuan daripada tuan pengerusi. Kami juga akan dibantu oleh TA Global. TA Global akan menghantar 2 orang wakil bagi membantu kami. Itu saja daripada saya, sekian."

Penjelasan itu sangat memuaskan hati ahli mesyuarat. Siapakah pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah menggelapkan wang syarikat? Jika ditangkap, pasti sudah dihumban ke dalam penjara.

***

"Hilmi, adik. Jom lunch. Abang lapar ni. Tak ada peneman. Kak Jannah ada kerja kat rumah kebajikan."

Harris mengajak adik-adiknya untuk makan bersama selepas meseyuarat itu. Harris meminta perkara tersebut sambil membuat mimik muka. 

Hilmi dan Zara ketawa. Melihat kelucuan Harris membuat mimik muka sebegitu. Pasti bahagia hidup Kak Jannah dengan perangai Harris yang melucukan ini.

"Sorry my lovely brother. Adik tak boleh teman abang sebab adik dah janji dengan Ariff nak makan sekali. Abang ajaklah kembar abang ni."

Jari Zara menunding ke arah Hilmi.

"Amboi dating ke ni? Yelah, abang tak kacau ye. Hilmi, nak join abang tak? Abang dah lapar ni."

"Jomlah abang. Nak harapkan adik ikut sekali memang taklah sejak separuh nyawa dia dah balik ni."

Hilmi menyakat Zara. Zara hanya menayangkan mukanya macam kerang busuk. Abang-abangnya pula hanya tersenyum. Tiba-tiba, Ariff datang menerpa.

"Eh, korang pun ada kat sini? Buat apa?"

Ariff mengajukan soalan.

"Amboi kau! Kita orang masuk bilik kerja adik sendiri takkan tak boleh kut? Zara ni bini kau ke sampai kita orang kena minta izin kat kau?"

Tanya Harris dengan intonasi gurauan.

"Memang. Memang dia isteri aku pun. Eh silap. Bakal isteri aku. Kan Zara?"

Ariff ketawa dengan jenakanya sendiri yang aku sebagai author pun tak tahu kat mana lawaknya.

"Ada hati nak kawin dengan adik aku. Kalau kau nak kawin dengan Zara, minta izin abang-abang dia dulu."

Jawab Hilmi sebelum ketawanya pecah.

Zara yang mendengar percakapan mereka menjadi kurang selesa setelah mendengar jawapan Ariff. Tetapi, dia yakin kata-kata Ariff hanya gurauan.

Kan?

XXX

"Jujur itu bukan kesalahan. Yang menjadi kesalahan adalah memendam sehingga hati merasa sakitnya."

-💜miszhann-

✅ Pelindung kiriman Tuhan [edited]Where stories live. Discover now